- Dari Ubadah bin Shamit bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak sah sembahyang seseorang itu tanpa membaca Al-Fatihah."
- Dari Ibnu Hibban bin Ka'ab r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak pernah Allah menurunkan di dalam Taurat dan Injil yang menyamai Ummul Quran (Al-Fatihah)."
- Dari Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca Fatihatul Kitab (Al-Fatihah) seolah-olah dia telah membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Furqan (Al-Quran)."
- Di riwayatkan oleh Al Bazzar dari Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Apabila engkau membaca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas akan amanlah engkau dari segala sesuatu ancaman maut."
(Sadaqa Rasulullah s.a.w)
Betapa agungnya Surah Al-Fatihah ini seperti mana yang telah di sabdakan oleh Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Marilah kita mengamalkan Al-Fatihah dalam hidup kita seharian. Selain dalam solat lima waktu, marilah kita basahkan lidah kita dengan bacaan surah Al-Fatihah di setiap bangun tidur, sebelum memulakan rutin harian, sebelum bekerja, belajar, di waktu lapang dan sebagainya.
Semoga kita mendapat rahmat dan pelindungan dari NYA jua. Amin! :)
Tuesday, June 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment