Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua..
Bak kata orang putih 'it's been a long time' since saya tidak mengupdate blog inspirasibrunei ini. Tak pernah terlintas di fikiran saya nak mengabaikan apa yang telah saya mulakan dulu iaitu untuk berkongsi apa saja yang berkaitan dengan kehidupan, ilmu pengetahuan, pengalaman dan bermacam-macam lagi.
Kali pertama saya berkecimpung dalam dunia blogosphere ini adalah semasa saya masih menuntut di sebuah universiti di luar negara. Demi untuk mencari dan menambah inspirasi dan motivasi, saya sendiri membuat sebuah blog yang berunsurkan motivasi. Selain dapat berkongsi dengan para pembaca, saya sendiri dapat mengekalkan tahap motivasi diri saya sendiri.
Setelah berjaya mendapat ijazah pertama yang saya impi-impikan selama ini, saya pun pulang ke tanah air. Di sini lah bermulanya lagi satu tahap baru dalam hidup saya apabila saya mula memasukki alam pekerjaan dan rumah tangga. Alhamdulillah, semua urusan saya di permudahkan olehNYA jua. Pada mulanya memang susah nak menyesuaikan alam rumah tangga dan alam pekerjaan memandangkan pekerjaan saya memerlukan komitmen yang sepenuhnya. Namun, setelah serasi dengan dunia baru ini, alhamdulillah semuanya dapat saya lalui dengan baik. Saya tak putus-putus memanjatkan syukur terhadap Ilahi kerana dengan rezekiNYA jua saya dan pasangan bakal di kurniakan zuriat yang di jangkakan lahir pada bulan September ini. Alhamdulillah.
Saya juga ingin berterima kasih banyak-banyak pada yang sudi mengunjungi inspirasibrunei sepanjang ketiadaan saya. Kalau ada yang hendak di kongsikan bersama, saya persilakan dengan hati yang terbuka. Dan kepada yang meminta resepi nasi katok, sebenarnya nasi katok terdiri dari nasi putih, ayam goreng dan juga sambal. Sambal itu lah yang membezakan keenakkan nasi katok yang terdapat di Brunei ini. Untuk nasi katok buatan saya sendiri, saya gunakan resepi sambal yang ada saya siarkan di dalam blog ini juga. Selamat mencuba :)
Showing posts with label cerita peribadi. Show all posts
Showing posts with label cerita peribadi. Show all posts
Friday, April 17, 2009
Saturday, July 26, 2008
26th July 2008
Salam sejahtera kepada anda semua..
Tatkala jari jemari saya berlari-lari di atas keyboard ini, jam sudah menunjukkan pukul 12.38 tengah malam..bermakna sudah masuk 27hb July. Setelah sekian lama, akhirnya saya menemui waktu untuk mengupdate blog kesayangan saya ini. Bukan kerna kekeringan idea..malahan idea saya untuk menulis sering melimpah ruah dari hari ke hari. Cuma masa dan keadaan saja yang tidak mengizinkan. Memandangkan saya sedang bercuti, setiap masa saya isi sebaiknya. Jarang sekali saya duduk diam di rumah. Di luar, saya banyak mendapat ilham untuk menulis cuma tiada kesempatan untuk menggunakan internet di rumah. Adik beradik saya berebut2 untuk menggunakan internet. Malam ini adik beradik saya tiada di rumah. Masing-masing iski untuk menyaksikan perarakan tanglong ataupun kereta berhias yang berlangsung malam tadi di Bandar Seri Begawan. Jadi saya gunakan masa ini untuk menggunakan internet sebaiknya.
Saya memang teringin nak turun ke padang menyaksikan perarakan tersebut. Namun faktor kesihatan menghalang saya. Semenjak beberapa hari yang lalu saya di serang demam selsema. Ini di sebabkan kerana saya bersengkang mata hingga ke subuh kerana memancing dan merambat. Memang seronok! Baru semalam saya pergi ke Danau,Tutong untuk memancing walaupun kepala saya terasa amat berat. Panorama di Danau tu sungguh cantik. Di situlah pertemuan antara sungai dan laut. Indahnya ciptaan Tuhan! Saya sempat menangkap beberapa keping gambar yang akan saya siarkan nanti insyaAllah.
Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kongsikan. Oh Ya! Saya cuma ingin meluahkan rasa kekesalan saya kerana tidak sempat menghadiri ceramah di Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam yang di hadiri oleh Dr Sheikh Muszaphar. Ceramah itu berlangsung selama dua hari iaitu pada 24 dan 25hb Julai 2008. Ah..kalau ada jodoh, tentu saya akan bertemu dengan beliau di lain kesempatan insyaAllah.
Kesan ubat actifid yang saya makan tadi mula terasa. Membuatkan saya rasa sedikit mengantuk. InsyaAllah saya akan cuba untuk terus meng update blog ini. Jumpa di lain kesempatan. Salam ceria untuk anda semua :D

Friday, June 20, 2008
cerita peribadi - pukul satu pagi

Salam ceria semua..
Minggu ini merupakan minggu yang amat sibuk bagi saya. Selain meluangkan masa bersama keluarga, saya juga sibuk dengan aktiviti harian. Saya baru saja pulang dari pantai Tungku menemani adik lelaki saya memancing di sana. Suasana tengah malam sangat indah di terangi dengan bulan penuh yang terang benderang. Memang indah ciptaan Tuhan. Angin bertiup sederhana namun cukup membuat kan badan saya sedikit menggigil. Hanya sejam lebih berada di sana, saya mengambil keputusan untuk pulang. Yang tinggal hanya adik saya bersama kawannya. Mata pn mula rasa mengantuk. 'Kalat mata' nya urang kitani.
Saya akan update blog ini di lain kesempatan.
Monday, June 9, 2008
cerita peribadi - muzik Arab
Saya sebenarnya terinspirasi apabila melihat video muzik Arab yang di letakkan di dalam blog Senor Pablo (ulih-ulih dari blog-hopping). Sebagai peminat muzik dari timur tengah, saya rasa tak salah untuk mengongsikan lagu-lagu dari timur tengah yang saya minati.
Ada juga lagu-lagu Arab yang sudah saya hafal kerana selalu bermain di mulut-mulut. Ada juga beberapa bait kata yang saya fahami kerana saya juga ada belajar sedikit bahasa Arab. Saya juga dalam proses belajar basic bahasa perancis dan sepanyol. It's complicated sikit :p Saya belajar pelahan-pelahan lah :)
InsyaAllah saya akan masukkan beberapa video dari timur tengah favorite saya untuk hiburan anda semua :)

Wednesday, June 4, 2008
cerita peribadi di petang hari - blog hopping
Di masa lapang kadang-kadang saya rajin 'blog-hopping' mengintai blog-blog yang penuh dengan informasi. Tumpuan saya biasanya lebih kepada informative blog yang menyediakan pelbagai berita, informasi mahupun pengalaman menarik. Yelah, hidup kita ni tak panjang, kadang-kadang pengalaman orang itu sedikit sebanyak menambah ilmu di dada kita.
Teringat pula saya kata-kata jutawan internet Malaysia, Irfan Khairi, Hidup Ini Terlalu Singkat Untuk Menjadi Orang Biasa!
Antara blog yang menarik hati saya ialah blog yang menceritakan tentang suasana dan kehidupan di Kuala Belait. Satu lagi blog yang unik ialah tentang katak ataupun kodok yang menjadi ikon dalam blog tersebut. Juga tak ketinggalan blog motivasimama yang mengongsikan pendapat beliau berdasarkan pengalaman sebagai seorang isteri dan juga ibu.
Banyak juga blog-blog lain yang agak menarik seperti life in oman, arabfamilies, ranoadidas, anak brunei dan sebagainya. Eh,mcm blog review & promo tah plg :p
Hari ini sebenarnya hari yang sibuk bagi saya. Banyak kerja perlu di selesaikan, banyak tanggungjawab perlu di jalan kan. Sekadar mencuri sedikit masa di waktu petang untuk merehatkan badan dan menjana minda.
Salam ceria untuk semua :)
Teringat pula saya kata-kata jutawan internet Malaysia, Irfan Khairi, Hidup Ini Terlalu Singkat Untuk Menjadi Orang Biasa! Antara blog yang menarik hati saya ialah blog yang menceritakan tentang suasana dan kehidupan di Kuala Belait. Satu lagi blog yang unik ialah tentang katak ataupun kodok yang menjadi ikon dalam blog tersebut. Juga tak ketinggalan blog motivasimama yang mengongsikan pendapat beliau berdasarkan pengalaman sebagai seorang isteri dan juga ibu.
Banyak juga blog-blog lain yang agak menarik seperti life in oman, arabfamilies, ranoadidas, anak brunei dan sebagainya. Eh,mcm blog review & promo tah plg :p
Hari ini sebenarnya hari yang sibuk bagi saya. Banyak kerja perlu di selesaikan, banyak tanggungjawab perlu di jalan kan. Sekadar mencuri sedikit masa di waktu petang untuk merehatkan badan dan menjana minda.
Salam ceria untuk semua :)
Monday, May 26, 2008
a lil bit about me

"aku masih baru dalam dunia blogging ani..blog inspirasibrunei ani pun aku buat selepas berfikir masak-masak cewah :p before ni aku ada personal blog yg mana isi nya tentang hidupku sehari-hari termasuk jua beberapa tips inspirasi dan motivasi. ilham membuat blog inspirasibrunei ani (yg mengkhususkan tentang inspirasi & motivasi termasuk jua tentang perkara lain sedikit sebanyak) datang setelah banyak belajar dan membaca tentang motivasi nda kita dari motivator negeri jiran (Malaysia), dari blogger motivasi (juga dari negara jiran Malaysia & Singapore), dari buku, e-books dan juga beberapa kajian dan pengalaman sendiri.
tujuan membuat blog ani adalah sekadar atas niat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman semata-mata. segala tunjuk ajar, pendapat dan pertukaran ilmu & info sangat ku alu-alu kan. but please..no SPAM! :)
segala isi kandung dalam blog ku ani jua di ilham kan samada dari pengalaman peribadi, pengalaman urang di sekeliling ku, dari hasil perbincangan dan tunjuk ajar juga pendapat ku sendiri. apa yang baik dari blog ani kita jadikan teladan. sama-sama tani gunakan akal yg waras untuk menilainya :) semoga tani sama-sama dapat manfaat dan segala kebaikan."-inspirasibrunei-
Thursday, May 22, 2008
kata pendahuluan
inspirasibrunei:
Matlamat: Menjadikan blog ini sebagai medium untuk berkongsi apa sahaja tentang kehidupan agar sama-sama kita mendapat manfaat insyaAllah.
Isi: Apa saja yang berkait dengan kehidupan. Motivasi, cerita peribadi, kesihatan, binatang peliharaan & apa saja yang bersangkut paut tentang kehidupan.
Bahasa: Bahasa Melayu Standard di samping penggunaan Bahasa Melayu Brunei. Bahasa Melayu Standard di gunakan agar mudah di fahami oleh mana-mana bangsa Melayu yang ada tidak mengira samada dari Brunei, Malaysia, Singapore, Indonesia dan sesiapa saja.
Matlamat: Menjadikan blog ini sebagai medium untuk berkongsi apa sahaja tentang kehidupan agar sama-sama kita mendapat manfaat insyaAllah. Isi: Apa saja yang berkait dengan kehidupan. Motivasi, cerita peribadi, kesihatan, binatang peliharaan & apa saja yang bersangkut paut tentang kehidupan.
Bahasa: Bahasa Melayu Standard di samping penggunaan Bahasa Melayu Brunei. Bahasa Melayu Standard di gunakan agar mudah di fahami oleh mana-mana bangsa Melayu yang ada tidak mengira samada dari Brunei, Malaysia, Singapore, Indonesia dan sesiapa saja.
Subscribe to:
Posts (Atom)