Buku setebal 197 halaman itu mengandungi pelbagai kelebihan, fadhilat dan rahsia di dalam sembahyang bagi orang yang khusyuk dan tawadhu' menyembahNYA. Buku itu juga merakamkan beberapa insiden dahsyat yang menimpa orang-orang yang melalaikan sembahyang ketika hayat mereka.
"Orang Sembahnya Di tangisi Tempat Sujudnya bermaksud apabila seorang yang sentiasa menunaikan sembahyang dia bersujud dan apabila meninggal dunia, tempat sujud yang pernah dia sujud pada ketika hidupnya itu akan menangis mencari orang yang sudah meninggal itu, jadi atas dasar itulah buku itu di beri judul berkenaan." -quoted from Media Permata.
Marilah kita sama-sama memberi sokongan terhadap karya hebat ini, semoga kita semua mendapat manfaat dan rahmat dari NYA jua. Amin!
Pengiran Anak Khairul Khalil tersenyum menerima semula buku "Orang Sembahyang Ditangisi Oleh Tempat Sujudnya" yang dibelinya setelah ditandatangani oleh Pehin Dato Paduka Seri Setia (Dr) Haji Abdul Aziz.
(credit to Media Permata)
(credit to Media Permata)
No comments:
Post a Comment