Thursday, June 5, 2008

Aku ingin jadi kaya

Saya teringat perbualan saya dengan seorang teman beberapa hari yang lalu. Bermula dengan perbualan biasa, tiba-tiba berubah menjadi topik yang agak menarik pada pandangan saya.

Teman saya memberitahu saya apa sebenarnya matlamat, cita-cita dan impian beliau. Dia sebenarnya malu nak beritahu saya. Tapi apa nak di malukan daripada langsung tiada matlamat dalam hidup ini?

Matlamat beliau adalah untuk menjadi orang kaya. Dia sangka saya akan gelak setelah mendengar kata-katanya itu tapi tidak. Saya tidak pernah mentertawakan matlamat orang. Saya juga ada matlamat saya sendiri. Saya menghormati matlamat individu masing-masing.


Mungkin sesetangah orang menganggap cita-cita untuk menjadi kaya itu lucu ataupun pelik. Tapi tidak bagi saya. Kerana definisi kekayaan itu bagi saya sebenarnya adalah satu kecukupan ataupun abundance yang terdiri bukan saja dari harta benda, bahkan dengan ilmu pengetahuan, ikatan kasih sayang, kekeluargaan, kesihatan, persahabatan dan sebagainya. Ya..abundance! That's what I want to attract in my life :)

Kembali kepada cerita kawan saya tadi. Saya sempat bertanya kenapa dia ingin jadi kaya. Jawapannya memang menarik tapi biarlah saya simpan sendiri kerana saya tahu ianya tak patut saya siarkan disini. Saya juga sempat berpesan kepadanya agar fokus kepada matlamat tersebut. Dengan doa dan usaha, insyaAllah Tuhan akan mempermudahkan segalanya.

Apakah pula matlamat anda dalam hidup ini? Apa yang ingin anda capai? Adakah anda berpuas hati dengan hidup yang anda pilih? Semuanya ada di minda anda :)

No comments: