Saturday, July 26, 2008

26th July 2008

Salam sejahtera kepada anda semua..
Tatkala jari jemari saya berlari-lari di atas keyboard ini, jam sudah menunjukkan pukul 12.38 tengah malam..bermakna sudah masuk 27hb July. Setelah sekian lama, akhirnya saya menemui waktu untuk mengupdate blog kesayangan saya ini. Bukan kerna kekeringan idea..malahan idea saya untuk menulis sering melimpah ruah dari hari ke hari. Cuma masa dan keadaan saja yang tidak mengizinkan. Memandangkan saya sedang bercuti, setiap masa saya isi sebaiknya. Jarang sekali saya duduk diam di rumah. Di luar, saya banyak mendapat ilham untuk menulis cuma tiada kesempatan untuk menggunakan internet di rumah. Adik beradik saya berebut2 untuk menggunakan internet. Malam ini adik beradik saya tiada di rumah. Masing-masing iski untuk menyaksikan perarakan tanglong ataupun kereta berhias yang berlangsung malam tadi di Bandar Seri Begawan. Jadi saya gunakan masa ini untuk menggunakan internet sebaiknya.

Saya memang teringin nak turun ke padang menyaksikan perarakan tersebut. Namun faktor kesihatan menghalang saya. Semenjak beberapa hari yang lalu saya di serang demam selsema. Ini di sebabkan kerana saya bersengkang mata hingga ke subuh kerana memancing dan merambat. Memang seronok! Baru semalam saya pergi ke Danau,Tutong untuk memancing walaupun kepala saya terasa amat berat. Panorama di Danau tu sungguh cantik. Di situlah pertemuan antara sungai dan laut. Indahnya ciptaan Tuhan! Saya sempat menangkap beberapa keping gambar yang akan saya siarkan nanti insyaAllah.

Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kongsikan. Oh Ya! Saya cuma ingin meluahkan rasa kekesalan saya kerana tidak sempat menghadiri ceramah di Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam yang di hadiri oleh Dr Sheikh Muszaphar. Ceramah itu berlangsung selama dua hari iaitu pada 24 dan 25hb Julai 2008. Ah..kalau ada jodoh, tentu saya akan bertemu dengan beliau di lain kesempatan insyaAllah.

Kesan ubat actifid yang saya makan tadi mula terasa. Membuatkan saya rasa sedikit mengantuk. InsyaAllah saya akan cuba untuk terus meng update blog ini. Jumpa di lain kesempatan. Salam ceria untuk anda semua :D