skip to main
|
skip to sidebar
Salah satu hukum dari hukum alam adalah Law Of Gratitude (hukum bersyukur). Law Of Gratitude juga salah satu faktor yang terpenting di dalam Law Of Attraction (hukum tarikan).
Hampir semua pakar motivasi dan ilmu sains minda menekankan dan menitik beratkan Law Of Gratitude di dalam mencapai kejayaan. Kenapa? Apakah fungsi utama 'bersyukur'?
Dengan bersyukur, kita akan menghasilkan gelombang positif yang tinggi yang mana akan menarik lebih banyak perkara yang positif di dalam hidup kita. Buat sekian kali saya katakan, likes attract likes :) .
Kita sebagai umat Islam, kalimah Alhamdulillah itu sendiri sudah cukup merangkumi rasa kesyukuran kita andai di ucapkan dengan ikhlas. Apakah pula fungsi 'bersyukur' di dalam kita mencapai kejayaan? Wallace Wattles pernah mengatakan "The grateful mind is constantly fixed upon the best, therefore it will receive the best".
Tentu anda faham apa yang cuba di sampai kan oleh Wallace Wattles. If we are grateful about everything, we are focusing on what we want!
Sebab itu lah bersyukur itu di jadikan salah satu faktor utama di dalam kita mencapai apa saja jenis kejayaan. Andai anda seorang pelajar, dengan bersyukur, anda akan lebih fokus di dalam pelajaran anda. Ianya akan menghilangkan segala energy negatif seperti kerisauan,takut akan kegagalan dan sebagainya.
The power of gratitude itu sendiri sudah cukup efektif dalam kita mengejar kejayaan di dalam hidup. Namun kenapa masih ramai dari kita yang mengabaikannya? Saya akan bincangkan semua itu di entry akan datang.
Salam ceria & Selamat bersyukur :)
Langkah Ketiga : Reality Check.
Kali ini anda kena buat Reality check. Tanyakan pada diri anda selalu, "Adakah aku sedang bermimpi?". Untuk memastikan sama ada anda berada di alam reality ataupun mimpi, anda kena buat Reality Check berikut:
- Cuba switch on/off lampu. Di dalam mimpi, anda takkan dapat berbuat sebegitu. Andai anda cuba menswitch on/off lampu tapi tidak berjaya, anda memang sedang bermimpi!- Cuba melompat sekuat hati anda. Andai anda melompat hingga menyebabkan anda terbang, memang sah anda berada di alam mimpi.- Cari perbezaan yang ada di sekeliling anda. Anda kereta anda yang bewarna merah tiba-tiba menjadi biru, rumah anda tiba-tiba menjadi sebuah istana, yes you are dreaming!
- Cuba baca sesuatu. Cari apa saja buku ataupun perkataan kerana apabila anda berada di alam mimpi, it's impossible to read!
Setelah anda pasti yang anda berada di alam mimpi, what should you do now?
Langkah Keempat : What Should You Do?
Perkara pertama yang anda kena lakukan adalah relax dan bertenang. Anda tak boleh terlalu excited kerana ia akan membuatkan anda terjaga. Setelah anda berasa tenang dan relax, anda boleh melakukan apa yang anda mahukan.
Mungkin anda mahukan jawapan dari apa yang anda persoal kan selama ini, mengatasi trauma atau ketakutan dan bermacam2 lagi. Andai anda seorang yang inginkan keseronokan, anda boleh terbang, jadi superhero, bercakap dengan binatang, mencuba sesuatu yang baru dan sebagainya.
Ini cuma sebahgian yang saya cadangkan. Kemahuan terletak pada tangan anda!
Langkah Kelima : How To Wake Up?
Caranya mudah sahaja. Anda cuma arahkan diri anda sendiri untuk bangun ataupun anda boleh cuba cubit diri anda sendiri. Apabila anda sudah terjaga, jangan lupa untuk buat Reality Check sekali lagi untuk memastikan yang anda benar-benar sudah terjaga.
Apabila anda sudah mengalami Lucid Dreaming, jangan lupa untuk mencatat nya di dalam Dream Log anda. Selamat mencuba!
p/s: Bagi anda yang mempunyai pengalaman Lucid Dream, boleh lah berkongsi dengan saya.
Sudah lama saya tidak menulis tentang ilmu dan sains minda. Pada artikel saya yang terdahulu, saya ada menyentuh tentang Lucid Dreaming. Andai anda belum membaca artikel tersebut, boleh lah klik di sini.
Bagi anda yang ingin mengalami pengalaman Lucid Dreaming, di sini saya sedia kan langkah mudah ataupun exercise bagaimana untuk mendapatkan Lucid Dream.
Langkah Pertama : Dream Log/Journal.
Langkah pertama adalah untuk melatih minda kita mengingati setiap mimpi yang kita alami. Oleh itu kita kena ada satu buku catatan untuk membuat Dream Log/Journal. 
Kenapa kita perlukan Dream Log/Journal tersebut? Dalam website Attracting Your Goals, Raymond ada menyatakan "average people can only remember their dream within 7 seconds after he/she wakes up".
Untuk membuat Dream Log/Journal, anda hanya perlu sediakan sebuah notebook kecil dan sebatang pen yang di letakkan berdekatan dengan tempat tidur anda. As soon as anda terjaga dari tidur, anda tanyakan pada diri anda adakah anda bermimpi? Jika ya, terus tuliskan apa mimpi anda. Tuliskan apa saja yang anda ingat tidak kira dari segi kejadian, bunyi, warna ataupun perasaan yang anda alami ketika berada di dalam mimpi tersebut. Just write something!
Andai anda tidak dapat merecall mimpi anda, jangan putus asa. Dengan latihan sebegini, InsyaAllah minda kita akan mudah ingat apa yang kita mimpikan. Sesekali kita perlu membaca Dream Log/Journal tersebut sebagai satu affirmasi yang anda memang ingat semua mimpi anda.
Langkah Kedua : Dream Sign.
Selepas anda memcatat mimpi anda, kini anda perlu meng'analisa' tanda-tanda yang terdapat dalam mimpi tersebut. Ini bukan bermakna kita menafsirkan mimpi. Untuk pengetahuan anda, minda kita dapat berfungsi mencari jawapan ataupun solution pada sesebuah masalah yang kita alami.
Jika sebelum tidur anda membuat affirmasi yang anda inginkan sebuah jawapan kepada certain masalah, insyaAllah dengan izin Tuhan, minda kita akan memberi jawapan tersebut melalui tanda-tanda ataupun vision di dalam mimpi. Itulah salah satu fungsi Lucid Dreaming.
bersambung..
Oleh kerana saya adalah practitioner salah satu ilmu metafizik iaitu Reiki, saya ingin memberikan anda fakta-fakta simple tentang Reiki sebelum saya menghuraikannya lebih panjang lagi di masa akan datang. - Reiki adalah salah satu cabang ilmu metafizik. (Hukum Alam sudah menyatakan bahawa manusia adalah makhluk fizik yang mempunyai getaran frequncy tenaga; metafizik)
- Reiki adalah energy dari alam semesta. - Reiki adalah teknik penyembuhan alternatif di mana seorang jurusembuh menyalurkan energy alam semesta kepada pesakit.- Teknik penyembuhan Reiki hanya melalui aliran tenaga dari tapak tangan. - Teknik penyembuhan boleh di lakukan secara langsung juga jarak jauh. (Energy menembusi ruang tempat dan masa).
- Reiki tidak ada kaitan dengan mana-mana aliran ugama. Ia adalah ilmu dan di kurniakan Tuhan kepada kita. Ingatlah, ilmu Allah itu sangat luas. Yang di ilhamkan kepada kita di dunia ini hanyalah sebesar zarrah sahaja.
- Untuk mempelajari Reiki, anda cuma memerlukan seorang Master yang sudah mengikuti kursus Reiki hingga ke tahap Master. Saya sarankan anda memilih Master yang berugama Islam untuk mendapatkan Reiki yang lebih Islamic sesuai dengan keperluan kita sebagai umat Islam.
- Cabang ilmu Reiki terlalu banyak, mengikut kreativi anda untuk mempelbagaikan ilmu tersebut! Tapi ilmu Reiki tetap kembali kepada asas yang sama, iaitu menggunakan energy dari alam semesta. *saya mencari dangan dari Brunei untuk bertukar ilmu dan pendapat tentang Reiki. Kalau ada, alhamdulillah :)
Semenjak tahun 2000 lagi Law Of Attraction sudah di sebarkan dan di ajarkan secara meluas. Terlalu banyak article dan buku-buku yang menerangkan tentang LOA. Bahkan ada sebahagian buku-buku yang mengajarkan bagaimana seharusnya kita menggunakan LOA dalam mencapai apa yang kita impikan.Di negara kita pula (Brunei) saya tidak pasti bagaimana ilmu LOA berkembang. Adakah ada di antara urang kitani yang mempelajari LOA? Ataupun sekadar tahu begitu saja? Kalau ada, alhamdulillah. Ada juga dangan saya bertukar ilmu. :)Mungkin ada sebahagian anda tidak percaya dengan kewujudan LOA ini. Tapi percayalah, samada anda percaya atau tidak, hukum LOA akan tetap berlaku pada anda. LOA seperti aliran elektrik. Anda tidak tahu bagaimana ujudnya aliran elektrik namun anda percaya ia dapat menghidupkan lampu di rumah anda. Begitu juga dengan LOA. Anda tidak tahu bagaimana ia bekerja namun ia tetap terjadi pada diri anda.
Di dalam buku The Secret (Rhonda Byrne) ada menyebutkan bagaimana cara untuk kita menggunakan LOA untuk mencapai apa yang kita mahukan. Ianya mengandungi tiga cara yang amat ringkas dan efektif. Apatah lagi kita sebagai umat Islam, cara ini amatlah sesuai dan tidak bertentangan ajaran agama suci kita.Caranya adalah dengan:

1) Ask (Meminta): Anda mintalah apa yang anda mahukan dalam hidup anda. Lulus dengan cemerlang dalam perperiksaan? Maju dalam perniagaan? Mendapat pasangan yang sesuai dengan anda? Persoalannya..bagaimana anda meminta? Sebagai hambaNYA, kita wajib meminta kepadaNYA. Ingatlah firman Allah S.a.w dalam Surah Al-Baqarah ayat 186 yang kira-kira bermaksud: 'Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada KU'.Selain itu, cara terbaik adalah dengan berkomunikasi dengan minda separa sedar anda (subconscious mind). Bagaimana caranya? Anda cuma perlu tuliskan impian ataupun matlamat anda di dalam kertas/buku. Bacalah impian ataupun matlamat anda (buat affirmasi) selalu agar minda separa sedar anda menangkap apa yang anda mahukan.2) Believe (Percaya)Percayalah bahawa Tuhan akan memakbulkan doa anda. Bagaimana caranya untuk anda percaya? Dengan berbaik sangka pada NYA. :)Andai anda percaya Tuhan akan memakbulkan permintaan anda, tentu anda akan merasa gembira dan terus menghasilkan getaran positif ketika memikirkan tentang impian anda. Ini akan memudahkan lagi terjadinya proses 'penarikan' terhadap apa yang anda mahukan.Maka, pada saat anda meminta, percayalah bahawa anda akan mendapat apa yang anda mahukan insyaAllah :)3) Receive (Menerima)Ketika anda meminta sekaligus percaya yang anda akan mendapat apa yang anda mahukan, apa yang anda perlu lakukan adalah merasa gembira, tenang dan 'feel good'. Apabila anda 'feel good' tentang apa yang anda mahukan, anda berada di dalam frequency 'sedia menerima'. Bila waktunya, biar hukum alam menentukan. :) Jangan lah anda persoal kan bagaimana hukum alam berkerja. Anda cuma perlu menyelaraskan dan menyeimbangkan keharmonian hukum alam tersebut. Ingatlah, semua yang terjadi atas izinNYA jua. :)Andai anda masih kurang faham tentang LOA, saya cadangkan anda supaya membeli dan membaca buku The Secret tulisan Rhonda Byrne. Yang baik jadikan teladan. Kita di kurniakan akal yang amat sempurna ciptaan nya, gunakan lah ia untuk menilai sesuatu itu samada baik ataupun sebaliknya.InsyaAllah saya akan mengajar anda sedikit sebanyak tips mahupun cara LOA berkerja untuk anda di lain kesempatan :)
Bagi yang sudah pernah membaca buku 'The Secret' atau menonton filem documentary tentang 'The Secret' tentu anda sudah tahu apa itu Law Of Attraction atau dalam Bahasa Melayunya 'Hukum Tarikan'.Sebelum saya mengulas lebih lanjut tentang LOA ini, apa kata saya terangkan dulu tentang hukum yang lebih meluas lagi iaitu Law Of Universe. Ya..Hukum Alam. Hukum Alam adalah anugerah dari Tuhan Semesta Alam. Kita sebagai sebahagian dari alam semesta itu di ciptakan untuk memelihara keharmonian dan keserasian hukum alam tersebut.Antara hukum-hukum alam yang berkait rapat dengan manusia adalah seperti berikut:- Law of Attraction (hukum tarikan)- Law of Vibration (hukum gerak)- Law of Polarity (hukum yg mana setiap sesuatu itu sudah tentu ada pasangannya)- Law of Rhythm (hukum ritma)- Law of Relativity (hukum relatif)- Law of Cause & Effect (hukum sebab dan akibat)- Law of Gender (hukum gender/pasangan)- Law of Gratitude (hukum 'bersyukur')..dan banyak lagi hukum-hukum alam yang lain. Wallahu a'lam.InsyaAllah saya akan mengulas sedikit sebanyak tentang hukum-hukum di atas di lain kesempatan.Berbalik kepada Law Of Attraction iaitu Hukum Tarikan. Apakah dia LOA?Tentu anda pernah mengalami apabila yang anda fikirkan tiba-tiba saja terjadi di depan mata. Anda terfikir seorang sahabat lama dan tiba-tiba saja anda menerima panggilan telefon/ SMS daripadanya. Ataupun mungkin anda secara tiba-tiba terserempak dengan orang yang sedang anda fikirkan pada masa itu? Semua ini adalah bukti kewujudan LOA.Mungkin juga anda pernah mendengar sahabat anda merungut tentang hubungan cinta yang selalu gagal di tengah jalan? Setiap kali dia bercinta, mesti tidak kesampaian. Bahkan selalu mendapat 'type' lelaki yang sama. Tahukah anda, LOA juga terjadi pada mereka?
Ataupun anda pernah mengalami kegagalan dalam perperiksaan berulang-ulang kali walaupun anda sudah berusaha secukupnya? Percayalah, hukum LOA berkerja untuk anda.
Di sini saya ingin mengertikan LOA sebagai (seperti yang di terangkan oleh Michael J.Losier di dalam bukunya 'Law of Attraction the science of attracting more of what you want and less of what you dont'):"I attract to my life whatever I give my attention, energy and focus to, whether positive of negative".
Iaitu, anda akan menarik apa saja yang anda fikirkan, beri tumpuan dan penuh perasaan pada fikiran itu, tidak kira ianya perkara negatif atau positif.
Bayangkan diri anda sebagai sebuah radio. Apabila channel anda di ubah kepada rangkaian Pelangi, anda akan memancarkan gelombang mencari frequency 91.4fm, apabila gelombang itu sudah selaras dengan frequency 91.4fm, anda akan menarik frequency tersebut dan berlakulah siaran dari rangkaian pelangi terhadap diri anda.
Anda juga seperti itu. Andai anda memikirkan fikiran yang positif dan menumpukan penuh perhatian kepada fikiran tersebut, anda akan menghasilkan satu getaran positif yang mana akan terpancar ke seluruh alam semesta untuk mencari penyelarasan. Iaitu, andai anda berfikiran positif anda akan menarik lebih banyak frequency positif kedalam hidup anda. Begitu juga kalau sebaliknya.
Oleh itu jauhi lah dari fikiran yang negatif dan jauhilah fikiran berburuk sangka terhadap orang lain. InsyaAllah manfaatnya kembali pada diri anda juga.
Kita sambung di entry akan datang.
Mungkin ada sebahagian anda yang mengetahui apa itu Lucid Dreaming dan mungkin ada yang masih tidak tahu.Secara ringkasnya, Lucid Dreaming terjadi apabila anda bermimpi dan anda tahu yang anda sedang bermimpi. Tentu anda pernah mengalaminya kan?Lebih tepat lagi, Lucid Dreaming terjadi apabila anda dapat mengawal mimpi anda. Mustahil? Tidak..saya sendiri sudah pernah mengalami Lucid Dreaming!
Apa faedahnya Lucid Dreaming?Dalam Lucid Dreaming kita boleh buat apa saja yang kita mahu (seperti di alam sedar cuma bezanya kita berada di alam tidur). Anda boleh terbang, makan apa saja dan mengalami apa saja experience yang anda mahu. Seronok bukan? Selain itu, Lucid Dreaming ini adalah salah satu cara untuk kita berhubung dan berkomunikasi dengan minda separa sedar kita (subconscious mind). Ia boleh membantu anda untuk mengatasi ketakutan, trauma dan memperbaiki kualiti hidup anda.Lucid Dreaming tidak mengganggu alam tidur anda; tidur anda tetap cukup dan ia tiada kesan sampingan yang negatif.Anda ingin merasai pengalaman Lucid Dreaming? Saya akan berkongsi dengan anda beberapa langkah dan cara untuk kita mengalami Lucid Dreaming ini.