Wednesday, May 28, 2008

Jangan, Tidak, Bukan!!

Di sini saya quote sebuah entry yang saya post melalui blog peribadi saya.

"huhu..takut tak dengan tajuk saya tu? :p
hehe saja je saya letak tajuk macam tu pasal kali ni saya nak bincangkan sesuatu. ia berkaitan dengan motivasi juga LOA.

walaupun blog saya ni blog peribadi, tapi saya suka berkongsi minat saya dengan anda. saya minat dengan motivasi, ilmu & sains minda, ilmu metafizik & lain2 ilmu yg berkaitan dengannya. oleh kerana saya pun masih belajar ilmu2 macam ni, saya rasa tak salah saya kongsikan semuanya dsni. yelah, saya boleh terus apply LOA dalam menulis blog ni. saya cuma menulis dan berfikir tentang2 yg positif kat sni, jika terjadinya hukum penarikan (LOA), saya tentu akan menarik lebih byk perkara2 positif didalam hidup saya insyaAllah :)

kali ni saya nak bincang kan sedikit perkara yg selalu di bincangkn dalam LOA.
dalam LOA, pemikiran positif akan menarik perkara positif & pemikiran yg negatif akan menarik perkara negatif (pemikiran yg saya maksudkn disni adalah pemikiran yg di sertai dengan perasaan/feel).

andai anda berfikiran positif, insyaAllah anda akan menarik lebih byk perkara positif dan perkara baik kedalam hidup anda. tapi persoalannya, adakah cara anda berfikir itu betul? dalam buku Law Of Attraction oleh Michael J.Losier, dia ada mengajar cara yg betul untuk kita melafazkan kata2 positif itu.

andai kata anda tidak mahukn kegagalan, tentu anda akan memikirkan,
"aku tidak mahu gagal" disertai dengan perasaan yg takut akan kegagalan.
tahukah anda, otak kita akan menapis semua perkataan "tidak,jangan,bukan & yg sewaktu dengannya".

andai anda memikirkan "aku tidak mahu gagal",
otak anda hanya akan menangkap "aku mahu gagal".

macamana ini terjadi? tentu susah anda nak percaya, namun bukti saintifik telah membuktikannya. malahan saya boleh membuktikan nya pada anda sekarang juga.
anda bersedia?

baiklah..saya arahkan anda supaya jangan memikirkan seekor kucing parsi yg berbulu lebat berwarna putih bersih!
ingat ya..jangan fikirkan seekor kucing parsi yg berbulu lebat putih bersih tu!

nah! tentu anda telah memikirkan kucing parsi itu kan? hehe :p
ini adalah kerana otak anda telah menapis perkataan 'jangan' itu.
kerana itu lah anda perlu berhati2 memilih perkataan ataupun pemikiran anda.
seharusnya kita menggantikan perkataan2 kita kepada perkataan yg lebih baik lagi.
contohnya:

jangan marah! : bersabarlah
jangan lupa yea : ingat yea
jangan risau : relax lah
aku tak mahu itu : aku mahu itu
bukan itu : itu

ini cuma contoh2 yg terlintas di fikiran saya pada masa ni. saya yakin anda sudah tentu faham dengan apa yg telah saya sampaikn tadi.
tetapi sekiranya anda secara tidak sengaja menggunakan perkataan "tidak,jangan,bukan,etc" tadi tu, anda boleh mengubahnya secepat mungkin.
contoh:

"aku tidak mahu gagal!" (di ikuti dengan perasaan takut akan kegagalan)
apa yg perlu anda buat, hanyalah tanyakan pada diri anda soalan ini,
"jadi, apa yang aku mahu?"
tentu anda sendiri akan menjawab soalan itu dengan jawapan yg positif! :)

andai ada keinginan, di situ tentu ada jalan. andai anda ingin berubah kepada yg lebih baik lagi, kunci nya ada di tangan anda. anda yg membuat pilihan sama ada anda mahu berubah ataupun tidak.

tetapi andai kata anda sudah membuat pilihan untuk berubah kepada yg positif, lepas itu anda di timpa perkara negatif yg memberi effect pada diri anda, cepat2 lah berubah kepada yg positif kembali. kerana minda anda cuma dapat di dominasi oleh satu pihak saja iaitu samada positif ataupun negatif. andai dalam fikiran anda masih ada sisa2 negatif walau sedikit pun, segala yg positif tidak akan dapat masuk kedalam minda anda. oleh itu, bersihkan lah minda anda dari segala yg negatif, insyaAllah benih2 yg positif akan tumbuh subur di minda anda.

perbanyakkan lah berdoa pada Tuhan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui & Maha Mengasihani :) " quoted from my personal blog.

2 comments:

Anonymous said...

saya harap loa anda turut tercapai. saya sukakan info loa di sini.teruskan menulis.:-)

Anonymous said...

saya sukakan info loa di sini. menarik. Teruskan menulis :-)