Tuesday, May 27, 2008

Kisah Motivasi

Di sini ada sebuah kisah motivasi yang saya ingin kongsikan dengan anda semua. Cerita ini saya ambil dari sebuah blog motivasi dari negara jiran. Semoga kita mendapat pengajaran yang berguna dari kisah ini.

Satu hari, seorang lelaki menelefon Norman Vincent Peale, penulis buku motivasi terkenal 'The Power Of Positive Thinking". Lelaki itu mengadu segala kesedihannya kepada Norman yang dia tidak lagi mempunyai apa-apa di dunia ini.


Norman pun menjemput lelaki itu kerumahnya.


"Aku tidak punya apa-apa lagi. Semuanya telah hilang. Kini aku hidup dalam kegelapan. Hidupku sudah tidak bermakna." keluh lelaki itu.

Norman Vincent Peale tersenyum mendengar keluhan lelaki itu. Lalu dia mengambil sekeping kertas dan membuat satu garisan di tengah2 kertas itu hingga terbahagi kepada dua column.


"Mari kita kaji keadaan anda." kata Norman lalu menyuruh lelaki itu membuat list dalam column sebelah kiri tentang apa yg telah hilang dari hidupnya. Manakala column sebelah kanan pula untuk apa saja yang masih tersisa dalam hidupnya.
Lalu lelaki itu terus menulis column sebelah kiri tanpa mengisi satu pun didalam column sebelah kanan.

"Aku tidak perlu mengisi ruang sebelah kanan kerana aku tidak punya apa-apa lagi."keluh lelaki itu.


"Jadi, bila kah anda bercerai dengan isteri anda?"tanya Norman.

"Apa maksud anda?? Aku tidak pernah bercerai dengan isteriku. Dia menyintai aku."pintas lelaki itu.


"Kalau begitu, bagus!" jawab Norman penuh semangat lalu menulis di column sebelah kanan '
isteri yang amat menyintai'.

"Nah..sekarang..bila anak anda masuk penjara?"tanya Norman lagi.


"Soalan apa ini? Anakku tidak pernah masuk penjara. Mereka baik-baik saja!"marah lelaki itu.

Dengan selamba Norman menulis lagi di column sebelah kanan '
anak-anak yang baik-baik'.

Setelah beberapa soalan, akhirnya column sebelah kanan itu penuh. Akhirnya lelaki itu menangkap apa yang sebenarnya ingin Norman sampaikan dan akhirnya lelaki itu tertawa sendiri.

Akhirnya lelaki itu menyedari yang dia masih mempunyai sesuatu yang berharga dalam hidupnya.


Pernah kah anda merasa apa yang di rasakan lelaki itu? Terasa seolah-olah anda tidak lagi punya apa-apa dalam hidup anda. Adakah anda pasti? Mulai hari ini, buanglah segala fikiran negatif yang bersarang di minda anda. Tuliskan lah segala hal-hal positif yang anda miliki dan pernah berlaku dalam hidup anda. Bersyukurlah dan hargailah setiap sesuatu itu walau sekecil zarah pun fungsinya dalam hidup anda. Semoga hidup kita sentiasa berada di dalam lingkungan yang positif :)

No comments: