Tuesday, August 12, 2008

Menarik Kegagalan

Kenapa kita selalu di timpa kegagalan? Apakah faktor utama yang membuatkan kita seolah-oleh menarik kegagalan ke dalam hidup kita padahal kita sudah berusaha sesungguh-sungguhnya?

1) Anda Takut Kepada Kegagalan.

Perasaan takut kepada kegagalan inilah yang akan meng'aktifkan' Hukum Tarikan ataupun Law Of Attraction. Seperti yang pernah saya nyatakan di post yang lalu '"I attract to my life whatever I give my attention, ener
gy and focus to, whether positive of negative".


Kesilapan besar yang selalu kita lakukan adalah menfokuskan kepada apa yang kita tidak suka atau mahukan. Kenapa? Kerana kita terlalu takut kepada kegagalan hinggakan kejayaan yang berada di depan mata semakin kabur dan akhirnya pergi begitu saja.

Seharusnya bahkan sewajibnya kita lebih fokus kepada matlamat dan keinginan kita untuk berjaya. Fokus akan membuatkan matlamat kita lebih jelas dan dengan sendirinya anda lebih bersemangat di dalam mengejar matlamat anda.


Sebab itulah anda kena menulis dan mencatat setiap apa yang anda inginkan. Tulis se'detail'nya tidak kira dari segi kewangan, pelajaran, relationship dan sebagainya. Mengapa kita perlu mencatat semua itu? Andainya satu masa anda alpa dan leka, setidak-tidaknya catatan tersebut akan menyedarkan anda kembali pada cita-cita dan matlamat sebenar anda.


Catatan tersebut juga akan menjadi satu affirmasi buat anda. Affirmasi yang di buat berulang-ulang kali akan mempercepatkan proses LOA. Affirmasi juga boleh kita ibaratkan sebagai satu doa yang kita panjatkan dengan penuh perasaan khusyuk dan tawadhu' dan insyaAllah kejayaan akan berpihak kepada anda.

2) Takut Menghadapi Risiko Dan Kesakitan Di Dalam Mencapai Kejayaan.

Businessman takut mengeluarkan modal untuk perniagaan. Para pelajar pula takut untuk meluangkan lebih banyak masa untuk belajar, takut stress dan tiada masa untuk berhibur. Orang yang mempunyai bakat pula takut untuk menunjukkan bakat sebenar mereka, takut tidak di terima oleh orang di sekeliling.

Inilah keadaan mereka yang takut di dalam mencapai kejayaan. Mereka takut untuk berkorban dan hanya inginkan jalan pintas sahaja untuk mencapai kejayaan. Mereka mungkin terlupa, tiada kejayaan yang datang bergolek. Sedangkan Donald Trump sendiri pernah berhadapan dengan krisis kewangan apabila beliau berhutang berbillion-billion ringgit tetapi beliau tetap tenang, sabar dan consistent dengan apa yang di buatnya. Dan anda lihatlah apa hasilnya sekarang! :)

3) Mudah Putus Asa.

Tiada istilah putus asa di dalam diary orang-orang yang berjaya. Bagi saya, mereka yang putus asa itu ialah mereka yang tiada matlamat dan haluan sebenar di dalam hidup.

4) Negative Mindset.

"Aku tidak boleh melakukannya. Ah..terlalu susah! Aku akan rugi kalau aku melakukannya." Itu adalah antara contoh mindset yang negatif. Mindset yang negatif sudah setentunya akan menarik lebih banyak perkara negatif di dalam hidup anda. Fikirkanlah! :)

No comments: