Tuesday, June 3, 2008

LOA dan Kesihatan

Kita hidup di dunia ini kena selalu sihat. Kesihatan yang maksima tidak tertumpu pada bentuk fizikal yang sihat semata-mata bahkan mental dan spiritual yang kuat dan mantap. Tahukah anda, kebanyakkan penyakit fizikal itu bermanifestasi dari mental dan spiritual yang 'berpenyakit'?


Stress yang berpanjangan, dendam kesumat yang terpendam, nafsu amarah, hasad dengki, semua ini adalah contoh dari penyakit mental yang kebanyakkan orang tidak tahu cara 'memulihkannya'. Penyakit ini lah yang akan bermanifestasi ke dalam fizikal anda dalam bentuk darah tinggi, cancer, sakit mental dan sebagainya.

Selain menjaga permakanan, bersukan dan berfikiran positif dan optimis, kita boleh menggunakan LOA untuk menarik kesihatan. Ingatlah, LOA adalah satu ilmu minda. Dari sini lah kita dapat terus merawat 'punca' penyakit tersebut. Yang penting, semuanya atas izinNYA jua :)

Situasi seperti ini selalu terjadi apabila anda sakit kepala (contohnya) anda mula berkeluh kesah, mengadu kepada orang terdekat anda, dengan kening berkerut dan macam-macam perasaan yang timbul dari 'sakit kepala anda'. Tahukah anda, situasi begini lah yang akan menarik lebih banyak kesakitan yang anda alami? Kerana *minda separa sedar anda akan menarik semua kata-kata dan perasaan yang anda luahkan!

Contoh penggunaan LOA dalam kesihatan:

(Dipetik dari buku The Secret) Cathy di sahkan mengidap penyakit cancer. Cathy, seorang yang optimist, menggunakan LOA untuk memulihkan penyakitnya. Dia menggunakan affirmasi dan percaya dia dalam proses pemulihan kerana dia tahu tubuhnya akan pulih dengan sendirinya. Dalam tempoh itu, Cathy menjauhkan dirinya dari 'stress' dengan menonton cerita-cerita lucu dan hidup dengan penuh keceriaan dan gelak tawa. Dalam jangka masa tiga bulan, Cathy di diagnose bebas dari cancer.

Mustahil? Ilmu Sains telah membuktikan semua organ manusia menjalani proses pembaharuan (renew) dengan sendirinya dalam tempoh tertentu. Ada yang memakan masa beberapa hari, minggu, bulan dan tahun. Dalam tempoh beberapa tahun, kita mempunyai 'brand-new' organ dan tubuh. Tubuh kita really know how to heal itself. Luka pada kulit akan kering sendirinya. Kulit yang di operate semasa pembedahan juga kembali pulih dengan sendirinya. Kerana Tuhan telah menciptakan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna di muka bumi ini!

Tapi kenapa masih ada penyakit yang hinggap bertahun-tahun lamanya di tubuh anda sedangkan anda mempunyai organ tubuh yang baru setiap beberapa tahun? Di situ lah letaknya peranan minda, jiwa dan fikiran anda!

*minda separa menarik semua yang anda fikirkan tanpa mengenal logik sesuatu perkara itu.


3 comments:

Anonymous said...

Salam....apakhabar biskita..thanks kerana lawati blog mama...mama menulis berdasarkan pengalaman...tulis aja lah apa2 saja yang timbul dalam kepala....membaca blog mmg menarik banyak sekali artikalyang boleh d jadikan panduan hidup...teruskan perjuangan anda dalam blog...muga sukses ya....Anyway thanks a lot fur ur support..

mama said...

Salam....apakhabar biskita..thanks kerana lawati blog mama...mama menulis berdasarkan pengalaman...tulis aja lah apa2 saja yang timbul dalam kepala....membaca blog mmg menarik banyak sekali artikalyang boleh d jadikan panduan hidup...teruskan perjuangan anda dalam blog...muga sukses ya....Anyway thanks a lot fur ur support..

mama said...

Salam....apa khabar biskita..Thanks kerana melawati blog mama...mama menulis berdasarkan segala yang terjadi di sekeliling mama...mama ada anak remaja...jadi pendedahan kepada akiviti anak muda juga harus mama fahami....nak jadi mama yang sentiasa di jadikan rujukan pada anak2....Its hard to do but i have to...keep on understand their problem...no matter what...