Friday, May 30, 2008

7 Cara 'Self Check-Up' part 2

3) Adakah aku berasa relax pada saat ini?

Tahukah anda, orang yang relax susah nak melenting jika di timpa masalah yang berkait dengan emosi. Mereka juga tidak mudah merasa nervous ataupun menggelabah.

Kali ini, anda perlu pastikan adakah anda sedang merasa relax pada masa saat ini ataupun tidak. Seterusnya anda juga mesti pastikan adakah anggota tubuh anda yg lain juga sedang 'relax'.

Anda mulakan dengan memastikan setiap 'muscle' yg ada pada tubuh anda tidak tegang ataupun stress. Tak kira bahagian tengkuk, bahu, lengan, peha, perut, kaki etc. Kalau anda seorang pelajar, mastikan muscle bahagian tengkuk tidak tegang. Andai ada bahagian muscle yg tegang, anda perlu memberi perhatian pada bahagian itu. Kalau saya, saya cuma akan memberi massage yg lembut dan relax pada bahagian yg tegang menggunakan minyak lavender. Anda ada tips lain? Kongsikan pada saya :)



4) Macamana degup jantungku pada masa ini?

Setelah anda memastikan yg anda sudah relax, kini anda perlu memastikan bagaimana kah keadaan degupan jantung anda. Apabila anda relax, degupan jantung anda akan menjadi perlahan. Apabila anda berasa stress, degupan jantung anda berdegup laju dan jika ia berterusan, anda akan berasa mudah letih dan tertekan sepanjang hari. Jadi anda kena pastikan bagaimana degupan jantung anda pada masa ini. Kita sendiri dapat mengawal degupan jantung kita dengan memberi fokus kepadanya. Untuk mengetahui macamana nak merelax kan degupan jantung kita, anda baca soalan yg seterusnya.


5) Macamana pernafasan ku pada saat ini?

Pernafasan adalah sesuatu yg dapat kita control dan kuasai. Mengatur pernafasan amat penting untuk menjaga keseimbangan kondisi tubuh kita. Dengan pernafasan yg betul juga kita dapat mengawal degupan jantung kita. Macamana caranya?
Anda kena bernafas dengan betul! Mungkin kebanyakkan dari kita tidak menyedari bahawa bernafas juga mempunyai teknik yg tersendiri.

Teknik bernafas yg betul adalah dengan menggunakan diaphragm (perut ) bukan dengan chest (dada). Untuk memastikan adakah cara bernafas anda betul, anda letakkan tapak tangan kanan anda di dada, dan tapak tangan kiri di kawasan perut (atas pusat). Pastikan semasa anda bernafas, hanya tangan kiri anda sj yg bergerak.

Apabila anda bernafas dengan betul (menggunakan diaphragm) anda akan menarik lebih banyak udara kedalam paru-paru anda. Ini akan memperlahankan degupan jantung anda dan dapat merelaxkan anda.

Jadi, bernafaslah dengan cara yg betul, bernafaslah sedalam dalamnya dan tenang kan fikiran anda!



6) Adakah aku tersenyum pada saat ini?

Bak kata orang, senyum itu sedekah. Tahukah anda, senyuman anda yg ikhlas itu akan membuatkan otak kita mengeluarkan 'endorphins' yg mana akan membuatkan anda merasa lebih tenang (feel good). Ia akan membantu anda me'neutral'kan energy negatif kepada positif. Jadi perbanyakkan lah senyum, senyuman manis yg ikhlas dan tidak di buat2. Pastikan senyuman anda itu tidak hanya lahir di bibir tapi juga di mata anda! Itulah senyum yg sebenar ;)

..dan kini tiba kita di soalan yg terakhir,


7) Apakah matlamat/target/goal yang ingin aku capai?

Setiap orang mempunyai matlamat yg ingin di capai dalam hidup ini. Dengan bertanya soalan ini pada diri kita setiap hari, kita akan lebih fokus kepada matlamat kita agar kita tidak tersasar sedikit pun dari apa yg kita mahu.

Mempunyai matlamat/target/goal/cita2 amat penting untuk kita menjalani kehidupan yg lebih terarah. Jangan biarkan diri anda terkontang kanting dalam dunia ini. Pastikan anda mempunyai matlamat! Andai anda tidak mempunyai matlamat, inilah masanya untuk anda menentukan apakah matlamat anda, apakah yg anda inginkan dalam hidup anda!

Dan pastikan anda menulis matlamat anda di dalam kertas atau buku. Jangan malu untuk mencatat apa yang anda mahu. Tuliskan segala nya, tidak kita dari segi kerjaya, pelajaran, kewangan, bisnes, keluarga, hubungan cinta dan byk lagi! Dan pastikan anda membaca matlamat anda setiap hari agar anda tidak terlalai dari matlamat sebenar!

Saya akan memberi tips untuk menetapkan matlamat anda di entry akan datang insyaAllah.


Buat lah 'self check-up' ini sekerap yg mungkin. Ia tidak akan mengambil masa yg lama andai anda sudah biasa menggunakan nya. InsyaAllah ia akan memberi manfaat dan perubahan dalam hidup anda. Kalau tidak banyak, sedikit pun ok lah :)
Bersyukur dengan apa yang ada :)

No comments: