Sunday, May 25, 2008

Law Of Attraction 2

Semenjak tahun 2000 lagi Law Of Attraction sudah di sebarkan dan di ajarkan secara meluas. Terlalu banyak article dan buku-buku yang menerangkan tentang LOA. Bahkan ada sebahagian buku-buku yang mengajarkan bagaimana seharusnya kita menggunakan LOA dalam mencapai apa yang kita impikan.

Di negara kita pula (Brunei) saya tidak pasti bagaimana ilmu LOA berkembang. Adakah ada di antara urang kitani yang mempelajari LOA? Ataupun sekadar tahu begitu saja? Kalau ada, alhamdulillah. Ada juga dangan saya bertukar ilmu. :)

Mungkin ada sebahagian anda tidak percaya dengan kewujudan LOA ini. Tapi percayalah, samada anda percaya atau tidak, hukum LOA akan tetap berlaku pada anda. LOA seperti aliran elektrik. Anda tidak tahu bagaimana ujudnya aliran elektrik namun anda percaya ia dapat menghidupkan lampu di rumah anda. Begitu juga dengan LOA. Anda tidak tahu bagaimana ia bekerja namun ia tetap terjadi pada diri anda.

Di dalam buku The Secret (Rhonda Byrne) ada menyebutkan bagaimana cara untuk kita menggunakan LOA untuk mencapai apa yang kita mahukan. Ianya mengandungi tiga cara yang amat ringkas dan efektif. Apatah lagi kita sebagai umat Islam, cara ini amatlah sesuai dan tidak bertentangan ajaran agama suci kita.

Caranya adalah dengan:







1) Ask (Meminta):


Anda mintalah apa yang anda mahukan dalam hidup anda. Lulus dengan cemerlang dalam perperiksaan? Maju dalam perniagaan? Mendapat pasangan yang sesuai dengan anda? Persoalannya..bagaimana anda meminta?
Sebagai hambaNYA, kita wajib meminta kepadaNYA.
Ingatlah firman Allah S.a.w dalam Surah Al-Baqarah ayat 186 yang kira-kira bermaksud: 'Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada KU'.
Selain itu, cara terbaik adalah dengan berkomunikasi dengan minda separa sedar anda (subconscious mind). Bagaimana caranya? Anda cuma perlu tuliskan impian ataupun matlamat anda di dalam kertas/buku. Bacalah impian ataupun matlamat anda (buat affirmasi) selalu agar minda separa sedar anda menangkap apa yang anda mahukan.


2) Believe (Percaya)

Percayalah bahawa Tuhan akan memakbulkan doa anda. Bagaimana caranya untuk anda percaya? Dengan berbaik sangka pada NYA. :)
Andai anda percaya Tuhan akan memakbulkan permintaan anda, tentu anda akan merasa gembira dan terus menghasilkan getaran positif ketika memikirkan tentang impian anda. Ini akan memudahkan lagi terjadinya proses 'penarikan' terhadap apa yang anda mahukan.
Maka, pada saat anda meminta, percayalah bahawa anda akan mendapat apa yang anda mahukan insyaAllah :)


3) Receive (Menerima)

Ketika anda meminta sekaligus percaya yang anda akan mendapat apa yang anda mahukan, apa yang anda perlu lakukan adalah merasa gembira, tenang dan 'feel good'. Apabila anda 'feel good' tentang apa yang anda mahukan, anda berada di dalam frequency 'sedia menerima'. Bila waktunya, biar hukum alam menentukan. :)
Jangan lah anda persoal kan bagaimana hukum alam berkerja. Anda cuma perlu menyelaraskan dan menyeimbangkan keharmonian hukum alam tersebut. Ingatlah, semua yang terjadi atas izinNYA jua. :)

Andai anda masih kurang faham tentang LOA, saya cadangkan anda supaya membeli dan membaca buku The Secret tulisan Rhonda Byrne. Yang baik jadikan teladan. Kita di kurniakan akal yang amat sempurna ciptaan nya, gunakan lah ia untuk menilai sesuatu itu samada baik ataupun sebaliknya.

InsyaAllah saya akan mengajar anda sedikit sebanyak tips mahupun cara LOA berkerja untuk anda di lain kesempatan :)

No comments: