Friday, June 20, 2008

cerita peribadi - pukul satu pagi


Salam ceria semua..
Minggu ini merupakan minggu yang amat sibuk bagi saya. Selain meluangkan masa bersama keluarga, saya juga sibuk dengan aktiviti harian. Saya baru saja pulang dari pantai Tungku menemani adik lelaki saya memancing di sana. Suasana tengah malam sangat indah di terangi dengan bulan penuh yang terang benderang. Memang indah ciptaan Tuhan. Angin bertiup sederhana namun cukup membuat kan badan saya sedikit menggigil. Hanya sejam lebih berada di sana, saya mengambil keputusan untuk pulang. Yang tinggal hanya adik saya bersama kawannya. Mata pn mula rasa mengantuk. 'Kalat mata' nya urang kitani.
Saya akan update blog ini di lain kesempatan.

Wednesday, June 11, 2008

Ragheb Alama - Nassiinid Dunya

Slow song dari timur tengah.. Semoga terhibur :)



Al-Insyirah

Oleh kerana kesibukan saya yang memuncak, saya tak dapat update blog ni mengikut keselesaan saya. Saya terpaksa mencuri sedikit masa untuk mengongsikan walau sedikit ilmu kepada anda.

Kali ini saya hanya ingin mengongsikan khasiat surah Al-Insyirah. Mungkin ramai yang sudah tahu apa kegunaan dan khasiat surah ini. Terutama sekali bagi pelajar.

Surah Al-Insyirah baik di amalkan sebelum dan selepas belajar. Jadikannya doa dan zikir untuk penerang hati. Apabila selalu di amalkan, insyaAllah akan di permudahkan di dalam pelajaran dan hafalan.

Surah ini boleh di bacakan ke dalam air untuk kegunaan penerang hati.

Surah Al-Insyirah juga baik di amalkan apabila kita menghadapi apa saja jenis kesulitan. Yang penting kita bertawakkal dan berserah kepada NYA jua.

Ada banyak lagi doa-doa dan zikir-zikir penerang hati yang akan saya kongsikan di lain kesempatan. InsyaAllah :)

Monday, June 9, 2008

Nancy Agram - Yay Seher Ayouno

Video klip pertama yang ingin saya kongsikan. Satu irama yang berentak 'catchy' dan ceria dari Nancy Agram (Ajram) dari Lebanon. Salah seorang penyanyi perempuan yang paling saya minati. Hampir semua lagu-lagu dari Nancy Agram menarik hati saya. Semoga terhibur :)


cerita peribadi - muzik Arab

Saya sebenarnya terinspirasi apabila melihat video muzik Arab yang di letakkan di dalam blog Senor Pablo (ulih-ulih dari blog-hopping). Sebagai peminat muzik dari timur tengah, saya rasa tak salah untuk mengongsikan lagu-lagu dari timur tengah yang saya minati.

Ada juga lagu-lagu Arab yang sudah saya hafal kerana selalu bermain di mulut-mulut. Ada juga beberapa bait kata yang saya fahami kerana saya juga ada belajar sedikit bahasa Arab. Saya juga dalam proses belajar basic bahasa perancis dan sepanyol. It's complicated sikit :p Saya belajar pelahan-pelahan lah :)

InsyaAllah saya akan masukkan beberapa video dari timur tengah favorite saya untuk hiburan anda semua :)

Adat Berkawan

Persahabatan adalah sesuatu yang perlu dalam di dalam hidup kita. Mungkin fungsi seseorang sahabat itu tidak banyak namun ianya tetap perlu di dalam hidup kita. Tahukah anda, kejayaan yang anda akan/telah capai sedikit sebanyak di pengaruhi oleh orang sekeliling anda?


Kali ini saya ingin memperkatakan sedikit perkara tentang adat berkawan. Dalam persahabatan, selain kejujuran dan keikhlasan, apa yang penting adalah 'give and take'. Persahabatan yang sejati itu tidak akan terjalin andainya anda atau sahabat anda seorang yang 'selfish' ataupun 'siuk sendiri'.

Niat kita bersahabat juga mesti ikhlas. Bersahabat lah dengan niat yang betul. Dengan niat untuk mencari keredhaan dari NYA. Mungkin susah untuk mencari sahabat yang sejati, tapi tahukah anda, untuk mencari sahabat yang sejati, anda sendiri kena jadi sahabat yang sejati terlebih dahulu?

Anda nak cari sahabat yang memahami tapi anda sendiri bukan seorang yang memahami? Atau anda nak sahabat yang mengambil berat tentang diri anda tapi anda sendiri tidak suka mengambil berat tentang sahabat anda?

Hukum alam sudah menyatakan 'likes attract likes'. Bahkan dalam Al-Quran telah menyatakan orang yang baik hanyalah untuk orang yang baik begitu juga sebaliknya. Banyakkan lah berdoa pada Tuhan agar di kurniakan sahabat baik yang akan membawa anda kepada kebaikan.

Andai anda sudah di temukan dengan sahabat yang baik, bersyukurlah dan berdoalah kepadaNYA agar persahabatan itu berterusan dan di redhai olehNYA jua.

Semoga persahabatan kita juga akan membawa lebih banyak kebaikan. Amin!

Salam persahabatan yang ikhlas dari saya.. :)

Sunday, June 8, 2008

Kundalini Reiki

Alhamdulillah..sijil kursus Master Kundalini Reiki telah selamat saya terima beberapa hari yang lalu dari Master Syed. Terima kasih Master Syed kerana menguruskan penghantaran sijil saya.

Bagi anda yang belum tahu apa dia Kundalini Reiki dan apa kaitannya dengan Reiki, Kundalini Reiki sebenarnya adalah cabang dari ilmu Reiki itu sendiri.

Biar saya ulas serba sedikit tentang Reiki dan Kundalini Reiki:

Reiki (ray-ki ) : Di ambil dari perkataan Jepun yang bermaksud Rei-alam semesta, manakala Ki-energy. Jadi Reiki bermaksud tenaga dari alam semesta. Anda boleh rujuk semula entry saya yang lalu mengenai Reiki di sini.

Kundalini Reiki : Salah satu cabang Reiki yang mudah untuk di pelajari dan di praktikkan tanpa menggunakan simbol, warna ataupun visual yang merumitkan. Ianya khusus untuk membuka gulungan kundalini (terletak di tulang belakang) dimana terletak nya tujuh chakra utama yang merupakan laluan kepada energy tersebut.

Manfaat dan Kelebihan Reiki:

- Mencegah dan membantu menyembuhkan penyakit fizik, emosi dan mental.

- Menghilangkan stress dan membuatkan anda lebih santai.

- Menghilangkan kebiasaan-kebiasaan negatif.

- Melindungi dari hal-hal yang negatif.

- Meningkatkan kesedaran dan kualiti meditasi.

- Menghaluskan kulit dan awet muda.

- Membantu latihan dan teknik tenaga dalam, pernafasan dan lain-lain lagi.

- Mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa.

- Tidak dapat di gunakan untuk tujuan negatif.

- TIdak bahaya kepada organ tubuh yang halus dan bayi.

- Meningkatkan kesedaran spiritual.

Dan banyak lagi kelebihan dan manfaat yang anda akan perolehi dengan mempraktikkan Reiki. Satu perkara yang paling menarik hati saya tentang Kundalini Reiki ini adalah kerana teknik penyembuhan nya terletak pada niat dan kepasrahan kita kepada Tuhan. Penyembuhan dengan Kundalini Reiki ini juga boleh kita gabungkan dengan zikir-zikir dan ayat-ayat Al-Quran. InsyaAllah energy itu akan terasa lebih kuat berbanding biasa.

Anda ingin tahu pengalaman saya selama mempraktikkan Kundalini Reiki? Saya akan kongsikannya di lain masa insyaAllah :)

Saturday, June 7, 2008

Makhluk Tuhan Paling Comel

Hari ini saya ter inspirasi untuk meletak beberapa keping gambar 'makhluk Tuhan paling comel'.. Semoga anda terhibur dan ceria selalu :)


Si comel yang nyenyak tidur


Dalam pelukan si ibu


Naughty and playful


Sorry about the quality (handphone) but she is still adorable!


Night out


Pasangan bahagia




Friday, June 6, 2008

Sepetang Di Bumi Anbiya

Masjid Husin, Khan El Khalili, di sinilah bersemadinya jasad cucunda baginda Rasulullah S.A.W.


Front view Masjid Husin.


Makam Saiyidina Husin R.A.


Sepetang di Khan El Khalili.


Masjid Husin di waktu malam.





Sujud Syukur

Alhamdulillah..hari ini saya menerima berita gembira. Adik perempuan saya telah di naikkan pangkat. Semuanya secara tiba-tiba. Alhamdulillah. Rezeki Tuhan itu amat luas. Saya sempat berpesan kepada adik saya untuk melakukan sujud syukur. Iaitu sujud yang di sunatkan ketika kita mendapat nikmat secara mendadak atau ketika selamat dari musibah dan sebagainya.


Sujud syukur di lakukan sebagai tanda bersyukur dan terima kasih kita kepada Allah s.w.t atas nikmat yang di kurniakan. Seperti yang di riwayatkan oleh Imam Abu Daud kira-kira bermaksud "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila sampai kepada baginda perkara yang menggembirakan atau di khabarkan kepada baginda berita gembira, baginda lalu sujud bersyukur pada Allah".

Cara-cara sujud syukur:
- Berniat untuk sujud syukur.
- Mengangkat Takbiratul Ihram lalu sujud
- Satu kali sujud dengan membaca bacaan sujud syukur
- Duduk dan memberi salam

Bacaan sujud syukur:

سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِي خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

Di sini ada dua keping gambar menarik yang ingin saya kongsikan:

Pemain Cricket dari Pakistan sedang melakukan sujud syukur selepas tamat permainan.

Pasukan dari Egypt melakukan sujud syukur setelah memenangi African Cup kali ke6 berturut-turut pada awal tahun ini.

Thursday, June 5, 2008

Aku ingin jadi kaya

Saya teringat perbualan saya dengan seorang teman beberapa hari yang lalu. Bermula dengan perbualan biasa, tiba-tiba berubah menjadi topik yang agak menarik pada pandangan saya.

Teman saya memberitahu saya apa sebenarnya matlamat, cita-cita dan impian beliau. Dia sebenarnya malu nak beritahu saya. Tapi apa nak di malukan daripada langsung tiada matlamat dalam hidup ini?

Matlamat beliau adalah untuk menjadi orang kaya. Dia sangka saya akan gelak setelah mendengar kata-katanya itu tapi tidak. Saya tidak pernah mentertawakan matlamat orang. Saya juga ada matlamat saya sendiri. Saya menghormati matlamat individu masing-masing.


Mungkin sesetangah orang menganggap cita-cita untuk menjadi kaya itu lucu ataupun pelik. Tapi tidak bagi saya. Kerana definisi kekayaan itu bagi saya sebenarnya adalah satu kecukupan ataupun abundance yang terdiri bukan saja dari harta benda, bahkan dengan ilmu pengetahuan, ikatan kasih sayang, kekeluargaan, kesihatan, persahabatan dan sebagainya. Ya..abundance! That's what I want to attract in my life :)

Kembali kepada cerita kawan saya tadi. Saya sempat bertanya kenapa dia ingin jadi kaya. Jawapannya memang menarik tapi biarlah saya simpan sendiri kerana saya tahu ianya tak patut saya siarkan disini. Saya juga sempat berpesan kepadanya agar fokus kepada matlamat tersebut. Dengan doa dan usaha, insyaAllah Tuhan akan mempermudahkan segalanya.

Apakah pula matlamat anda dalam hidup ini? Apa yang ingin anda capai? Adakah anda berpuas hati dengan hidup yang anda pilih? Semuanya ada di minda anda :)

LOA by Michael J.Losier

Kali ini saya ingin mengenalkan anda sebuah buku yang agak menarik iaitu "Law Of Attraction, The Science Of Attracting More Of What You Want And Less Of What You Don't."

Menariknya buku ini di mata saya adalah kerana susunan nya yang simple tapi padat dengan maklumat. Tulisan nya agak menarik, ringkas dan lebih straight to the point.

Berbeza dengan buku-buku LOA yang lain, buku ini merupakan 'guide book' dalam penggunaan LOA.

Buku ini juga menekankan kefahaman kita tentang proses LOA, bagaimana kita boleh menggunakan LOA semaksima mungkin. Bagaimana cara kita nak meningkatkan getaran positif agar LOA lebih berkesan dan sebagainya.

Buku ini juga banyak menyediakan 'worksheet' dan latihan agar proses penarikan di lakukan dengan lebih precise dan tepat.

Bagi anda yang blum berapa memahami tentang LOA, buku ini memang sesuai untuk anda. Juga bagi anda yang berminat dengan LOA, this book is for you :)

Manusia Hebat

Apakah yang terlintas di dalam fikiran anda tatkala melihat gambar di bawah?

Setiap kali anda memandang cermin, siapakah yang anda lihat sebenarnya? Adakah anda suka dengan apa yang anda lihat? Adakah anda melihat seorang yang hebat? Seorang yang optimist dan bersemangat tinggi? Atau..adakah anda melihat bayangan seorang loser?

Tuhan menciptakan manusia sesempurna ciptaan. Di lengkapi dengan akal fikiran dan minda yang mantap lagi hebat. Kita sebagai makhluk yang di ciptakan sempurna kena percaya bahawa di dalam setiap diri kita ada kekuatan, kebolehan dan kehebatan yang perlu kita gilap.

Anda kena memandang diri anda sebagai seorang yang hebat. Tapi jangan lah sampai timbul riak dan bangga diri, cukup lah ia sekadar pendorong dan pembakar semangat untuk anda lebih maju ke hadapan.

Anda kena yakin dengan segala kebolehan yang anda ada. Andai anda berbakat dalam bidang penulisan, kenapa perlu takut-takut untuk mempamerkan karya hebat anda? Andai anda hebat dalam seni, kongsikan 'passion' anda dengan orang sekeliling. Andai anda berbakat dalam berniaga, kenapa perlu takut dengan kerugian sedangkan anda, tahu dengan kehebatan anda, anda mampu mencapai banyak keuntungan?

Saya cuma ingin mengajak anda semua untuk berfikiran optimist terhadap diri sendiri. Kita perlu yakin dengan kebolehan yang kita ada. Gunakan lah kebolehan itu sebaik mungkin. Semoga kita mencapai segala matlamat yang ingin kita tuju :)

Wednesday, June 4, 2008

cerita peribadi di petang hari - blog hopping

Di masa lapang kadang-kadang saya rajin 'blog-hopping' mengintai blog-blog yang penuh dengan informasi. Tumpuan saya biasanya lebih kepada informative blog yang menyediakan pelbagai berita, informasi mahupun pengalaman menarik. Yelah, hidup kita ni tak panjang, kadang-kadang pengalaman orang itu sedikit sebanyak menambah ilmu di dada kita.
Teringat pula saya kata-kata jutawan internet Malaysia, Irfan Khairi, Hidup Ini Terlalu Singkat Untuk Menjadi Orang Biasa!

Antara blog yang menarik hati saya ialah blog yang menceritakan tentang suasana dan kehidupan di Kuala Belait. Satu lagi blog yang unik ialah tentang katak ataupun kodok yang menjadi ikon dalam blog tersebut. Juga tak ketinggalan blog motivasimama yang mengongsikan pendapat beliau berdasarkan pengalaman sebagai seorang isteri dan juga ibu.

Banyak juga blog-blog lain yang agak menarik seperti life in oman, arabfamilies, ranoadidas, anak brunei dan sebagainya. Eh,mcm blog review & promo tah plg :p

Hari ini sebenarnya hari yang sibuk bagi saya. Banyak kerja perlu di selesaikan, banyak tanggungjawab perlu di jalan kan. Sekadar mencuri sedikit masa di waktu petang untuk merehatkan badan dan menjana minda.

Salam ceria untuk semua :)

Motivasi Basmalah

-Lafaz Kalimah Basmalah-
Bismillahir Rahmanir Rahiim
"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani"

Hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban r.a:
"Setiap pekerjaan atau urusan yang tidak di mulakan dengan Bismillah maka akan pincang atau tidak sempurnalah urusan tersebut."
-sadaqa Rasulillah s.a.w-

Untuk memperolehi keberkatan dan keredhaan Allah dalam membuat sesuatu pekerjaan ataupun urusan, mulakan lah dengan Bismillah. Tidak kira sebelum keluar rumah, naik kenderaan, sebelum bekerja, sebelum belajar, membaca, membuat blog, melayari internet, sebelum makan dan minum dan sebagainya.

Semoga apa yang kita lakukan mendapat manfaat dan keberkatan dari Allah s.w.t.

Tuesday, June 3, 2008

LOA dan Kesihatan

Kita hidup di dunia ini kena selalu sihat. Kesihatan yang maksima tidak tertumpu pada bentuk fizikal yang sihat semata-mata bahkan mental dan spiritual yang kuat dan mantap. Tahukah anda, kebanyakkan penyakit fizikal itu bermanifestasi dari mental dan spiritual yang 'berpenyakit'?


Stress yang berpanjangan, dendam kesumat yang terpendam, nafsu amarah, hasad dengki, semua ini adalah contoh dari penyakit mental yang kebanyakkan orang tidak tahu cara 'memulihkannya'. Penyakit ini lah yang akan bermanifestasi ke dalam fizikal anda dalam bentuk darah tinggi, cancer, sakit mental dan sebagainya.

Selain menjaga permakanan, bersukan dan berfikiran positif dan optimis, kita boleh menggunakan LOA untuk menarik kesihatan. Ingatlah, LOA adalah satu ilmu minda. Dari sini lah kita dapat terus merawat 'punca' penyakit tersebut. Yang penting, semuanya atas izinNYA jua :)

Situasi seperti ini selalu terjadi apabila anda sakit kepala (contohnya) anda mula berkeluh kesah, mengadu kepada orang terdekat anda, dengan kening berkerut dan macam-macam perasaan yang timbul dari 'sakit kepala anda'. Tahukah anda, situasi begini lah yang akan menarik lebih banyak kesakitan yang anda alami? Kerana *minda separa sedar anda akan menarik semua kata-kata dan perasaan yang anda luahkan!

Contoh penggunaan LOA dalam kesihatan:

(Dipetik dari buku The Secret) Cathy di sahkan mengidap penyakit cancer. Cathy, seorang yang optimist, menggunakan LOA untuk memulihkan penyakitnya. Dia menggunakan affirmasi dan percaya dia dalam proses pemulihan kerana dia tahu tubuhnya akan pulih dengan sendirinya. Dalam tempoh itu, Cathy menjauhkan dirinya dari 'stress' dengan menonton cerita-cerita lucu dan hidup dengan penuh keceriaan dan gelak tawa. Dalam jangka masa tiga bulan, Cathy di diagnose bebas dari cancer.

Mustahil? Ilmu Sains telah membuktikan semua organ manusia menjalani proses pembaharuan (renew) dengan sendirinya dalam tempoh tertentu. Ada yang memakan masa beberapa hari, minggu, bulan dan tahun. Dalam tempoh beberapa tahun, kita mempunyai 'brand-new' organ dan tubuh. Tubuh kita really know how to heal itself. Luka pada kulit akan kering sendirinya. Kulit yang di operate semasa pembedahan juga kembali pulih dengan sendirinya. Kerana Tuhan telah menciptakan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna di muka bumi ini!

Tapi kenapa masih ada penyakit yang hinggap bertahun-tahun lamanya di tubuh anda sedangkan anda mempunyai organ tubuh yang baru setiap beberapa tahun? Di situ lah letaknya peranan minda, jiwa dan fikiran anda!

*minda separa menarik semua yang anda fikirkan tanpa mengenal logik sesuatu perkara itu.


Jatuh cinta..?

Alahai..indahnya bila jatuh cinta! Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tersalah suap. Dan pelbagai lagi ungkapan yang di gunakan untuk menggambarkan perasaan jatuh cinta itu. Persoalannya..

Adakah anda mengingati si dia di dalam doa anda setiap kali lepas solat?

Adakah anda berdoa agar si dia sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmatNYA? Agar di dia berada di dalam golongan orang-orang yang soleh dan solehah di sisiNYA?

Adakah anda berdoa agar Tuhan meredhai dan memberkati perhubungan anda berdua?
Andai jawapan anda Ya, alhamdulillah..anda memang jatuh cinta!

Andai si dia suami/isteri anda, semarakkan lah lagi api cinta itu agar tidak padam di tiup angin zaman.

Andai si dia itu kekasih anda, cepat-cepatlah mengikat ikatan yang sah lagi halal. Itu adalah isi cinta yang sebenarnya.

Semoga cinta akan membawa kita lebih dekat kepadaNYA :)

Sudoku

Sudoku: is a logic-based number placement puzzle. The objective is to fill a 9×9 grid so that each column, each row, and each of the nine 3×3 boxes (also called blocks or regions) contains the digits from 1 to 9 only one time each. The puzzle setter provides a partially completed grid.

Sudoku: Satu permainan minda yang tidak perlu saya perkenalkan lagi kepada anda. Kita tidak memerlukan skill matematik ataupun kira-kira yang mantap untuk bermain Sudoku. Cukuplah dengan konsentrasi dan kecerdasan minda :)

Saya memang suka main Sudoku. Tatkala minda saya perlu kan booster, saya akan mencapai buku Sudoku saya dan bermain dengannya kadang-kadang hingga berjam-jam lamanya :)

Sudoku baik untuk mencabar minda kita. Ia juga baik untuk menggerakkan kedua-dua otak kanan dan kiri kita. Jom kita main Sudoku! :)


Indahnya Senyuman!

Ah..Alangkah indahnya hidup ini andai sentiasa di hiasi dengan senyuman! Senyuman, menenangkan hati yang runsing, mendamaikan mata yang memandang, menceriakan suasana yang suram. That's the power of smiling :)

Anda perlukan alasan untuk tersenyum? Jom kita ekspresi kan peribadi kita dengan senyuman :)

- Dengan senyuman, anda akan mempunyai daya tarik yang mana akan membuatkan anda kelihatan lebih menarik.

- Suasana lebih riang dan ceria dengan senyuman!

- Orang sekeliling akan turut merasa ceria dengan senyuman anda.

- Mengurangkan stress.

- Senyuman membuatkan organ tubuh anda menjadi relax, ini akan membuatkan immune system anda menjadi kuat.

- Senyuman dapat menurunkan tekanan darah.

- Senyuman melepaskan endorphin yang akan membuatkan anda lebih relax dan santai.

- Awet muda!

- Lebih confident dan percaya diri.

- Senyuman meng'ekspresi'kn minda dan jiwa kita yang positif! :)

Keagungan Surah Al-Fatihah

- Dari Ubadah bin Shamit bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak sah sembahyang seseorang itu tanpa membaca Al-Fatihah."

- Dari Ibnu Hibban bin Ka'ab r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak pernah Allah menurunkan di dalam Taurat dan Injil yang menyamai Ummul Quran (Al-Fatihah)."

- Dari Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca Fatihatul Kitab (Al-Fatihah) seolah-olah dia telah membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Furqan (Al-Quran)."

- Di riwayatkan oleh Al Bazzar dari Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Apabila engkau membaca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas akan amanlah engkau dari segala sesuatu ancaman maut."
(Sadaqa Rasulullah s.a.w)


Betapa agungnya Surah Al-Fatihah ini seperti mana yang telah di sabdakan oleh Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Marilah kita mengamalkan Al-Fatihah dalam hidup kita seharian. Selain dalam solat lima waktu, marilah kita basahkan lidah kita dengan bacaan surah Al-Fatihah di setiap bangun tidur, sebelum memulakan rutin harian, sebelum bekerja, belajar, di waktu lapang dan sebagainya.

Semoga kita mendapat rahmat dan pelindungan dari NYA jua. Amin! :)

Gelisah..?

Anda merasa gelisah tanpa sebab? Tiba-tiba saja anda rasa tak senang duduk, jiwa yang tenang tiba-tiba sedikit kacau..? Anda cuba cari sebab kenapa anda gelisah tapi tak dapat?


Cuba anda ingatkan pada diri anda:

- Ada kah janji yang blum tertunaikan?

- Ada kah hutang yang blum terlangsaikan?

- Ada kah amanah yang blum terlaksanakan?

- Ada kah tanggungjawab yang terabaikan?

..dan yang paling penting

- Ada kah kewajipan anda kepada Yang Maha Esa sudah anda jalankan? Menjalankan perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA? Marilah kita muhasabah diri bersama-sama..

Monday, June 2, 2008

Very Simple Fact About Reiki

Oleh kerana saya adalah practitioner salah satu ilmu metafizik iaitu Reiki, saya ingin memberikan anda fakta-fakta simple tentang Reiki sebelum saya menghuraikannya lebih panjang lagi di masa akan datang.

- Reiki adalah salah satu cabang ilmu metafizik. (Hukum Alam sudah menyatakan bahawa manusia adalah makhluk fizik yang mempunyai getaran frequncy tenaga; metafizik)

- Reiki adalah energy dari alam semesta.


- Reiki adalah teknik penyembuhan alternatif di mana seorang jurusembuh menyalurkan energy alam semesta kepada pesakit.

- Teknik penyembuhan Reiki hanya melalui aliran tenaga dari tapak tangan.

- Teknik penyembuhan boleh di lakukan secara langsung juga jarak jauh. (Energy menembusi ruang tempat dan masa).

- Reiki tidak ada kaitan dengan mana-mana aliran ugama. Ia adalah ilmu dan di kurniakan Tuhan kepada kita. Ingatlah, ilmu Allah itu sangat luas. Yang di ilhamkan kepada kita di dunia ini hanyalah sebesar zarrah sahaja.


- Untuk mempelajari Reiki, anda cuma memerlukan seorang Master yang sudah mengikuti kursus Reiki hingga ke tahap Master. Saya sarankan anda memilih Master yang berugama Islam untuk mendapatkan Reiki yang lebih Islamic sesuai dengan keperluan kita sebagai umat Islam.


- Cabang ilmu Reiki terlalu banyak, mengikut kreativi anda untuk mempelbagaikan ilmu tersebut! Tapi ilmu Reiki tetap kembali kepada asas yang sama, iaitu menggunakan energy dari alam semesta.


*saya mencari dangan dari Brunei untuk bertukar ilmu dan pendapat tentang Reiki. Kalau ada, alhamdulillah :)

Meditasi lagi

Meditasi antara salah satu seni untuk merehatkan tubuh kita mentally dan spiritually. Ia adalah salah satu ilmu yang seharusnya di ajarkan dan di praktikkan oleh kita terutama sekali dalam mengharungi hidup yang hectic dan mencabar ini.

Di dalam Islam, cukuplah saya katakan meditasi ini adalah satu seni untuk kita bertafakkur dan berzikir. Meditasi yang di ikuti dengan zikir akan menghasilkan satu outcome yang lebih hebat!


Meditasi boleh di lakukan di mana saja asalkan dapat memenuhi 'syarat anda' untuk melaksanakan meditasi.

Antara yang perlu dalam meditasi :


- Memakai pakaian yang longgar, bersih dan wangi.

- Tempat yang bersih dan selesa hatta di bilik tidur anda sendiri.


- Suasana yang tenang dan nyaman tanpa ada gangguan bunyi. Waktu yang selalu di sarankan adalah di sepertiga malam selepas menunaikan solat tahajjud :)


- Posisi duduk yang betul dan selesa, bersila dengan meluruskan tulang belakang ataupun duduk di kerusi dengan kaki menyentuh lantai juga dengan tulang belakang yang lurus (tegak).

- Sekiranya anda selesa bermeditasi dengan mata terbuka, cari titik fokus/objek yang sesuai dengan anda dan tumpukan pada objek tersebut sepanjang bermeditasi. Andai anda selesa dengan memejamkan mata, fokus kan pada teknik pernafasan anda.


- Andai anda hilang fokus dan anda mula terganggu dengan 'chatter2' dalam fikiran anda, cepat-cepat kembali fokuskn kepada pernafasan anda. Cuba untuk merelaxkan diri serelax yang mungkin.


Beberapa seni bermeditasi:

Candle Meditation
Relaxing Meditation
Meditation and Imagination

Meditation and Sound

Meditation to overcome Negative Emotion

Walking Meditation

Healing Visualization

Chakra Meditation
Flower Meditation

Meditation and Affirmation

Meditation and chanting (dengan berzikir)

..dan pelbagai lagi seni meditasi yang boleh anda buat dengan kreativi anda sendiri!

Susah Ke Nak Buat Baik?

Anda rasa susah untuk berbuat baik pada orang sedangkan anda tahu anda sebenarnya mampu untuk menolong orang tersebut? Anda ragu-ragu dan teragak-agak?

Anda cuma perlu 'berbincang' dengan diri anda sendiri. Tanyakan pada diri anda adakah anda sebenarnya inginkan balasan dari orang yang ingin anda tolong? Adakah anda mahu kebaikan anda di kenang oleh orang tersebut? Anda mahu pujian?

Anda jawapan anda tidak, berbuat baik bukan jadi satu masalah buat anda :) Kita sebagai umat Islam di galakkan berbuat baik tanpa mengharapkan apa-apa balasan pun. Namun, Tuhan itu Maha Adil. Perbuatan yang baik, balasannya sepuluh kali ganda lebih baik. Dalam hukum penarikan juga ada menyebut 'likes attract likes'. Mari lah kita memperbanyakkan berbuat baik dengan ikhlas, insyaAllah kita akan menarik lebih banyak kebaikan di dalam kehidupan kita insyaAllah :)

Sunday, June 1, 2008

Deliberate Attraction

Kali ini saya ingin mengongsikan cara untuk kita apply Law Of Attraction secara lebih terarah dalam mencapai apa yang kita inginkan. Ada beberapa langkah mudah yang dapat anda apply dalam hukum penarikan anda, diantaranya:

- Tetapkan Matlamat Anda.
Kebanyakkan kita cuma fokus kepada apa yang tidak kita inginkan dan kurang memberi tumpuan kepada apa yang sebenarnya kita inginkan. Dalam LOA, minda anda akan menarik apa saja yang anda fikirkan/fokuskan samada baik ataupun tidak. Jadi anda kena tetapkan matlamat anda dari sekarang! Dan anda kena ingat, matlamat mahupun keinginan anda itu mestilah 'precise'!

- Berikan Tumpuan kepada Matlamat Anda.
Setiap apa yang kita fikirkan akan menghasilkan gelombang (vibration) apatah lagi jika anda memberikan tumpuan dan penuh perhatian kepada fikiran itu. The Law Of Atrraction brings you more of whatever you give your attention to.

Jika anda telah menetapkan matlamat tanpa memberikan tumpuan mahupun fokus, ianya tidak akan ber manifestasi!

Sebab itu anda kena gunakan the power of focus dalam mencapai matlamat anda berserta dengan vibration yang positif. Bagaimana nak menghasilkan vibration yang positive? *Affirmation!

- Allow It!

Proses 'allowing' tidak akan terjadi andai ada keraguan di hati anda (negative vibration). Contohnya anda ragu-ragu adakah matlamat anda itu akan tercapai? Dan anda rasa ianya adalah mustahil untuk merealisasikan keinginan anda. Keraguan itulah yang menghasilkan getaran yang negatif yang mana akan menyekat process of allowing tersebut.

Sekiranya matlamat anda adalah ingin menjadi jutawan tapi anda berasa ragu-ragu. Anda hanya perlu memikirkan berapa ramai manusia di dunia ini yang telah menjadi jutawan. Adakah ia sesuatu yang mustahil? Andai jawapan anda tidak, maka ia juga tidak mustahil terjadi pada diri anda pada suatu masa nanti :)


*saya akan menghuraikan tentang affirmation ini dengan lebih lanjut lagi pada masa akan datang. InsyaAllah.

Empowering Youth to Strengthen National Defence


Walaupun sedikit terlewat, saya tetap ingin mengucapkan tahniah kepada Angkatan Bersenjata Di Raja Brunei atas ulangtahun yang ke 47 (31hb Mei 2008).

Tema pada tahun ini adalah 'Memperkasa Tunas Bangsa Memperkukuh Pertahanan Negara'. Tahun ini saya tidak dapat mengikuti sambutan ulangtahun ABDB atas kesibukan saya yang semakin memuncak. Namun saya akan tetap mengikuti perkembangan yang di sediakan oleh media elektronik.

Apa yang saya harapkan adalah agar 'pahlawan-pahlawan' negara yang bertungkus lumus mempertahankan negara kita (walau apa pun jenis sumbangannya) akan terus mempertingkatkan lagi kualiti kerja dan tanggungjawab terhadap negara.

Kita sebagai rakyat di negara yang aman makmur ini seharusnya meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya peranan kita dalam menjaga keamanan negara. Marilah kita bersatu padu dan memohon doa kehadratNYA agar negara kita ini sentiasa di lindungi olehNYA jua. Amin!