Thursday, June 5, 2008

Manusia Hebat

Apakah yang terlintas di dalam fikiran anda tatkala melihat gambar di bawah?

Setiap kali anda memandang cermin, siapakah yang anda lihat sebenarnya? Adakah anda suka dengan apa yang anda lihat? Adakah anda melihat seorang yang hebat? Seorang yang optimist dan bersemangat tinggi? Atau..adakah anda melihat bayangan seorang loser?

Tuhan menciptakan manusia sesempurna ciptaan. Di lengkapi dengan akal fikiran dan minda yang mantap lagi hebat. Kita sebagai makhluk yang di ciptakan sempurna kena percaya bahawa di dalam setiap diri kita ada kekuatan, kebolehan dan kehebatan yang perlu kita gilap.

Anda kena memandang diri anda sebagai seorang yang hebat. Tapi jangan lah sampai timbul riak dan bangga diri, cukup lah ia sekadar pendorong dan pembakar semangat untuk anda lebih maju ke hadapan.

Anda kena yakin dengan segala kebolehan yang anda ada. Andai anda berbakat dalam bidang penulisan, kenapa perlu takut-takut untuk mempamerkan karya hebat anda? Andai anda hebat dalam seni, kongsikan 'passion' anda dengan orang sekeliling. Andai anda berbakat dalam berniaga, kenapa perlu takut dengan kerugian sedangkan anda, tahu dengan kehebatan anda, anda mampu mencapai banyak keuntungan?

Saya cuma ingin mengajak anda semua untuk berfikiran optimist terhadap diri sendiri. Kita perlu yakin dengan kebolehan yang kita ada. Gunakan lah kebolehan itu sebaik mungkin. Semoga kita mencapai segala matlamat yang ingin kita tuju :)

No comments: