Saturday, July 26, 2008

26th July 2008

Salam sejahtera kepada anda semua..
Tatkala jari jemari saya berlari-lari di atas keyboard ini, jam sudah menunjukkan pukul 12.38 tengah malam..bermakna sudah masuk 27hb July. Setelah sekian lama, akhirnya saya menemui waktu untuk mengupdate blog kesayangan saya ini. Bukan kerna kekeringan idea..malahan idea saya untuk menulis sering melimpah ruah dari hari ke hari. Cuma masa dan keadaan saja yang tidak mengizinkan. Memandangkan saya sedang bercuti, setiap masa saya isi sebaiknya. Jarang sekali saya duduk diam di rumah. Di luar, saya banyak mendapat ilham untuk menulis cuma tiada kesempatan untuk menggunakan internet di rumah. Adik beradik saya berebut2 untuk menggunakan internet. Malam ini adik beradik saya tiada di rumah. Masing-masing iski untuk menyaksikan perarakan tanglong ataupun kereta berhias yang berlangsung malam tadi di Bandar Seri Begawan. Jadi saya gunakan masa ini untuk menggunakan internet sebaiknya.

Saya memang teringin nak turun ke padang menyaksikan perarakan tersebut. Namun faktor kesihatan menghalang saya. Semenjak beberapa hari yang lalu saya di serang demam selsema. Ini di sebabkan kerana saya bersengkang mata hingga ke subuh kerana memancing dan merambat. Memang seronok! Baru semalam saya pergi ke Danau,Tutong untuk memancing walaupun kepala saya terasa amat berat. Panorama di Danau tu sungguh cantik. Di situlah pertemuan antara sungai dan laut. Indahnya ciptaan Tuhan! Saya sempat menangkap beberapa keping gambar yang akan saya siarkan nanti insyaAllah.

Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kongsikan. Oh Ya! Saya cuma ingin meluahkan rasa kekesalan saya kerana tidak sempat menghadiri ceramah di Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam yang di hadiri oleh Dr Sheikh Muszaphar. Ceramah itu berlangsung selama dua hari iaitu pada 24 dan 25hb Julai 2008. Ah..kalau ada jodoh, tentu saya akan bertemu dengan beliau di lain kesempatan insyaAllah.

Kesan ubat actifid yang saya makan tadi mula terasa. Membuatkan saya rasa sedikit mengantuk. InsyaAllah saya akan cuba untuk terus meng update blog ini. Jumpa di lain kesempatan. Salam ceria untuk anda semua :D

Friday, June 20, 2008

cerita peribadi - pukul satu pagi


Salam ceria semua..
Minggu ini merupakan minggu yang amat sibuk bagi saya. Selain meluangkan masa bersama keluarga, saya juga sibuk dengan aktiviti harian. Saya baru saja pulang dari pantai Tungku menemani adik lelaki saya memancing di sana. Suasana tengah malam sangat indah di terangi dengan bulan penuh yang terang benderang. Memang indah ciptaan Tuhan. Angin bertiup sederhana namun cukup membuat kan badan saya sedikit menggigil. Hanya sejam lebih berada di sana, saya mengambil keputusan untuk pulang. Yang tinggal hanya adik saya bersama kawannya. Mata pn mula rasa mengantuk. 'Kalat mata' nya urang kitani.
Saya akan update blog ini di lain kesempatan.

Wednesday, June 11, 2008

Ragheb Alama - Nassiinid Dunya

Slow song dari timur tengah.. Semoga terhibur :)



Al-Insyirah

Oleh kerana kesibukan saya yang memuncak, saya tak dapat update blog ni mengikut keselesaan saya. Saya terpaksa mencuri sedikit masa untuk mengongsikan walau sedikit ilmu kepada anda.

Kali ini saya hanya ingin mengongsikan khasiat surah Al-Insyirah. Mungkin ramai yang sudah tahu apa kegunaan dan khasiat surah ini. Terutama sekali bagi pelajar.

Surah Al-Insyirah baik di amalkan sebelum dan selepas belajar. Jadikannya doa dan zikir untuk penerang hati. Apabila selalu di amalkan, insyaAllah akan di permudahkan di dalam pelajaran dan hafalan.

Surah ini boleh di bacakan ke dalam air untuk kegunaan penerang hati.

Surah Al-Insyirah juga baik di amalkan apabila kita menghadapi apa saja jenis kesulitan. Yang penting kita bertawakkal dan berserah kepada NYA jua.

Ada banyak lagi doa-doa dan zikir-zikir penerang hati yang akan saya kongsikan di lain kesempatan. InsyaAllah :)

Monday, June 9, 2008

Nancy Agram - Yay Seher Ayouno

Video klip pertama yang ingin saya kongsikan. Satu irama yang berentak 'catchy' dan ceria dari Nancy Agram (Ajram) dari Lebanon. Salah seorang penyanyi perempuan yang paling saya minati. Hampir semua lagu-lagu dari Nancy Agram menarik hati saya. Semoga terhibur :)


cerita peribadi - muzik Arab

Saya sebenarnya terinspirasi apabila melihat video muzik Arab yang di letakkan di dalam blog Senor Pablo (ulih-ulih dari blog-hopping). Sebagai peminat muzik dari timur tengah, saya rasa tak salah untuk mengongsikan lagu-lagu dari timur tengah yang saya minati.

Ada juga lagu-lagu Arab yang sudah saya hafal kerana selalu bermain di mulut-mulut. Ada juga beberapa bait kata yang saya fahami kerana saya juga ada belajar sedikit bahasa Arab. Saya juga dalam proses belajar basic bahasa perancis dan sepanyol. It's complicated sikit :p Saya belajar pelahan-pelahan lah :)

InsyaAllah saya akan masukkan beberapa video dari timur tengah favorite saya untuk hiburan anda semua :)

Adat Berkawan

Persahabatan adalah sesuatu yang perlu dalam di dalam hidup kita. Mungkin fungsi seseorang sahabat itu tidak banyak namun ianya tetap perlu di dalam hidup kita. Tahukah anda, kejayaan yang anda akan/telah capai sedikit sebanyak di pengaruhi oleh orang sekeliling anda?


Kali ini saya ingin memperkatakan sedikit perkara tentang adat berkawan. Dalam persahabatan, selain kejujuran dan keikhlasan, apa yang penting adalah 'give and take'. Persahabatan yang sejati itu tidak akan terjalin andainya anda atau sahabat anda seorang yang 'selfish' ataupun 'siuk sendiri'.

Niat kita bersahabat juga mesti ikhlas. Bersahabat lah dengan niat yang betul. Dengan niat untuk mencari keredhaan dari NYA. Mungkin susah untuk mencari sahabat yang sejati, tapi tahukah anda, untuk mencari sahabat yang sejati, anda sendiri kena jadi sahabat yang sejati terlebih dahulu?

Anda nak cari sahabat yang memahami tapi anda sendiri bukan seorang yang memahami? Atau anda nak sahabat yang mengambil berat tentang diri anda tapi anda sendiri tidak suka mengambil berat tentang sahabat anda?

Hukum alam sudah menyatakan 'likes attract likes'. Bahkan dalam Al-Quran telah menyatakan orang yang baik hanyalah untuk orang yang baik begitu juga sebaliknya. Banyakkan lah berdoa pada Tuhan agar di kurniakan sahabat baik yang akan membawa anda kepada kebaikan.

Andai anda sudah di temukan dengan sahabat yang baik, bersyukurlah dan berdoalah kepadaNYA agar persahabatan itu berterusan dan di redhai olehNYA jua.

Semoga persahabatan kita juga akan membawa lebih banyak kebaikan. Amin!

Salam persahabatan yang ikhlas dari saya.. :)