Friday, August 8, 2008

08.08.08


Seperti di tahun-tahun yang sudah, jika tarikh ataupun haribulan itu selaras dengan bulan dan tahun, tentu banyak event menarik yang akan berlangsung.

Pada hari ini, 08.08.08, banyak majlis akad nikah dan perkahwinan berlangsung di negara kita Brunei Darussalam. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadikan 08.08.08 sebagai salah satu kenangan terindah di dalam hidup mereka.

Nun jauh di sana pula, pembukaan bagi sukan Olympic di China sedang berlangsung secara besar-besaran di Stadium hebat yang bertema kan sarang burung ataupun bird's nest.

Saya pula, tatkala orang lain sibuk meraikan event-event penting pada 08.08.08, saya berjauhan dari keluarga demi urusan yang mesti saya laksanakan. InsyaAllah kalau semua urusan berjalan dengan lancar, saya akan kembali ke tanah air tercinta pada bulan Ramadhan ini. InsyaAllah.

Marhaban Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan :)

No comments: