Tuesday, May 27, 2008

5 cara mudah mengatasi kegagalan.


Kegagalan seringkali di salah ertikan oleh kita. Sebahagian dari kita menganggap kegagalan adalah satu titik penamat bagi kita untuk mencapai kejayaan. Andai anda berfikiran begitu, cepat-cepat lah ubah mindset anda tentang kegagalan.

Apa itu kegagalan?
Kegagalan bukanlah bermaksud kita gagal untuk selamanya. Kegagalan bukan penghalang untuk kita bangkit semula dan berdiri lebih kuat lagi. Tahukah anda definasi sebenar kegagalan? Kegagalan terjadi apabila cara yang anda gunakan itu salah. Cara yang salah. Mungkin cara anda belajar salah, cara perniagaan, cara bergaul dan bermacam-macam lagi. Itulah definasi sebenar kegagalan.

Disini saya sediakan 5 cara mudah untuk mengatasi kegagalan:

1) Kenal pasti apakah jenis kegagalan anda. Gagal dalam pelajaran? Gagal dalam perniagaan? Gagal menambat hati orang? Dan sebagainya.

2) Kawal reaksi anda terhadap kegagalan tersebut. Jangan panik, jangan mengeluh dan jangan mengaku kalah. Andai anda tidak dapat mengawal emosi, peruntukkan masa untuk anda mengeluh mahupun menangis (contohnya selama 5minit). Selepas itu, anda kena kembali berfikiran rational agar anda dapat fokus terhadap tindakan anda 100%.


3) Sesudah fikiran anda kembali tenang, anda kena pastikan apakah punca kegagalan tersebut. Jangan hipokrit terhadap diri sendiri. Andai punca kegagalan anda adalah kerana kelalaian, kurang ilmu pengetahuan dan sebagainya, anda kena mengaku pada diri sendiri.


4) Setelah mengetahui punca kegagalan, anda akan tahu punca tersebut itulah yang di namakan 'cara yang salah'.Strategi seterusnya, ubahlah cara tersebut. Jangan gunakan cara yang sama kerana itu akan membawa anda jatuh ke lubang yang sama berkali-kali. Andai anda tidak tahu cara apa yang betul, jangan malu bertanya. Tiada istilah malu dalam mencari ilmu.

5) Bangkitlah dari kegagalan! Bangkitlah dengan penuh keazaman dan kekuatan. Jadikan kegagalan dulu itu sebagai pencetus semangat buat diri anda! Jadikan ia sebagai satu kekuatan bagi anda untuk mencapai apa yang anda impikan. Ingatlah kegagalan tidak pernah menjadi penghalang untuk anda mencapai kejayaan. Penghalangnya adalah diri anda sendiri!

Fikirkanlah.. :)

No comments: