Friday, May 30, 2008

7 Cara 'Self Check-Up' part 1

Kali ini saya ingin mengongsikan pada anda semua salah satu cara untuk memahami kondisi jiwa dan diri kita sehari-hari. Caranya hanya mudah saja. Terlalu simple!
Tanya lah pada diri anda 7 soalan ini setiap hari, bahkan kalau boleh setiap waktu.


1) Apakah perasaan ku pada saat ini?

Anda perlu jujur dengan diri sendiri apakah perasaan yang menguasai anda pada saat anda bertanyakan soalan, ini tidak kira samada ia mempunyai getaran yang positif mahupun negatif.

Andai perasaan anda pada waktu ini adalah *positif, maka bersyukurlah atas apa yang anda rasakan pada saat ini. Dengan bersyukur, anda akan menarik lebih byk lagi perkara positif dalam hidup anda insyaAllah. :)

Sekiranya yang anda rasakan pada saat ini adalah **negatif, caranya amat mudah, Release it and Let it go! Lepaskan perasaan itu sekarang juga! Anda perlu bekerjasama dengan diri anda untuk melepaskan perasaan negatif itu dan menggantikannya dengan perasaan yang positif.

Anda tetapkan masa (5minit or 10minit) untuk anda melepaskan perasaan itu samada dengan menangis, merintih, menjerit (asal jgn smpai memudaratkan diri anda & org lain) dan lain2 cara yg sesuai dengan anda. Tepat pada waktu yang di tetapkan, anda mesti berhenti! (pasal dah time out!) Tak boleh terlebih masa!

Selepas tu anda carilah sesuatu yg akan menggantikan perkara negatif yang dah 'keluar' tu. Gantikan nya dengan perkara positif secepat mungkin! Anda kena cepat sebelum dia datang balik! :p Tonton video-video lucu, dengar lagu2 ceria, buat sesuatu yg anda suka, dan yang paling best bawa beriadah atau bersukan! Sure anda akan ceria kerana perjalanan darah yang amat lancar! Tak percaya? Cuba lah! Anda akan tahu hasilnya :)




2) Apakah fikiran ku pada saat ini?

Mungkin soalan ni agak tricky sikit dengan soalan sebelum ni. Tapi anda jangan keliru, perasaan dan fikiran adalah sesuatu yang berbeza namun berkait rapat. Selepas anda menjawab soalan diatas dan melepaskan emosi-emosi yg negatif, fikiran anda akan menjadi lebih fokus, sebab itu soalan ini di letak selepas soalan pertama :)

Untuk menjawab soalan ni, anda kena 'peka' dengan apa yg anda fikirkan pada saat ini. Saya akui kita tak dapat lari dari fikiran yg negatif namun anda jgn lupa, fikiran negatif itu dapat kita ubah kepada yg positif sekelip mata sj (itupun atas kemahuan anda sendiri). Saya ada sedikit tips bagaimana nak ubah fikiran negatif kepada yg positif, caranya amat mudah. Anda kena pastikan apakah fikiran anda yang negatif itu. Lepas itu anda kena tanya soalan ni pada diri anda, "jadi apa yg aku mahu?" dan "macamana aku melakukannya?" Untuk memahami lebih lanjut, sila baca contoh di bawah:


(contoh kerisauan)
"Aku tak mahu gagal lagi dalam perperiksaan"
"jadi apa yang aku mahu?"
"aku mahu lulus dalam perperiksaan"
"macamana aku melakukannya?"
"aku harus fokus, optimis dan tingkatkan usaha..etc"

Nah..saya rasa tentu anda faham kan bagaimana fikiran anda berubah tumpuan dari memikirkan kegagalan kepada menfokuskan langkah-langkah untuk berjaya. Anda boleh apply kn sekarang juga!


*positif: gembira, kasih sayang, teruja, keselesaan, keyakinan, rasa bersyukur etc
**negatif: kesedihan, marah, kesepian, keliru, stress, terluka etc

2 comments:

mama said...

salam perkenalan,terimakaseh kerana memberi suntikkan semangat kepada mama untuk lebih rajin menulis....banyak artikal juga yang sangat menarik...teruskan usaha and...salam..

mama said...

salam perkenalan,thanks sebab bagi komen kat blog mama...semangat nak lebih rajin menulis...blog awda memang padat dengan pengetahuan ...keep up a good job..salam