Sunday, May 25, 2008

Elakkan diri dari fikiran negatif

Bagaimana kita nak mengelak diri kita dari fikiran ataupun emosi yang negatif?
Di sini saya ingin kongsikan salah satu cara untuk kita praktikkan bagi mengelak diri kita di belenggu perasaan negatif. Iaitu:

Elakkan diri kita dari bersangka buruk & mencari ataupun memikirkan tentang kesalahan orang lain. Ini adalah salah satu petua yang paling efektif kalau kita amalkan dan jadikannya satu tabiat dalam diri kita. Saya tahu kita tak terlepas dari lingkungan orang-orang yang bersifat negatif di sekeliling kita. Apa yang anda perlu buat hanyalah 'ignore' saja perbuatan mereka itu. Jangan sekali2 anda mencari kesalahan dan bersangka buruk kepada mereka. Ini akan menerbitkan getaran negatif dalam diri anda & anda berkemungkinan besar akan menarik lebih banyak perkara negatif ke dalam diri anda.

Bersangka baiklah selalu. Andaikata bersangka buruk itu masih bersarang dalam diri anda, ucapkanlah Istighfar berulang-ulang kali. Istighfar dapat me'neutral'kan gelombang negatif kepada positif insyaAllah :)


Marila
h kita mulakan hari kita dengan bersangka baik terutama sekali kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa :)

No comments: