Friday, August 15, 2008

Nasyid: Mesut Kurtis - Ya ilahal kauni

Sempena menyambut nisfu sya'aban yang mulia ini, saya ingin mengongsikan kepada anda seorang penyanyi nasyid yang agak terkenal di timur tengah. Beliau adalah Mesut Kurtis.

Beliau di lahirkan pada bulan July 1981. Beliau di besarkan di Skopje, Macedonia. Beliau melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat degree di United Kingdom di dalam bidang Human Sciences dan Islamic Studies.


Mempunyai suara yang begitu merdu, beliau suka mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dan menyanyikan lagu-lagu nasyid dalam beberapa bahasa yang berbeza.
Kebanyakkan lagu-lagu beliau berunsurkan ketuhanan. Genre muzik yang beliau bawakan adalah berbentuk muzik Sufi, Turkish classical, Arabic dan European.


Album sulung beliau bertajuk 'Salawat' adalah antara album yang mendapat tempat pertama di hati saya. Lagu-lagu dan alunan melodi di dalam album ini amat menarik hati. Ianya mengandungi puji-pujian kepada Allah s.w.t serta RasulNya s.a.w. Antara lagu yang menjadi pilihan saya ialah Ya ilahal kauni. Di sini saya sertakan sebuah video yang saya dapat dari youtube. Credit to uploader.


1 comment:

Anonymous said...

aah..lagunya agak merdu..tetapi InTeam is still my favourite..=)