Saturday, August 16, 2008

Mengatasi Perasaan Malu


Perasaan malu yang saya maksud kan di sini adalah malu yang tidak bertempat. Malu untuk bertanya, malu untuk memulakan perbualan, malu untuk membuat speech di hadapan orang ramai, malu untuk berkongsi ilmu dan sebagainya.

Perasaan malu sebegitu sebenarnya berakar umbi dari perasaan takut. Takut untuk di kritik, takut tidak di endahkan dan takut being humiliated. Kenapa perasaan takut ini muncul? Sebab utama adalah perasaan insecure dan oversensitif. Mungkin juga perasaan malu sebegini lahir dari pengalaman pahit masa lalu.

Agak rugi bagi mereka yang mempunyai perasaan malu sebegini kerana ianya akan menghalang proses anda untuk mencapai kejayaan. Ini ada beberapa cara untuk anda mengatasi perasaan malu.

- Menyedari yang perasaan malu itu tidak akan memberi apa-apa makna di dalam hidup anda. Ianya cuma akan menambah kesan negatif di dalam diri anda.

- Lupakan segala kenangan-kenangan pahit yang sudah berlalu. Ingatlah, masa lalu anda tidak ada kena mengena dengan anda pada masa sekarang dan masa hadapan. You must go on!

- Menyedari yang orang di sekeliling anda juga sama seperti anda. Mereka juga merasa insecure dan takut being humiliated.

- Ambil langkah untuk cuba break the ice. Cuba jadi peramah dengan seikhlas mungkin. InsyaAllah orang akan mudah menerima diri anda.

- Cari kelebihan diri sendiri. Bak kata orang 'If you don’t think you have anything valuable to contribute, what’s the point of risking embarrassment?'.

- Pelajari teknik komunikasi dan cara bergaul yang efektif.

- The best way is to practice. Latih diri anda untuk berhadapan dengan perasaan malu itu sendiri. Mulakan dengan berdiri di hadapan cermin.

- Cuba untuk participate dalam mana-mana badan ataupun organisasi dan cuba untuk menyumbang idea ataupun tenaga.

- Berfikiran positif lah yang anda akan di terima oleh orang di sekeliling anda.

Saya akan kongsikan nanti langkah-langkah untuk tampil friendly dan mudah di dekati. :)

No comments: