Tuesday, May 27, 2008

Fenomena Nasi Katok

Urang Brunei mana yang tidak tahu apa itu 'Nasi Katok'. Tidak mengenal usia dan jantina, nasi katok tetap popular di kalangan urang kitani. Bekalan-bekalan nasi katok di seluruh negara juga nda pernah putus-putus. Hampir setiap tempat ada berjual nasi katok. Harga biasa nasi katok adalah BS$1.00 saja.

Secara asasnya, nasi katok di mana-mana pun tetap sama. Terdiri dari nasi, ayam/daging dan sambal. Yang membezakan antara nasi-nasi katok yang terdapat di Brunei ani adalah sambalnya. Dari sambal atu tah orang menilai keenakkan ataupun kenyamanan nasi katok atu. Faktor lain yang menjadikn nasi katok atu special jua adalah size ayam nya. Makin besar ayam nya, makin nyaman tah jua tu. Yakannn? :)


Sambal nasi katok juga banyak variasinya. Ada sambal biasa, sambal pusu, sambal pedas, sambal pedas manis, sambal tahai, sambal tiga rasa sampai lah ke sambal lima rasa. Ayamnya juga pelbagai jenis. Dari ayam goreng biasa, ayam goreng bertepung hinggalah ke ayam panggang.

Antara nasi katok kegemaran saya ialah nasi katok di Lambak Kiri. Dari rumahnya setingkat sampai betambah ke dua tingkat, saya masih lagi menjadi pembeli setia dsna. Uniknya nasi katok Lambak Kiri atu bagi saya terletak pada sambalnya. Nyaman! :)

Antara nama-nama nasi katok yang famous di Brunei (yang setakat ani saya tahu) adalah: Nasi Katok Lambak Kiri, Nasi Katok Jerudong, Nasi Katok Mama, Nasi Katok 24 hour, Nasi Katok 25hour, Nasi Katok Beribi, Nasi Katok Jangsak, Nasi Katok Trafik Light dan sebagainya.

Sebagai consumer setia nasi katok, pandai-pandai lah kitani membalance kan kuantiti makanan kitani atu. Pilihlah cara hidup yang lebih sihat. :)

No comments: