Friday, May 30, 2008

Dalami Al-Quran Untuk Menangkis Tohmahan

Tekeduhung saya membaca Media Permata, saya tertarik untuk membincangkan tentang satu tajuk yang di paparkan dalam Media Permata kemarin iaitu 'Dalami Al-Quran untuk menangkis tohmahan'.

Ianya berkenaan titah Baginda Sultan berkaitan filem dokumentari pendek yang berjudul 'Fitna' yang mana menimbulkan kontroversi di dalam dunia Islam. Saya yakin ramai yang sudah menonton filem tersebut. Filem tersebut terang lagi nyata merendahkan dan menghina umat Islam dengan memperolok-olok kan isi kandungan Al-Quran. Malahan filem itu juga menyalah-erti kan dan memanipulasi isi kandungan sebenar Al-Quran tanpa mengetahui asal dan sebab musabab turunnya ayat-ayat tersebut.

Baginda Sultan juga bertitah agar umat Islam tidak mudah terpengaruh dan tidak goyah iman dengan isu tersebut. Saya 100% bersetuju dengan titah Baginda bahawa kita sebagai umat Islam perlu mempelajari Al-Quran sedalam-dalamnya serta mengamalkan ajarannya.

Tahu kah anda, untuk melemahkan umat Islam, pihak lawan (kafir laknatullah) telah mempelajari Islam untuk menyerang Islam? Mereka tahu selok belok Islam, mereka tahu kelemahan umat Islam sebab itu mereka bijak memanipulasi minda dan ideology kebanyakkan umat Islam hingga ramai yang terpengaruh. Na'uzubillahi min zalik!

Saya ada membaca kisah seorang biarawati dari Indonesia yang telah memeluk agama Islam. Sejak kecil lagi dia di masukkan sekolah khas untuk biarawati yang mana mereka di ajarkan ilmu 'Islamology' yang mana mengajarkan mereka tentang agama Islam. Anda jangan terkejut, mereka juga mempelajari Al-Quran sedalam-dalamnya bahkan mereka hafal 30juzuk Al-Quran. Cuba anda bayangkan 'senjata' yang mereka persiapkan untuk menyerang Islam.

Sebab itu kita sendiri sebagai umat Islam sewajibnya mendalami agami suci ini agar akidah kita semakin kukuh dan terpelihara. Kita sebagai umat Islam lah yang sewajibnya tahu selok belok ugama, tahu membaca Al-Quran, tahu terjemahan setiap ayat di dalam Al-Quran, bahkan kita lah yang sewajarnya menghafal ayat-ayat suci itu dan memeliharanya! Itulah kekuatan yang perlu ada pada setiap umat Islam.

Marilah kita sama-sama berdoa agar seluruh umat Islam di dunia ini terpelihara dari fitnah pihak lawan, agar keimanan di hati kita tidak akan goyah walau sedikit pun. Amin!

2 comments:

arab-families said...

ahlan,mabruk....terimkaseh ats lawatan antum atu...inshallah semoga sukess2 selalu..amin...keep in touch..please...wassalam

InspirasiBrunei said...

'afwan ya shaikh..terima kasih jua atas lawatan abiskita..keep in touch too..wassalam..ilal liqaa..