Tuesday, May 27, 2008

iMotivasi.com

kali ini saya ingin membicarakan tentang satu blog motivasi yang berada di ranking nombor satu di hati saya iaitu iMotivasi.com.

iMotivasi.com ini di tubuhkan oleh seorang anak muda dari negeri Sabah yang bernama Shueqry. Dia seorang pemuda yang mempunyai matlamat dan tahap motivasi yang tinggi. Saya kagum dengan kesungguhan Shueqry selama dia berkecimpung dalam blog motivasi ini. Pelbagai rintangan telah di laluinya, hinggakan ada satu tahap Shueqry ingin berhenti menulis dan menutup blog motivasinya, tapi berkat sokongan dari kawan-kawan dan sisa motivasi yang berbekas di hati, kini Shueqry bangkit lebih maju dan lebih tabah menuju kehadapan.

Saya menemui i.Motivasi.com semasa Shueqry masih menggunakan shueqry.blogspot.com. Pada ketika saya dahaga kan sokongan dan motivasi, Tuhan telah menemukan saya dengan Shueqry, yang banyak mengajar saya erti ketabahan, kesungguhan dan erti matlamat hidup yang sebenar. Shueqry merupakan sumber inspirasi kepada saya. Dia yang banyak membuka mata saya tentang motivasi, hala tuju hidup, tentang kesabaran dan ketabahan, tentang kejayaan dan segala-galanya.

Saya sarankan iMotivasi.com ini kepada semua orang tidak kira samada anda seorang pelajar, guru, peqawai kerajaan, usahawan, tidak kira yang tua mahupun yang muda terutama sekali bagi sesiapa yang dahagakan motivasi, yang tiada matlamat hidup, yang masih terkapai-kapai mencari arah tujuan, saya saran kan anda luangkan masa sekejap di "i.Motivasi.com"

Saya harap kita semua mendapat manfaat dari artikel-artikel motivasi dari Shueqry dan semoga selepas ini, kita hidup lebih ceria, positif dan lebih bermotivasi. :)

No comments: