Sunday, August 10, 2008

Simple step to Lucid Dreaming Part 2

Langkah Ketiga : Reality Check.

Kali ini anda kena buat Reality check. Tanyakan pada diri anda selalu, "Adakah aku sedang bermimpi?". Untuk memastikan sama ada anda berada di alam reality ataupun mimpi, anda kena buat Reality Check berikut:


- Cuba switch on/off lampu. Di dalam mimpi, anda takkan dapat berbuat sebegitu. Andai anda cuba menswitch on/off lampu tapi tidak berjaya, anda memang sedang bermimpi!

- Cuba melompat sekuat hati anda. Andai anda melompat hingga menyebabkan anda terbang, memang sah anda berada di alam mimpi.

- Cari perbezaan yang ada di sekeliling anda. Anda kereta anda yang bewarna merah tiba-tiba menjadi biru, rumah anda tiba-tiba menjadi sebuah istana, yes you are dreaming!

- Cuba baca sesuatu. Cari apa saja buku ataupun perkataan kerana
apabila anda berada di alam mimpi, it's impossible to read! Setelah anda pasti yang anda berada di alam mimpi, what should you do now?

Langkah Keempat : What Should You Do?

Perkara pertama yang anda kena lakukan adalah relax dan bertenang. Anda tak boleh terlalu excited kerana ia akan membuatkan anda terjaga. Setelah anda berasa tenang dan relax, anda boleh melakukan apa yang anda mahukan.


Mungkin anda mahukan jawapan dari apa yang anda persoal kan selama ini, mengatasi trauma atau ketakutan dan bermacam2 lagi. Andai anda seorang yang inginkan keseronokan, anda boleh terbang, jadi superhero, bercakap dengan binatang, mencuba sesuatu yang baru dan sebagainya.
Ini cuma sebahgian yang saya cadangkan. Kemahuan terletak pada tangan anda!

Langkah Kelima : How To Wake Up?

Caranya mudah sahaja. Anda cuma arahkan diri anda sendiri untuk bangun ataupun anda boleh cuba cubit diri anda sendiri. Apabila anda sudah terjaga, jangan lupa untuk buat Reality Check sekali lagi untuk memastikan yang anda benar-benar sudah terjaga.

Apabila anda sudah mengalami Lucid Dreaming, jangan lupa untuk mencatat nya di dalam Dream Log anda. Selamat mencuba!

p/s: Bagi anda yang mempunyai pengalaman Lucid Dream, boleh lah berkongsi dengan saya.

No comments: