Friday, June 6, 2008

Sujud Syukur

Alhamdulillah..hari ini saya menerima berita gembira. Adik perempuan saya telah di naikkan pangkat. Semuanya secara tiba-tiba. Alhamdulillah. Rezeki Tuhan itu amat luas. Saya sempat berpesan kepada adik saya untuk melakukan sujud syukur. Iaitu sujud yang di sunatkan ketika kita mendapat nikmat secara mendadak atau ketika selamat dari musibah dan sebagainya.


Sujud syukur di lakukan sebagai tanda bersyukur dan terima kasih kita kepada Allah s.w.t atas nikmat yang di kurniakan. Seperti yang di riwayatkan oleh Imam Abu Daud kira-kira bermaksud "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila sampai kepada baginda perkara yang menggembirakan atau di khabarkan kepada baginda berita gembira, baginda lalu sujud bersyukur pada Allah".

Cara-cara sujud syukur:
- Berniat untuk sujud syukur.
- Mengangkat Takbiratul Ihram lalu sujud
- Satu kali sujud dengan membaca bacaan sujud syukur
- Duduk dan memberi salam

Bacaan sujud syukur:

سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِي خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

Di sini ada dua keping gambar menarik yang ingin saya kongsikan:

Pemain Cricket dari Pakistan sedang melakukan sujud syukur selepas tamat permainan.

Pasukan dari Egypt melakukan sujud syukur setelah memenangi African Cup kali ke6 berturut-turut pada awal tahun ini.

3 comments:

Ismail said...

Mohon maaf, sedikit mengkoreksi, bukannya itu lafad sujud tilawah mas?
Syuron.

Mujahidah Amar Ma'ruf Nahi Mungkar said...

salam..ada tak maksud bacaan ketika sujud syukur?

InspirasiBrunei said...

Ismail: Menurut Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, bacaan tersebut adalah lafaz untuk sujud tilawah dan sujud syukur..ianya sunat untuk dibacakan untuk kedua-dua sujud tersebut..

Cikgu Siti Juwairiyah: Bacaan tersebut kira2 bermaksud "Aku sujud kepada Tuhan, yang menjadikan dan membuka pendengaran dan penglihatan atas daya upaya dan kekuatanNYA, Maha Bersih dan Maha Tinggi Allah, Dia-lah Maha Pencipta".