Saturday, August 30, 2008

4 Tips Mudah Di senangi Orang

Saya baru saja pulang dari mengikuti satu rombongan lawatan. Banyak yang saya perolehi dan pelajari dari rombongan ini. Selain mendapat ilmu pengetahuan dari tempat-tempat yang kami lawati, pergaulan dengan ahli rombongan juga banyak memberikan manfaat dan pandangan yang baru bagi diri saya.

Ketua rombongan kami seorang anak muda yang mempunyai personaliti dan sikap yang agak menarik. Beliau seorang yang sentiasa peramah, ceria, friendly, penyabar dan sebagainya. Beliau juga bijak memulakan bicara. Ada-ada saja kata-kata yang menyenangkan keluar dari mulut beliau.

Semasa bersarapan pagi, saya sempat berbual-bual dengannya. Dia ada mengongsikan 4 tips mudah yang beliau amal kan agar diri kita mudah di senangi orang. Biar lah saya buat kesimpulan yang ringkas.

1) Jaga Adab Sopan.

Ketika bertemu dengan orang, adab sopan hendaklah di jaga. Jaga tutur bicara dan gunakan body language dan nada suara yang sesuai. Hormati yang tua dan sayangi yang muda.

2) Jaga Akhlak dan Peribadi.

Akhlak yang baik akan menarik hati orang di sekeliling kita. Antara contoh akhlak yang baik adalah seperti menepati janji, bercakap jujur, menjaga amanah dan sebagainya.

3) Disiplin.

Biasakan diri untuk berdisiplin apabila bergaul dengan orang. Jika berjanji hendaklah punctual dan right on time.

4) Sentiasa Happy.

Mood yang ceria dan gembira akan memberikan impak yang positif kepada orang yang berdekatan dengan anda. Cubalah senyum selalu. Tetapkan mindset yang positif. Pasangkan niat yang anda akan happy dan positif di sepanjang hari anda :)

Saya juga sempat bertanya, apakah matlamat beliau di dalam hidup ini. Jawapannya amat mudah.

"...untuk melaksanakan hasrat dan impian orang....kerana kalau kita menyempurnakan impian orang, InsyaAllah Tuhan pula akan menyempurnakan impian kita".

1 comment:

yani_worldpeace said...

bagusla pemuda tu...pandai berkata-kata pula...kadang-kadang kita bercakap pun tak fikir, main laser je...