1) Tidak faham ataupun kurang faham dengan mata pelajaran tertentu.
Jangan harapkan 100% dari hafalan semata-mata. Kefahaman itu kunci utama di dalam kita menuntut ilmu. Jangan malu bertanya kepada guru-guru ataupun teman-teman. Jangan pula menganggap bertanya itu sebagai 'kurang pandai'. Kalau kita perhatikan di mana-mana sekolah pun, pelajar yang bijak yang akan rajin bertanya pada gurunya. Ingat, tiada istilah malu di dalam menuntut ilmu.
2) Distraction ataupun gangguan di tempat belajar.
Suasana tempat belajar memainkan peranan yang amat penting. Keselesaan juga perlu agar anda boleh fokus di dalam pelajaran. Kalau mengulangkaji di rumah, cuba elakkan bunyi-bunyi yang bising yang boleh mengganggu konsentrasi anda. Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah melarang para pelajar belajar dengan di iringi oleh bunyi muzik kerana ia dapat merosakkan pemikiran.
3) Kesihatan mental dan fizikal.
Pepatah arab ada mengatakan, minda yang sihat datang dari badan yang sihat. Kesihatan itu perlu seimbang di antara mental dan fizikal barulah anda dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran. Elakkan fikiran negatif yang dapat merangsang otak anda untuk mudah 'stress'. Jaga permakanan dan banyakkan makanan yang baik untuk kesihatan mental seperti kismis, madu, kurma, badam dan sebagainya.
4) Tiada kemahuan dan motivasi untuk belajar.
Tanpa kemahuan maka tiada lah jalan bagi anda untuk menuju kecemerlangan di dalam pelajaran. Anda kena ada kemahuan untuk belajar, baru lah semangat dan motivasi itu akan tumbuh di dalam diri. Ini akan merangsang anda untuk belajar lebih gigih lagi InsyaAllah.
5) Hati tidak tenang/tidak bersih.
Ini antara salah satu aspek utama yang jarang di titik beratkan oleh mana-mana pelajar. Hati yang kotor akan menyebabkan kerisauan, malas, tidak bersemangat dan sebagainya. Solat lima waktu hendaklah di jaga sebaiknya. Membaca Al-Quran dan berdoa kepadaNYA sebelum dan sesudah belajar. Seboleh-bolehnya ambil lah air wudhu' sebelum memulakan pelajaran. Dan jauhi dari segala laranganNYA.
6) Tiada keberkatan.
Hubungan dengan ibu bapa dan guru yang kurang baik. Pohonlah kemaafan selalu dari ibu bapa dan guru walaupun anda tidak pernah melakukan sebarang kesilapan terhadap mereka. Jangan malu untuk meminta mereka mendoakan kejayaan anda. Ingatlah, doa ibu bapa kepada anak (dan sebaliknya) InsyaAllah akan di kabul kan oleh Allah S.w.t.
Showing posts with label Tips untuk pelajar. Show all posts
Showing posts with label Tips untuk pelajar. Show all posts
Tuesday, August 12, 2008
Bunga Motivasi

Motivasi itu ibarat sekuntum bunga yang perlu di jaga, di siram dan di baja. Andai di biarkan begitu saja, ianya akan layu di telan masa.
Pada saat semangat motivasi kita berkobar-kobar, kita sering menulis kata-kata motivasi lalu melekatkannya hampir di semua sudut bilik. Namun setelah beberapa ketika, kata-kata semangat itu seakan-akan hilang fungsinya. Memandang kata-kata tersebut seakan tidak memberi apa-apa lagi suntikan motivasi ke dalam diri anda. Mengapa ini terjadi?

Seperti saya katakan tadi, motivasi perlu di bajai. Bukan sekadar membaca kata-kata semangat sekali sehari bahkan anda perlu membacanya berkali-kali dalam sehari.
Kita juga perlukan booster motivasi seperti:
- menghadiri ceramah-ceramah motivasi
- membaca buku-buku motivasi
- mendengar kaset motivasi sekerapnya
- mengambil iktibar dari mereka yang telah berjaya
- bergaul dengan mereka yang bermotivasi tinggi dan sebagainya.
Saya teringat semasa zaman saya di sekolah menengah. Setiap hari bunga motivasi saya di sirami dan di bajai oleh kata-kata nasihat dan semangat dari ayah saya setiap kali dia menghantar saya ke sekolah.
Kata-kata ayah saya itu sudah ter'set' di dalam minda dan jiwa saya hinggakan semangat saya untuk belajar sentiasa berkobar-kobar. Saya tidak pernah kenal apa itu stress dan penat lelah. Alhamdulillah, berkat nasihat dan motivasi yang saya terima dari ayah saya, semangat saya tidak pernah padam sehingga saya dapat melanjutkan pelajaran saya ke luar negara. Alhamdulillah.
Bagi para pelajar, jangan biarkan bunga motivasi anda layu dan kering begitu saja. Di zaman dunia tanpa sempadan ini, bahan-bahan motivasi terlalu mudah di dapati. Ceramah-ceramah motivasi di adakan di sana sini. Buku-buku dan kaset motivasi pula berjurit di kedai-kedai buku. Malahan, di zaman internet ini, banyak laman-laman web motivasi tersedia di sana sini. Ianya terpulang pada kemahuan diri anda sendiri!
Salam motivasi dari saya :)
Menarik Kegagalan
Kenapa kita selalu di timpa kegagalan? Apakah faktor utama yang membuatkan kita seolah-oleh menarik kegagalan ke dalam hidup kita padahal kita sudah berusaha sesungguh-sungguhnya?1) Anda Takut Kepada Kegagalan.
Perasaan takut kepada kegagalan inilah yang akan meng'aktifkan' Hukum Tarikan ataupun Law Of Attraction. Seperti yang pernah saya nyatakan di post yang lalu '"I attract to my life whatever I give my attention, energy and focus to, whether positive of negative".

Kesilapan besar yang selalu kita lakukan adalah menfokuskan kepada apa yang kita tidak suka atau mahukan. Kenapa? Kerana kita terlalu takut kepada kegagalan hinggakan kejayaan yang berada di depan mata semakin kabur dan akhirnya pergi begitu saja.
Seharusnya bahkan sewajibnya kita lebih fokus kepada matlamat dan keinginan kita untuk berjaya. Fokus akan membuatkan matlamat kita lebih jelas dan dengan sendirinya anda lebih bersemangat di dalam mengejar matlamat anda.
Sebab itulah anda kena menulis dan mencatat setiap apa yang anda inginkan. Tulis se'detail'nya tidak kira dari segi kewangan, pelajaran, relationship dan sebagainya. Mengapa kita perlu mencatat semua itu? Andainya satu masa anda alpa dan leka, setidak-tidaknya catatan tersebut akan menyedarkan anda kembali pada cita-cita dan matlamat sebenar anda.
Catatan tersebut juga akan menjadi satu affirmasi buat anda. Affirmasi yang di buat berulang-ulang kali akan mempercepatkan proses LOA. Affirmasi juga boleh kita ibaratkan sebagai satu doa yang kita panjatkan dengan penuh perasaan khusyuk dan tawadhu' dan insyaAllah kejayaan akan berpihak kepada anda.
2) Takut Menghadapi Risiko Dan Kesakitan Di Dalam Mencapai Kejayaan.
Businessman takut mengeluarkan modal untuk perniagaan. Para pelajar pula takut untuk meluangkan lebih banyak masa untuk belajar, takut stress dan tiada masa untuk berhibur. Orang yang mempunyai bakat pula takut untuk menunjukkan bakat sebenar mereka, takut tidak di terima oleh orang di sekeliling.Inilah keadaan mereka yang takut di dalam mencapai kejayaan. Mereka takut untuk berkorban dan hanya inginkan jalan pintas sahaja untuk mencapai kejayaan. Mereka mungkin terlupa, tiada kejayaan yang datang bergolek. Sedangkan Donald Trump sendiri pernah berhadapan dengan krisis kewangan apabila beliau berhutang berbillion-billion ringgit tetapi beliau tetap tenang, sabar dan consistent dengan apa yang di buatnya. Dan anda lihatlah apa hasilnya sekarang! :)
3) Mudah Putus Asa.
Tiada istilah putus asa di dalam diary orang-orang yang berjaya. Bagi saya, mereka yang putus asa itu ialah mereka yang tiada matlamat dan haluan sebenar di dalam hidup.
4) Negative Mindset.
"Aku tidak boleh melakukannya. Ah..terlalu susah! Aku akan rugi kalau aku melakukannya." Itu adalah antara contoh mindset yang negatif. Mindset yang negatif sudah setentunya akan menarik lebih banyak perkara negatif di dalam hidup anda. Fikirkanlah! :)
Wednesday, June 11, 2008
Al-Insyirah
Oleh kerana kesibukan saya yang memuncak, saya tak dapat update blog ni mengikut keselesaan saya. Saya terpaksa mencuri sedikit masa untuk mengongsikan walau sedikit ilmu kepada anda.
Kali ini saya hanya ingin mengongsikan khasiat surah Al-Insyirah. Mungkin ramai yang sudah tahu apa kegunaan dan khasiat surah ini. Terutama sekali bagi pelajar.
Surah Al-Insyirah baik di amalkan sebelum dan selepas belajar. Jadikannya doa dan zikir untuk penerang hati. Apabila selalu di amalkan, insyaAllah akan di permudahkan di dalam pelajaran dan hafalan.
Surah ini boleh di bacakan ke dalam air untuk kegunaan penerang hati.
Surah Al-Insyirah juga baik di amalkan apabila kita menghadapi apa saja jenis kesulitan. Yang penting kita bertawakkal dan berserah kepada NYA jua.
Ada banyak lagi doa-doa dan zikir-zikir penerang hati yang akan saya kongsikan di lain kesempatan. InsyaAllah :)
Kali ini saya hanya ingin mengongsikan khasiat surah Al-Insyirah. Mungkin ramai yang sudah tahu apa kegunaan dan khasiat surah ini. Terutama sekali bagi pelajar.
Surah Al-Insyirah baik di amalkan sebelum dan selepas belajar. Jadikannya doa dan zikir untuk penerang hati. Apabila selalu di amalkan, insyaAllah akan di permudahkan di dalam pelajaran dan hafalan.
Surah ini boleh di bacakan ke dalam air untuk kegunaan penerang hati.
Surah Al-Insyirah juga baik di amalkan apabila kita menghadapi apa saja jenis kesulitan. Yang penting kita bertawakkal dan berserah kepada NYA jua.
Ada banyak lagi doa-doa dan zikir-zikir penerang hati yang akan saya kongsikan di lain kesempatan. InsyaAllah :)
Tuesday, May 27, 2008
Makanan menguatkan ingatan.
.....
Makanan yang baik untuk kita amalkan khususnya bagi pelajar-pelajar bagi menguatkan ingatan juga hafalan.
Makanan yang baik untuk kita amalkan khususnya bagi pelajar-pelajar bagi menguatkan ingatan juga hafalan.
Kismis
Kurma
Madu
Kacang Almond
Apple
Anggur Hitam
Tuna
Tempe
Air Soya
Air Zamzam
Jus Carrot & Madu
Halia
Susu Segar
Kurma
Madu
Kacang Almond
Apple
Anggur Hitam
Tuna
Tempe
Air Soya
Air Zamzam
Jus Carrot & Madu
Halia
Susu Segar
5 cara mudah mengatasi kegagalan.
Kegagalan seringkali di salah ertikan oleh kita. Sebahagian dari kita menganggap kegagalan adalah satu titik penamat bagi kita untuk mencapai kejayaan. Andai anda berfikiran begitu, cepat-cepat lah ubah mindset anda tentang kegagalan.
Apa itu kegagalan? Kegagalan bukanlah bermaksud kita gagal untuk selamanya. Kegagalan bukan penghalang untuk kita bangkit semula dan berdiri lebih kuat lagi. Tahukah anda definasi sebenar kegagalan? Kegagalan terjadi apabila cara yang anda gunakan itu salah. Cara yang salah. Mungkin cara anda belajar salah, cara perniagaan, cara bergaul dan bermacam-macam lagi. Itulah definasi sebenar kegagalan.
Disini saya sediakan 5 cara mudah untuk mengatasi kegagalan:
1) Kenal pasti apakah jenis kegagalan anda. Gagal dalam pelajaran? Gagal dalam perniagaan? Gagal menambat hati orang? Dan sebagainya.
2) Kawal reaksi anda terhadap kegagalan tersebut. Jangan panik, jangan mengeluh dan jangan mengaku kalah. Andai anda tidak dapat mengawal emosi, peruntukkan masa untuk anda mengeluh mahupun menangis (contohnya selama 5minit). Selepas itu, anda kena kembali berfikiran rational agar anda dapat fokus terhadap tindakan anda 100%.
3) Sesudah fikiran anda kembali tenang, anda kena pastikan apakah punca kegagalan tersebut. Jangan hipokrit terhadap diri sendiri. Andai punca kegagalan anda adalah kerana kelalaian, kurang ilmu pengetahuan dan sebagainya, anda kena mengaku pada diri sendiri.
4) Setelah mengetahui punca kegagalan, anda akan tahu punca tersebut itulah yang di namakan 'cara yang salah'.Strategi seterusnya, ubahlah cara tersebut. Jangan gunakan cara yang sama kerana itu akan membawa anda jatuh ke lubang yang sama berkali-kali. Andai anda tidak tahu cara apa yang betul, jangan malu bertanya. Tiada istilah malu dalam mencari ilmu.
5) Bangkitlah dari kegagalan! Bangkitlah dengan penuh keazaman dan kekuatan. Jadikan kegagalan dulu itu sebagai pencetus semangat buat diri anda! Jadikan ia sebagai satu kekuatan bagi anda untuk mencapai apa yang anda impikan. Ingatlah kegagalan tidak pernah menjadi penghalang untuk anda mencapai kejayaan. Penghalangnya adalah diri anda sendiri!
Fikirkanlah.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)