Saturday, August 23, 2008

Don't Judge A Book By It's Cover


Tiba-tiba saja pepatah ini bermain di minda saya. Dan tiba-tiba juga perbualan dengan seorang teman baik menerjah di minda saya tentang pepatah tersebut.

"Jangan menilai seseurang atu dari penampilan luaran nya saja. Yang nampak baik di luar nda semestinya baik jua di dalam dan sebaliknya. Tapi nda jua boleh tani luan-luan harapkan pepatah atu. Seorang penceramah ataupun guru, walaupun penuh ilmu di dada, mun penampilannya nda senunuh, nda jua urang ingin".

Begitulah kira-kira perbualan sahabat saya yang ingin saya bincangkan di post kali ini. Don't judge a book by it's cover boleh kita ertinya sebagai jangan menilai
sesuatu itu dari luarannya. Di sini saya ingin menspecifickan pepatah tersebut kepada keperibadian manusia.

Sememangnya kita tidak boleh menilai manusia itu dari aspek luarannya sahaja bahkan kalau boleh mestilah seimbang dari aspek luaran dan dalaman. Aspek yang saya maksudkan itu adalah mental, kerohanian dan spiritual.
Penampilan saja tidak cukup untuk mengekspresikan peribadi seseorang. Namun under certain circumstances, aspek luaran juga ada peranan tersendiri.

Mereka yang mempunyai profession yang professional hendaklah tampil selaras dengan profession mereka. Para businessmen hendaklah mempunyai peribadi luaran yang meyakinkan. Para motivator pula mestilah tampil dengan penuh keyakinan dan semangat yang positif.


Apatah lagi bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang pendidikan dan ugama. Penampilan mereka hendaklah selaras dan sesuai dengan ilmu yang mereka miliki. Ianya bukan saja penting untuk mengekspresi kan peribadi yang baik bahkan untuk meyakinkan mereka yang ingin menimba ilmu dengan mereka.


Sebagai contoh: Dua orang guru yang mempunyai tahap ilmu yang sama, seorang berpakaian kemas manakala yang seorang lagi agak selekeh. Mengikut logik akal sekalipun, kita akan cenderung kepada guru yang agak kemas dan mempunyai aspek luaran yang lebih meyakinkan.

Sebagai idola yang sempurna, Nabi kita Muhammad S.a.w sendiri mempunyai keperibadian yang sangat menarik. Baginda cukup sempurna dari segi luaran dan dalaman. Baginda mempunyai sifat-sifat yang mulia, tutur kata yang sopan, ketrampilan yang kemas dan bersih. Baginda adalah contoh paling sempurna bagi kita umat manusia.

Dalam menilai peribadi seseorang pula, istilah don't judge a book by it's cover sememangnya harus di apply terutama sekali dalam memilih sahabat dan teman rapat. Apatah lagi jika anda ingin menjadikan mereka itu teman yang special di dalam hidup anda.

Jangan lah kita bulat-bulat menilai peribadi seseorang itu dari luarannya saja. Buatlah penilaian dengan akal fikiran yang waras. Jangan ikut kata hati dan perasaan yang melulu. Buat lah kaji selidik seadanya. Berdoa lah pada Tuhan agar di jauh kan dari su'uz zhan (berburuk sangka) dan di jauhkan dari segala keburukan dan tipu daya syaitan.

1 comment:

Anonymous said...

21. 8 people to tag :
Saya namakan 2 blog
-Shueqry
-Inspirasi Brunei