Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, August 4, 2008

Teh Hijau, Misai Kucing & Mas Cotek

Salam sejahtera semua..
Di rumah saya, meminum teh sudah menjadi satu kebiasaan. Setiap sarapan hinggalah ke minum petang, tiga teko teh akan tersedia sepanjang waktu. Kenapa tiga teko? Kerana satu teko untuk Teh Hijau, satu untuk Teh Misai Kucing dan satu lagi untuk Teh Mas Cotek.



Kalau anda ingin tahu, saya seorang penggemar Teh Hijau yang setia. Tanpa gula mahupun perisa jasmine, Teh Hijau enak saya nikmati. Di sini saya ingin kongsikan beberapa khasiat mahupun 'advantage' yang anda akan dapat dengan meminum Teh Hijau selalu.

- Membakar kolestrol dan kalori

- Mempercepatkan sistem metabolisma

- Meningkatkan memori

- Anti-aging
- Menguatkan immune system

- Melawan cancer
dan banyak lagi khasiat yang akan saya sebutkan dengan detail di entry akan datang.

Ibu bapa saya pula penggemar Teh Misai Kucing dan Mas Cotek yang mana mempunyai khasiat yang tersendiri kalau di amalkan selalu.


Teh Misai Kucing pula di gunakan untuk melawan pelbagai masalah kesihatan. Di antaranya:

- Tekanan Darah Tinggi

- Kencing Manis

- Radang Ginjal/Pundi Kencing

- Batu Karang

- Kencing Tidak Lawas

dan bermacam-macam jenis masalah kesihatan.

Mas Cotek pula sejenis teh herba yang telah lama di amalkan sejak berabad tahun lalu. Antara masalah kesihatan yang dapat di atasi dengan pengamalan meminum teh herba ini adalah:- Tekanan Darah Tinggi

- Kencing Manis

- Gastrik

- Gout

- Athma/Lelah

- Gastrik etc.

Amalkan lah gaya hidup yang sihat. Amalan gaya hidup yang sihat bukan saja menjana tubuh yang sihat malahan minda dan otak yang cergas. InsyaAllah.

Tuesday, June 3, 2008

LOA dan Kesihatan

Kita hidup di dunia ini kena selalu sihat. Kesihatan yang maksima tidak tertumpu pada bentuk fizikal yang sihat semata-mata bahkan mental dan spiritual yang kuat dan mantap. Tahukah anda, kebanyakkan penyakit fizikal itu bermanifestasi dari mental dan spiritual yang 'berpenyakit'?


Stress yang berpanjangan, dendam kesumat yang terpendam, nafsu amarah, hasad dengki, semua ini adalah contoh dari penyakit mental yang kebanyakkan orang tidak tahu cara 'memulihkannya'. Penyakit ini lah yang akan bermanifestasi ke dalam fizikal anda dalam bentuk darah tinggi, cancer, sakit mental dan sebagainya.

Selain menjaga permakanan, bersukan dan berfikiran positif dan optimis, kita boleh menggunakan LOA untuk menarik kesihatan. Ingatlah, LOA adalah satu ilmu minda. Dari sini lah kita dapat terus merawat 'punca' penyakit tersebut. Yang penting, semuanya atas izinNYA jua :)

Situasi seperti ini selalu terjadi apabila anda sakit kepala (contohnya) anda mula berkeluh kesah, mengadu kepada orang terdekat anda, dengan kening berkerut dan macam-macam perasaan yang timbul dari 'sakit kepala anda'. Tahukah anda, situasi begini lah yang akan menarik lebih banyak kesakitan yang anda alami? Kerana *minda separa sedar anda akan menarik semua kata-kata dan perasaan yang anda luahkan!

Contoh penggunaan LOA dalam kesihatan:

(Dipetik dari buku The Secret) Cathy di sahkan mengidap penyakit cancer. Cathy, seorang yang optimist, menggunakan LOA untuk memulihkan penyakitnya. Dia menggunakan affirmasi dan percaya dia dalam proses pemulihan kerana dia tahu tubuhnya akan pulih dengan sendirinya. Dalam tempoh itu, Cathy menjauhkan dirinya dari 'stress' dengan menonton cerita-cerita lucu dan hidup dengan penuh keceriaan dan gelak tawa. Dalam jangka masa tiga bulan, Cathy di diagnose bebas dari cancer.

Mustahil? Ilmu Sains telah membuktikan semua organ manusia menjalani proses pembaharuan (renew) dengan sendirinya dalam tempoh tertentu. Ada yang memakan masa beberapa hari, minggu, bulan dan tahun. Dalam tempoh beberapa tahun, kita mempunyai 'brand-new' organ dan tubuh. Tubuh kita really know how to heal itself. Luka pada kulit akan kering sendirinya. Kulit yang di operate semasa pembedahan juga kembali pulih dengan sendirinya. Kerana Tuhan telah menciptakan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna di muka bumi ini!

Tapi kenapa masih ada penyakit yang hinggap bertahun-tahun lamanya di tubuh anda sedangkan anda mempunyai organ tubuh yang baru setiap beberapa tahun? Di situ lah letaknya peranan minda, jiwa dan fikiran anda!

*minda separa menarik semua yang anda fikirkan tanpa mengenal logik sesuatu perkara itu.