Sunday, May 25, 2008

Law Of Attraction 1

Bagi yang sudah pernah membaca buku 'The Secret' atau menonton filem documentary tentang 'The Secret' tentu anda sudah tahu apa itu Law Of Attraction atau dalam Bahasa Melayunya 'Hukum Tarikan'.

Sebelum saya mengulas lebih lanjut tentang LOA ini, apa kata saya terangkan dulu tentang hukum yang lebih meluas lagi iaitu Law Of Universe. Ya..Hukum Alam.
Hukum Alam adalah anugerah dari Tuhan Semesta Alam. Kita sebagai sebahagian dari alam semesta itu di ciptakan untuk memelihara keharmonian dan keserasian hukum alam tersebut.

Antara hukum-hukum alam yang berkait rapat dengan manusia adalah seperti berikut:
- Law of Attraction (hukum tarikan)
- Law of Vibration (hukum gerak)
- Law of Polarity (hukum yg mana setiap sesuatu itu sudah tentu ada pasangannya)
- Law of Rhythm (hukum ritma)
- Law of Relativity (hukum relatif)
- Law of Cause & Effect (hukum sebab dan akibat)
- Law of Gender (hukum gender/pasangan)
- Law of Gratitude (hukum 'bersyukur')
..dan banyak lagi hukum-hukum alam yang lain. Wallahu a'lam.
InsyaAllah saya akan mengulas sedikit sebanyak tentang hukum-hukum di atas di lain kesempatan.

Berbalik kepada Law Of Attraction iaitu Hukum Tarikan. Apakah dia LOA?

Tentu anda pernah mengalami apabila yang anda fikirkan tiba-tiba saja terjadi di depan mata. Anda terfikir seorang sahabat lama dan tiba-tiba saja anda menerima panggilan telefon/ SMS daripadanya. Ataupun mungkin anda secara tiba-tiba terserempak dengan orang yang sedang anda fikirkan pada masa itu? Semua ini adalah bukti kewujudan LOA.

Mungkin juga anda pernah mendengar sahabat anda merungut tentang hubungan cinta yang selalu gagal di tengah jalan? Setiap kali dia bercinta, mesti tidak kesampaian. Bahkan selalu mendapat 'type' lelaki yang sama. Tahukah anda, LOA juga terjadi pada mereka?

Ataupun anda pernah mengalami kegagalan dalam perperiksaan berulang-ulang kali walaupun anda sudah berusaha secukupnya? Percayalah, hukum LOA berkerja untuk anda.

Di sini saya ingin mengertikan LOA sebagai (seperti yang di terangkan oleh Michael J.Losier di dalam bukunya 'Law of Attraction the science of attracting more of what you want and less of what you dont'):
"I attract to my life whatever I give my attention, energy and focus to, whether positive of negative".
Iaitu, anda akan menarik apa saja yang anda fikirkan, beri tumpuan dan penuh perasaan pada fikiran itu, tidak kira ianya perkara negatif atau positif.

Bayangkan diri anda sebagai sebuah radio. Apabila channel anda di ubah kepada rangkaian Pelangi, anda akan memancarkan gelombang mencari frequency 91.4fm, apabila gelombang itu sudah selaras dengan frequency 91.4fm, anda akan menarik frequency tersebut dan berlakulah siaran dari rangkaian pelangi terhadap diri anda.

Anda juga seperti itu. Andai anda memikirkan fikiran yang positif dan menumpukan penuh perhatian kepada fikiran tersebut, anda akan menghasilkan satu getaran positif yang mana akan terpancar ke seluruh alam semesta untuk mencari penyelarasan. Iaitu, andai anda berfikiran positif anda akan menarik lebih banyak frequency positif kedalam hidup anda. Begitu juga kalau sebaliknya.

Oleh itu jauhi lah dari fikiran yang negatif dan jauhilah fikiran berburuk sangka terhadap orang lain. InsyaAllah manfaatnya kembali pada diri anda juga.
Kita sambung di entry akan datang.


No comments: