Friday, August 15, 2008

Nisfu Sya'aban

Nisfu Sya'aban adalah pertengahan bulan ataupun hari ke lima belas pada bulan Sya'aban. Malam Nisfu Sya'aban adalah malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar.

Antara amal 'ibadah yang sunat di lakukan pada Nisfu Sya'aban adalah:

- Berpuasa pada siang harinya

- Solat Sunat Nisfu Sya'aban

- Membaca Surah Yasin

- Banyakkan Istighfar dan meminta keampunan kepadaNYA

Terdapat beberapa perbahasan tentang bilangan rakaat solat sunat Nisfu Sya'aban juga bilangan membaca Surah Yasin pada malam tersebut. Sebenarnya segala amalan yang di lakukan pada malam Nisfu Sya'ban adalah mengikut keikhlasan kita mengerjakan amalan tersebut.

Firman Allah Subhaanahu Wa Ta'ala yang kira-kira bermaksud, "Dia Allah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kalian siapakah yang paling baik amalannya". (Al-Mulk:2)

Muhammad bin 'Ajlan pernah berkata, "Allah Subhaanahu Wa Ta'ala tidak mengatakan 'yang paling banyak amalannya' " (Lihat tafsiran Ibnu Katsir 4/396). Allah Subhaanahu Wa Ta'ala cuma mengatakan yang paling baik amalannya.

Apa yang penting, segala amalan yang kita lakukan pada malam Nisfu Sya'aban biarlah kerana keikhlasan dan ingin mencari keredhaan Allah semata-mata. Dan amalan tersebut biarlah mengikut landasan sunnah rasul kita Rasulullah S.a.w.

Wallahu A'lam..

No comments: