Saya baru saja pulang dari mengikuti satu rombongan lawatan. Banyak yang saya perolehi dan pelajari dari rombongan ini. Selain mendapat ilmu pengetahuan dari tempat-tempat yang kami lawati, pergaulan dengan ahli rombongan juga banyak memberikan manfaat dan pandangan yang baru bagi diri saya.
Ketua rombongan kami seorang anak muda yang mempunyai personaliti dan sikap yang agak menarik. Beliau seorang yang sentiasa peramah, ceria, friendly, penyabar dan sebagainya. Beliau juga bijak memulakan bicara. Ada-ada saja kata-kata yang menyenangkan keluar dari mulut beliau.
Semasa bersarapan pagi, saya sempat berbual-bual dengannya. Dia ada mengongsikan 4 tips mudah yang beliau amal kan agar diri kita mudah di senangi orang. Biar lah saya buat kesimpulan yang ringkas.
1) Jaga Adab Sopan.
Ketika bertemu dengan orang, adab sopan hendaklah di jaga. Jaga tutur bicara dan gunakan body language dan nada suara yang sesuai. Hormati yang tua dan sayangi yang muda.
2) Jaga Akhlak dan Peribadi.
Akhlak yang baik akan menarik hati orang di sekeliling kita. Antara contoh akhlak yang baik adalah seperti menepati janji, bercakap jujur, menjaga amanah dan sebagainya.
3) Disiplin.
Biasakan diri untuk berdisiplin apabila bergaul dengan orang. Jika berjanji hendaklah punctual dan right on time.
4) Sentiasa Happy.
Mood yang ceria dan gembira akan memberikan impak yang positif kepada orang yang berdekatan dengan anda. Cubalah senyum selalu. Tetapkan mindset yang positif. Pasangkan niat yang anda akan happy dan positif di sepanjang hari anda :)
Saya juga sempat bertanya, apakah matlamat beliau di dalam hidup ini. Jawapannya amat mudah.
"...untuk melaksanakan hasrat dan impian orang....kerana kalau kita menyempurnakan impian orang, InsyaAllah Tuhan pula akan menyempurnakan impian kita".
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Saturday, August 30, 2008
Thursday, August 21, 2008
Kemalasan & Cara Menghindarinya
Kemalasan akan membantutkan progress diri anda tidak kira secara fizikal, mental, spiritual dan emotional. Di sini ada tiga faktor yang mendorong kepada kemalasan.
1) Procrastination ataupun suka melengah-lengahkan sesuatu pekerjaan. Ini akan melemahkan semangat anda dan ianya akan mendorong kepada kemalasan.
2) Keraguan. Anda meragui kemampuan anda untuk membuat sesuatu perkara. Anda rasakan diri anda tidak cukup bagus dan hilang self-confidence lalu anda malas untuk melaksanakan perkara tersebut.
3) Sikap negatif seperti membuang masa dan mendahulukan perkara yang kurang berfaedah seperti seorang pelajar yang mengutamakan menonton televisyen dari mengulangkaji pelajaran. Sikap negatif ini lah yang akan mengundang kepada procrastination dan kemalasan.

Antara cara-cara untuk menghindari kemalasan:
- Buat satu plan harian dan list kan kerja-kerja yang perlu di selesaikan pada hari tersebut. Tetapkan masa tertentu. Mulakan seawal nya.
- Elakkan menghadap tv ataupun internet di awal pagi. Dahulukan apa yang tertulis pada plan harian anda.
- Keep busy! Sibukkan diri anda dengan kerja-kerja yang perlu di selesaikan. Kalau boleh, dengar muzik yang ceria dan menarik!
- Isikan masa yang terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membaca buku, mendengar ceramah motivasi, berkumpul dengan teman-teman dan berbincang mengenai topik yang berfaedah.
- Jaga ketrampilan dan kebersihan diri. Pastikan anda mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan jangan berlengah-lengah untuk mandi.
- Motivasi kan diri anda selalu. Tetapkan matlamat dan cita-cita anda untuk berjaya. Atur strategi untuk mencapai matlamat tersebut.
- Jadilah individu yang bersemangat dan berfikiran positif. Buatlah apa yang terbaik untuk diri anda.

"Discover Something You Love Doing..
And Then Become Obsessed With It.."
And Then Become Obsessed With It.."
Sunday, August 17, 2008
Tampil Friendly And Approachable

Merasa nervous pada saat kita bertemu dengan orang yang baru kita kenali adalah normal. Jika anda tidak pandai mengawal perasaan nervous itu anda boleh melakukan beberapa kesilapan kecil hingga anda boleh di anggap pelik dan aneh. Di sini ada beberapa cara ringkas yang ingin saya kongsikan pada anda:
* Kenali body language mereka yang baru anda kenali.
Ianya sangat penting bagi anda untuk menyesuaikan diri dengan mereka. Pernah kah anda mengalami apabila anda melihat orang yang anda tidak kenali tetapi tiba-tiba saja anda merasakan perasaan yang kurang senang dari mereka? It's all about mind power. Minda mereka menghantar signal ataupun getaran frequency yang mereka tidak menyenangi diri anda. Di sini lah body language memainkan peranan.
Apa yang anda perlu lakukan ada untuk bersikap terbuka. You need to project openness. Antara contoh open body language adalah:
- pasang wajah yang ceria.
- tanamkan pemikiran positif dalam minda anda.
- berdiri tegak tanpa tangan bersilang.
- kaki yang lurus dan tidak bersilang.
- lean forward seolah-olah anda berminat dengan mereka.
Andai anda mengesan mereka yang mempunyai body language yang tertutup, cuba jauhi mereka melainkan anda mampu mendekati dan menarik minat mereka untuk berbual dengan anda.
* Mood yang positif dan ceria.
Jika anda berada di dalam mood yang ceria dan gembira, automatically minda anda akan menghantar isyarat yang positif kepada mereka yang ingin mendekati diri anda. Jika anda berada di dalam mood yang kurang baik, cuba tersenyum walaupun sedikit. InsyaAllah senyuman anda akan memberi impak yang positif kepada mereka yang berada di sekeliling anda.
* Eye contact.
Eye contact amat penting jika anda ingin memulakan perbualan. Cuba pandang mata mereka saat berbual. Eye contact merupakan kunci kepada komunikasi yang berkesan. Kurangnya eye contact pada saat anda berbual menandakan yang anda seorang yang kurang self-confidence. Ianya juga akan membuatkan mereka merasa anda tidak berminat dengan perbualan tersebut.
* Komunikasi yang menarik.
Cuba ajak mereka untuk bercerita tentang diri mereka. Tanyakan tentang hobby mereka dan apa yang ingin mereka capai dalam hidup mereka. Perbualan sebegini akan membuka lebih banyak pintu komunikasi.
Jangan mencelah saat mereka sedang asyik berbual kecuali jika benar-benar perlu. Cuba jadi pendengar yang setia dan ikhlas untuk mendengar perbualan mereka. Ketulusan dan keikhlasan anda dalam berkomunikasi akan membuatkan mereka tertarik pada diri anda. Mereka mungkin akan bertanya tentang diri anda pula. :)
Saturday, August 16, 2008
Mengatasi Perasaan Malu

Perasaan malu yang saya maksud kan di sini adalah malu yang tidak bertempat. Malu untuk bertanya, malu untuk memulakan perbualan, malu untuk membuat speech di hadapan orang ramai, malu untuk berkongsi ilmu dan sebagainya.
Perasaan malu sebegitu sebenarnya berakar umbi dari perasaan takut. Takut untuk di kritik, takut tidak di endahkan dan takut being humiliated. Kenapa perasaan takut ini muncul? Sebab utama adalah perasaan insecure dan oversensitif. Mungkin juga perasaan malu sebegini lahir dari pengalaman pahit masa lalu.
Agak rugi bagi mereka yang mempunyai perasaan malu sebegini kerana ianya akan menghalang proses anda untuk mencapai kejayaan. Ini ada beberapa cara untuk anda mengatasi perasaan malu.
- Menyedari yang perasaan malu itu tidak akan memberi apa-apa makna di dalam hidup anda. Ianya cuma akan menambah kesan negatif di dalam diri anda.
- Lupakan segala kenangan-kenangan pahit yang sudah berlalu. Ingatlah, masa lalu anda tidak ada kena mengena dengan anda pada masa sekarang dan masa hadapan. You must go on!
- Menyedari yang orang di sekeliling anda juga sama seperti anda. Mereka juga merasa insecure dan takut being humiliated.
- Ambil langkah untuk cuba break the ice. Cuba jadi peramah dengan seikhlas mungkin. InsyaAllah orang akan mudah menerima diri anda.
- Cari kelebihan diri sendiri. Bak kata orang 'If you don’t think you have anything valuable to contribute, what’s the point of risking embarrassment?'.
- Pelajari teknik komunikasi dan cara bergaul yang efektif.
- The best way is to practice. Latih diri anda untuk berhadapan dengan perasaan malu itu sendiri. Mulakan dengan berdiri di hadapan cermin.
- Cuba untuk participate dalam mana-mana badan ataupun organisasi dan cuba untuk menyumbang idea ataupun tenaga.
- Berfikiran positif lah yang anda akan di terima oleh orang di sekeliling anda.
Saya akan kongsikan nanti langkah-langkah untuk tampil friendly dan mudah di dekati. :)
Tuesday, August 12, 2008
Bunga Motivasi

Motivasi itu ibarat sekuntum bunga yang perlu di jaga, di siram dan di baja. Andai di biarkan begitu saja, ianya akan layu di telan masa.
Pada saat semangat motivasi kita berkobar-kobar, kita sering menulis kata-kata motivasi lalu melekatkannya hampir di semua sudut bilik. Namun setelah beberapa ketika, kata-kata semangat itu seakan-akan hilang fungsinya. Memandang kata-kata tersebut seakan tidak memberi apa-apa lagi suntikan motivasi ke dalam diri anda. Mengapa ini terjadi?

Seperti saya katakan tadi, motivasi perlu di bajai. Bukan sekadar membaca kata-kata semangat sekali sehari bahkan anda perlu membacanya berkali-kali dalam sehari.
Kita juga perlukan booster motivasi seperti:
- menghadiri ceramah-ceramah motivasi
- membaca buku-buku motivasi
- mendengar kaset motivasi sekerapnya
- mengambil iktibar dari mereka yang telah berjaya
- bergaul dengan mereka yang bermotivasi tinggi dan sebagainya.
Saya teringat semasa zaman saya di sekolah menengah. Setiap hari bunga motivasi saya di sirami dan di bajai oleh kata-kata nasihat dan semangat dari ayah saya setiap kali dia menghantar saya ke sekolah.
Kata-kata ayah saya itu sudah ter'set' di dalam minda dan jiwa saya hinggakan semangat saya untuk belajar sentiasa berkobar-kobar. Saya tidak pernah kenal apa itu stress dan penat lelah. Alhamdulillah, berkat nasihat dan motivasi yang saya terima dari ayah saya, semangat saya tidak pernah padam sehingga saya dapat melanjutkan pelajaran saya ke luar negara. Alhamdulillah.
Bagi para pelajar, jangan biarkan bunga motivasi anda layu dan kering begitu saja. Di zaman dunia tanpa sempadan ini, bahan-bahan motivasi terlalu mudah di dapati. Ceramah-ceramah motivasi di adakan di sana sini. Buku-buku dan kaset motivasi pula berjurit di kedai-kedai buku. Malahan, di zaman internet ini, banyak laman-laman web motivasi tersedia di sana sini. Ianya terpulang pada kemahuan diri anda sendiri!
Salam motivasi dari saya :)
Menarik Kegagalan
Kenapa kita selalu di timpa kegagalan? Apakah faktor utama yang membuatkan kita seolah-oleh menarik kegagalan ke dalam hidup kita padahal kita sudah berusaha sesungguh-sungguhnya?1) Anda Takut Kepada Kegagalan.
Perasaan takut kepada kegagalan inilah yang akan meng'aktifkan' Hukum Tarikan ataupun Law Of Attraction. Seperti yang pernah saya nyatakan di post yang lalu '"I attract to my life whatever I give my attention, energy and focus to, whether positive of negative".

Kesilapan besar yang selalu kita lakukan adalah menfokuskan kepada apa yang kita tidak suka atau mahukan. Kenapa? Kerana kita terlalu takut kepada kegagalan hinggakan kejayaan yang berada di depan mata semakin kabur dan akhirnya pergi begitu saja.
Seharusnya bahkan sewajibnya kita lebih fokus kepada matlamat dan keinginan kita untuk berjaya. Fokus akan membuatkan matlamat kita lebih jelas dan dengan sendirinya anda lebih bersemangat di dalam mengejar matlamat anda.
Sebab itulah anda kena menulis dan mencatat setiap apa yang anda inginkan. Tulis se'detail'nya tidak kira dari segi kewangan, pelajaran, relationship dan sebagainya. Mengapa kita perlu mencatat semua itu? Andainya satu masa anda alpa dan leka, setidak-tidaknya catatan tersebut akan menyedarkan anda kembali pada cita-cita dan matlamat sebenar anda.
Catatan tersebut juga akan menjadi satu affirmasi buat anda. Affirmasi yang di buat berulang-ulang kali akan mempercepatkan proses LOA. Affirmasi juga boleh kita ibaratkan sebagai satu doa yang kita panjatkan dengan penuh perasaan khusyuk dan tawadhu' dan insyaAllah kejayaan akan berpihak kepada anda.
2) Takut Menghadapi Risiko Dan Kesakitan Di Dalam Mencapai Kejayaan.
Businessman takut mengeluarkan modal untuk perniagaan. Para pelajar pula takut untuk meluangkan lebih banyak masa untuk belajar, takut stress dan tiada masa untuk berhibur. Orang yang mempunyai bakat pula takut untuk menunjukkan bakat sebenar mereka, takut tidak di terima oleh orang di sekeliling.Inilah keadaan mereka yang takut di dalam mencapai kejayaan. Mereka takut untuk berkorban dan hanya inginkan jalan pintas sahaja untuk mencapai kejayaan. Mereka mungkin terlupa, tiada kejayaan yang datang bergolek. Sedangkan Donald Trump sendiri pernah berhadapan dengan krisis kewangan apabila beliau berhutang berbillion-billion ringgit tetapi beliau tetap tenang, sabar dan consistent dengan apa yang di buatnya. Dan anda lihatlah apa hasilnya sekarang! :)
3) Mudah Putus Asa.
Tiada istilah putus asa di dalam diary orang-orang yang berjaya. Bagi saya, mereka yang putus asa itu ialah mereka yang tiada matlamat dan haluan sebenar di dalam hidup.
4) Negative Mindset.
"Aku tidak boleh melakukannya. Ah..terlalu susah! Aku akan rugi kalau aku melakukannya." Itu adalah antara contoh mindset yang negatif. Mindset yang negatif sudah setentunya akan menarik lebih banyak perkara negatif di dalam hidup anda. Fikirkanlah! :)
Monday, August 11, 2008
The Law Of Gratitude

Salah satu hukum dari hukum alam adalah Law Of Gratitude (hukum bersyukur). Law Of Gratitude juga salah satu faktor yang terpenting di dalam Law Of Attraction (hukum tarikan).
Hampir semua pakar motivasi dan ilmu sains minda menekankan dan menitik beratkan Law Of Gratitude di dalam mencapai kejayaan. Kenapa? Apakah fungsi utama 'bersyukur'?
Dengan bersyukur, kita akan menghasilkan gelombang positif yang tinggi yang mana akan menarik lebih banyak perkara yang positif di dalam hidup kita. Buat sekian kali saya katakan, likes attract likes :) .

Kita sebagai umat Islam, kalimah Alhamdulillah itu sendiri sudah cukup merangkumi rasa kesyukuran kita andai di ucapkan dengan ikhlas.
Apakah pula fungsi 'bersyukur' di dalam kita mencapai kejayaan? Wallace Wattles pernah mengatakan "The grateful mind is constantly fixed upon the best, therefore it will receive the best".
Tentu anda faham apa yang cuba di sampai kan oleh Wallace Wattles. If we are grateful about everything, we are focusing on what we want!
Sebab itu lah bersyukur itu di jadikan salah satu faktor utama di dalam kita mencapai apa saja jenis kejayaan. Andai anda seorang pelajar, dengan bersyukur, anda akan lebih fokus di dalam pelajaran anda. Ianya akan menghilangkan segala energy negatif seperti kerisauan,takut akan kegagalan dan sebagainya.
The power of gratitude itu sendiri sudah cukup efektif dalam kita mengejar kejayaan di dalam hidup. Namun kenapa masih ramai dari kita yang mengabaikannya? Saya akan bincangkan semua itu di entry akan datang.
Salam ceria & Selamat bersyukur :)
Monday, June 9, 2008
Adat Berkawan
Persahabatan adalah sesuatu yang perlu dalam di dalam hidup kita. Mungkin fungsi seseorang sahabat itu tidak banyak namun ianya tetap perlu di dalam hidup kita. Tahukah anda, kejayaan yang anda akan/telah capai sedikit sebanyak di pengaruhi oleh orang sekeliling anda?

Kali ini saya ingin memperkatakan sedikit perkara tentang adat berkawan. Dalam persahabatan, selain kejujuran dan keikhlasan, apa yang penting adalah 'give and take'. Persahabatan yang sejati itu tidak akan terjalin andainya anda atau sahabat anda seorang yang 'selfish' ataupun 'siuk sendiri'.
Niat kita bersahabat juga mesti ikhlas. Bersahabat lah dengan niat yang betul. Dengan niat untuk mencari keredhaan dari NYA. Mungkin susah untuk mencari sahabat yang sejati, tapi tahukah anda, untuk mencari sahabat yang sejati, anda sendiri kena jadi sahabat yang sejati terlebih dahulu?
Anda nak cari sahabat yang memahami tapi anda sendiri bukan seorang yang memahami? Atau anda nak sahabat yang mengambil berat tentang diri anda tapi anda sendiri tidak suka mengambil berat tentang sahabat anda?
Hukum alam sudah menyatakan 'likes attract likes'. Bahkan dalam Al-Quran telah menyatakan orang yang baik hanyalah untuk orang yang baik begitu juga sebaliknya. Banyakkan lah berdoa pada Tuhan agar di kurniakan sahabat baik yang akan membawa anda kepada kebaikan.
Andai anda sudah di temukan dengan sahabat yang baik, bersyukurlah dan berdoalah kepadaNYA agar persahabatan itu berterusan dan di redhai olehNYA jua.
Semoga persahabatan kita juga akan membawa lebih banyak kebaikan. Amin!
Salam persahabatan yang ikhlas dari saya.. :)

Thursday, June 5, 2008
Manusia Hebat
Apakah yang terlintas di dalam fikiran anda tatkala melihat gambar di bawah?
Setiap kali anda memandang cermin, siapakah yang anda lihat sebenarnya? Adakah anda suka dengan apa yang anda lihat? Adakah anda melihat seorang yang hebat? Seorang yang optimist dan bersemangat tinggi? Atau..adakah anda melihat bayangan seorang loser?
Tuhan menciptakan manusia sesempurna ciptaan. Di lengkapi dengan akal fikiran dan minda yang mantap lagi hebat. Kita sebagai makhluk yang di ciptakan sempurna kena percaya bahawa di dalam setiap diri kita ada kekuatan, kebolehan dan kehebatan yang perlu kita gilap.
Anda kena memandang diri anda sebagai seorang yang hebat. Tapi jangan lah sampai timbul riak dan bangga diri, cukup lah ia sekadar pendorong dan pembakar semangat untuk anda lebih maju ke hadapan.
Anda kena yakin dengan segala kebolehan yang anda ada. Andai anda berbakat dalam bidang penulisan, kenapa perlu takut-takut untuk mempamerkan karya hebat anda? Andai anda hebat dalam seni, kongsikan 'passion' anda dengan orang sekeliling. Andai anda berbakat dalam berniaga, kenapa perlu takut dengan kerugian sedangkan anda, tahu dengan kehebatan anda, anda mampu mencapai banyak keuntungan?
Saya cuma ingin mengajak anda semua untuk berfikiran optimist terhadap diri sendiri. Kita perlu yakin dengan kebolehan yang kita ada. Gunakan lah kebolehan itu sebaik mungkin. Semoga kita mencapai segala matlamat yang ingin kita tuju :)
Setiap kali anda memandang cermin, siapakah yang anda lihat sebenarnya? Adakah anda suka dengan apa yang anda lihat? Adakah anda melihat seorang yang hebat? Seorang yang optimist dan bersemangat tinggi? Atau..adakah anda melihat bayangan seorang loser?Tuhan menciptakan manusia sesempurna ciptaan. Di lengkapi dengan akal fikiran dan minda yang mantap lagi hebat. Kita sebagai makhluk yang di ciptakan sempurna kena percaya bahawa di dalam setiap diri kita ada kekuatan, kebolehan dan kehebatan yang perlu kita gilap.
Anda kena memandang diri anda sebagai seorang yang hebat. Tapi jangan lah sampai timbul riak dan bangga diri, cukup lah ia sekadar pendorong dan pembakar semangat untuk anda lebih maju ke hadapan.
Anda kena yakin dengan segala kebolehan yang anda ada. Andai anda berbakat dalam bidang penulisan, kenapa perlu takut-takut untuk mempamerkan karya hebat anda? Andai anda hebat dalam seni, kongsikan 'passion' anda dengan orang sekeliling. Andai anda berbakat dalam berniaga, kenapa perlu takut dengan kerugian sedangkan anda, tahu dengan kehebatan anda, anda mampu mencapai banyak keuntungan?
Saya cuma ingin mengajak anda semua untuk berfikiran optimist terhadap diri sendiri. Kita perlu yakin dengan kebolehan yang kita ada. Gunakan lah kebolehan itu sebaik mungkin. Semoga kita mencapai segala matlamat yang ingin kita tuju :)
Tuesday, June 3, 2008
Jatuh cinta..?
Alahai..indahnya bila jatuh cinta! Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tersalah suap. Dan pelbagai lagi ungkapan yang di gunakan untuk menggambarkan perasaan jatuh cinta itu. Persoalannya..
Adakah anda mengingati si dia di dalam doa anda setiap kali lepas solat?
Adakah anda berdoa agar si dia sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmatNYA? Agar di dia berada di dalam golongan orang-orang yang soleh dan solehah di sisiNYA?
Adakah anda berdoa agar Tuhan meredhai dan memberkati perhubungan anda berdua?
Andai jawapan anda Ya, alhamdulillah..anda memang jatuh cinta!
Andai si dia suami/isteri anda, semarakkan lah lagi api cinta itu agar tidak padam di tiup angin zaman.
Andai si dia itu kekasih anda, cepat-cepatlah mengikat ikatan yang sah lagi halal. Itu adalah isi cinta yang sebenarnya.
Semoga cinta akan membawa kita lebih dekat kepadaNYA :)
Adakah anda mengingati si dia di dalam doa anda setiap kali lepas solat?
Adakah anda berdoa agar si dia sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmatNYA? Agar di dia berada di dalam golongan orang-orang yang soleh dan solehah di sisiNYA?
Adakah anda berdoa agar Tuhan meredhai dan memberkati perhubungan anda berdua?
Andai jawapan anda Ya, alhamdulillah..anda memang jatuh cinta!Andai si dia suami/isteri anda, semarakkan lah lagi api cinta itu agar tidak padam di tiup angin zaman.
Andai si dia itu kekasih anda, cepat-cepatlah mengikat ikatan yang sah lagi halal. Itu adalah isi cinta yang sebenarnya.
Semoga cinta akan membawa kita lebih dekat kepadaNYA :)
Indahnya Senyuman!
Ah..Alangkah indahnya hidup ini andai sentiasa di hiasi dengan senyuman! Senyuman, menenangkan hati yang runsing, mendamaikan mata yang memandang, menceriakan suasana yang suram. That's the power of smiling :) Anda perlukan alasan untuk tersenyum? Jom kita ekspresi kan peribadi kita dengan senyuman :)
- Dengan senyuman, anda akan mempunyai daya tarik yang mana akan membuatkan anda kelihatan lebih menarik.
- Suasana lebih riang dan ceria dengan senyuman!
- Orang sekeliling akan turut merasa ceria dengan senyuman anda.
- Mengurangkan stress.
- Senyuman membuatkan organ tubuh anda menjadi relax, ini akan membuatkan immune system anda menjadi kuat.
- Senyuman dapat menurunkan tekanan darah.
- Senyuman melepaskan endorphin yang akan membuatkan anda lebih relax dan santai.
- Awet muda!
- Lebih confident dan percaya diri.
- Senyuman meng'ekspresi'kn minda dan jiwa kita yang positif! :)
Gelisah..?
Anda merasa gelisah tanpa sebab? Tiba-tiba saja anda rasa tak senang duduk, jiwa yang tenang tiba-tiba sedikit kacau..? Anda cuba cari sebab kenapa anda gelisah tapi tak dapat?

Cuba anda ingatkan pada diri anda:
- Ada kah janji yang blum tertunaikan?
- Ada kah hutang yang blum terlangsaikan?
- Ada kah amanah yang blum terlaksanakan?
- Ada kah tanggungjawab yang terabaikan?
..dan yang paling penting
- Ada kah kewajipan anda kepada Yang Maha Esa sudah anda jalankan? Menjalankan perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA? Marilah kita muhasabah diri bersama-sama..

Monday, June 2, 2008
Susah Ke Nak Buat Baik?
Anda rasa susah untuk berbuat baik pada orang sedangkan anda tahu anda sebenarnya mampu untuk menolong orang tersebut? Anda ragu-ragu dan teragak-agak?Anda cuma perlu 'berbincang' dengan diri anda sendiri. Tanyakan pada diri anda adakah anda sebenarnya inginkan balasan dari orang yang ingin anda tolong? Adakah anda mahu kebaikan anda di kenang oleh orang tersebut? Anda mahu pujian?
Anda jawapan anda tidak, berbuat baik bukan jadi satu masalah buat anda :) Kita sebagai umat Islam di galakkan berbuat baik tanpa mengharapkan apa-apa balasan pun. Namun, Tuhan itu Maha Adil. Perbuatan yang baik, balasannya sepuluh kali ganda lebih baik. Dalam hukum penarikan juga ada menyebut 'likes attract likes'. Mari lah kita memperbanyakkan berbuat baik dengan ikhlas, insyaAllah kita akan menarik lebih banyak kebaikan di dalam kehidupan kita insyaAllah :)
Friday, May 30, 2008
20 Motivation to Happiness
- Return everything you borrow.
- Stop blaming other people.
- Live within your means and within your seams.
- Be humble.
- Listen more, talk less.
- Every day, do something nice and try not to get caught.
- Strive for excellence, not perfection.
- Be on time.
- Don't criticize anyone at least for 24 hours.
- Be kind to other people.
- Be even kinder to unkind people.
- Take time to be alone.
- Admit it when you make a mistake.
- Understand and accept that life isn't always fair.
- Let someone cut ahead of you in line.
- Don't argue.
- Know when to say something.
- Know when to keep your mouth shut.
- Don't make excuses.
- Don't sweat the small stuff.

7 Cara 'Self Check-Up' part 2
3) Adakah aku berasa relax pada saat ini?
Tahukah anda, orang yang relax susah nak melenting jika di timpa masalah yang berkait dengan emosi. Mereka juga tidak mudah merasa nervous ataupun menggelabah.
Kali ini, anda perlu pastikan adakah anda sedang merasa relax pada masa saat ini ataupun tidak. Seterusnya anda juga mesti pastikan adakah anggota tubuh anda yg lain juga sedang 'relax'.
Anda mulakan dengan memastikan setiap 'muscle' yg ada pada tubuh anda tidak tegang ataupun stress. Tak kira bahagian tengkuk, bahu, lengan, peha, perut, kaki etc. Kalau anda seorang pelajar, mastikan muscle bahagian tengkuk tidak tegang. Andai ada bahagian muscle yg tegang, anda perlu memberi perhatian pada bahagian itu. Kalau saya, saya cuma akan memberi massage yg lembut dan relax pada bahagian yg tegang menggunakan minyak lavender. Anda ada tips lain? Kongsikan pada saya :)
4) Macamana degup jantungku pada masa ini?
Setelah anda memastikan yg anda sudah relax, kini anda perlu memastikan bagaimana kah keadaan degupan jantung anda. Apabila anda relax, degupan jantung anda akan menjadi perlahan. Apabila anda berasa stress, degupan jantung anda berdegup laju dan jika ia berterusan, anda akan berasa mudah letih dan tertekan sepanjang hari. Jadi anda kena pastikan bagaimana degupan jantung anda pada masa ini. Kita sendiri dapat mengawal degupan jantung kita dengan memberi fokus kepadanya. Untuk mengetahui macamana nak merelax kan degupan jantung kita, anda baca soalan yg seterusnya.
5) Macamana pernafasan ku pada saat ini?
Pernafasan adalah sesuatu yg dapat kita control dan kuasai. Mengatur pernafasan amat penting untuk menjaga keseimbangan kondisi tubuh kita. Dengan pernafasan yg betul juga kita dapat mengawal degupan jantung kita. Macamana caranya?
Anda kena bernafas dengan betul! Mungkin kebanyakkan dari kita tidak menyedari bahawa bernafas juga mempunyai teknik yg tersendiri.
Teknik bernafas yg betul adalah dengan menggunakan diaphragm (perut ) bukan dengan chest (dada). Untuk memastikan adakah cara bernafas anda betul, anda letakkan tapak tangan kanan anda di dada, dan tapak tangan kiri di kawasan perut (atas pusat). Pastikan semasa anda bernafas, hanya tangan kiri anda sj yg bergerak.
Apabila anda bernafas dengan betul (menggunakan diaphragm) anda akan menarik lebih banyak udara kedalam paru-paru anda. Ini akan memperlahankan degupan jantung anda dan dapat merelaxkan anda.
Jadi, bernafaslah dengan cara yg betul, bernafaslah sedalam dalamnya dan tenang kan fikiran anda!
6) Adakah aku tersenyum pada saat ini?
Bak kata orang, senyum itu sedekah. Tahukah anda, senyuman anda yg ikhlas itu akan membuatkan otak kita mengeluarkan 'endorphins' yg mana akan membuatkan anda merasa lebih tenang (feel good). Ia akan membantu anda me'neutral'kan energy negatif kepada positif. Jadi perbanyakkan lah senyum, senyuman manis yg ikhlas dan tidak di buat2. Pastikan senyuman anda itu tidak hanya lahir di bibir tapi juga di mata anda! Itulah senyum yg sebenar ;)
..dan kini tiba kita di soalan yg terakhir,
7) Apakah matlamat/target/goal yang ingin aku capai?
Setiap orang mempunyai matlamat yg ingin di capai dalam hidup ini. Dengan bertanya soalan ini pada diri kita setiap hari, kita akan lebih fokus kepada matlamat kita agar kita tidak tersasar sedikit pun dari apa yg kita mahu.
Mempunyai matlamat/target/goal/cita2 amat penting untuk kita menjalani kehidupan yg lebih terarah. Jangan biarkan diri anda terkontang kanting dalam dunia ini. Pastikan anda mempunyai matlamat! Andai anda tidak mempunyai matlamat, inilah masanya untuk anda menentukan apakah matlamat anda, apakah yg anda inginkan dalam hidup anda!
Dan pastikan anda menulis matlamat anda di dalam kertas atau buku. Jangan malu untuk mencatat apa yang anda mahu. Tuliskan segala nya, tidak kita dari segi kerjaya, pelajaran, kewangan, bisnes, keluarga, hubungan cinta dan byk lagi! Dan pastikan anda membaca matlamat anda setiap hari agar anda tidak terlalai dari matlamat sebenar!
Saya akan memberi tips untuk menetapkan matlamat anda di entry akan datang insyaAllah.
Buat lah 'self check-up' ini sekerap yg mungkin. Ia tidak akan mengambil masa yg lama andai anda sudah biasa menggunakan nya. InsyaAllah ia akan memberi manfaat dan perubahan dalam hidup anda. Kalau tidak banyak, sedikit pun ok lah :)
Bersyukur dengan apa yang ada :)

7 Cara 'Self Check-Up' part 1
Kali ini saya ingin mengongsikan pada anda semua salah satu cara untuk memahami kondisi jiwa dan diri kita sehari-hari. Caranya hanya mudah saja. Terlalu simple!
Tanya lah pada diri anda 7 soalan ini setiap hari, bahkan kalau boleh setiap waktu.
1) Apakah perasaan ku pada saat ini?
Anda perlu jujur dengan diri sendiri apakah perasaan yang menguasai anda pada saat anda bertanyakan soalan, ini tidak kira samada ia mempunyai getaran yang positif mahupun negatif.
Andai perasaan anda pada waktu ini adalah *positif, maka bersyukurlah atas apa yang anda rasakan pada saat ini. Dengan bersyukur, anda akan menarik lebih byk lagi perkara positif dalam hidup anda insyaAllah. :)
Sekiranya yang anda rasakan pada saat ini adalah **negatif, caranya amat mudah, Release it and Let it go! Lepaskan perasaan itu sekarang juga! Anda perlu bekerjasama dengan diri anda untuk melepaskan perasaan negatif itu dan menggantikannya dengan perasaan yang positif.
Anda tetapkan masa (5minit or 10minit) untuk anda melepaskan perasaan itu samada dengan menangis, merintih, menjerit (asal jgn smpai memudaratkan diri anda & org lain) dan lain2 cara yg sesuai dengan anda. Tepat pada waktu yang di tetapkan, anda mesti berhenti! (pasal dah time out!) Tak boleh terlebih masa!
Selepas tu anda carilah sesuatu yg akan menggantikan perkara negatif yang dah 'keluar' tu. Gantikan nya dengan perkara positif secepat mungkin! Anda kena cepat sebelum dia datang balik! :p Tonton video-video lucu, dengar lagu2 ceria, buat sesuatu yg anda suka, dan yang paling best bawa beriadah atau bersukan! Sure anda akan ceria kerana perjalanan darah yang amat lancar! Tak percaya? Cuba lah! Anda akan tahu hasilnya :)
2) Apakah fikiran ku pada saat ini?
Mungkin soalan ni agak tricky sikit dengan soalan sebelum ni. Tapi anda jangan keliru, perasaan dan fikiran adalah sesuatu yang berbeza namun berkait rapat. Selepas anda menjawab soalan diatas dan melepaskan emosi-emosi yg negatif, fikiran anda akan menjadi lebih fokus, sebab itu soalan ini di letak selepas soalan pertama :)
Untuk menjawab soalan ni, anda kena 'peka' dengan apa yg anda fikirkan pada saat ini. Saya akui kita tak dapat lari dari fikiran yg negatif namun anda jgn lupa, fikiran negatif itu dapat kita ubah kepada yg positif sekelip mata sj (itupun atas kemahuan anda sendiri). Saya ada sedikit tips bagaimana nak ubah fikiran negatif kepada yg positif, caranya amat mudah. Anda kena pastikan apakah fikiran anda yang negatif itu. Lepas itu anda kena tanya soalan ni pada diri anda, "jadi apa yg aku mahu?" dan "macamana aku melakukannya?" Untuk memahami lebih lanjut, sila baca contoh di bawah:
(contoh kerisauan)
"Aku tak mahu gagal lagi dalam perperiksaan"
"jadi apa yang aku mahu?"
"aku mahu lulus dalam perperiksaan"
"macamana aku melakukannya?"
"aku harus fokus, optimis dan tingkatkan usaha..etc"
Nah..saya rasa tentu anda faham kan bagaimana fikiran anda berubah tumpuan dari memikirkan kegagalan kepada menfokuskan langkah-langkah untuk berjaya. Anda boleh apply kn sekarang juga!
*positif: gembira, kasih sayang, teruja, keselesaan, keyakinan, rasa bersyukur etc
**negatif: kesedihan, marah, kesepian, keliru, stress, terluka etc

EQ
Alhamdulillah saya di temukan dgn buku "Emotional Intelligence" dari Daniel Gole. Buku ini amat bermanfaat untuk kita memahami emosi kita sendiri. Bahkan untuk mencapai kejayaan dalam hidup, Kecerdasan Emosi kita (EQ - Emotional Quotient) mesti berada di tahap yg sempurna.
Tahukah anda IQ yg tinggi tidak cukup untuk kita mencapai kejayaan? Mungkin hanya untuk kejayaan di sekolah tapi tidak untuk kejayaan dalam hidup.
Mengikut kajian, kekuatan IQ dlm mencapai kejayaan hanya menyumbang kurang dari 20% sahaja. Selebihnya tergantung kepada EQ, SQ dan lain-lain lagi. Fikirkan lah betapa pentingnya keseimbangan IQ dan EQ dalam hidup kita. Kita bincang lagi pasal ni di lain kesempatan insyaAllah.

Wednesday, May 28, 2008
Motivasi dari Lafaz Istighfar
Saya percaya, semua umat Islam tahu apa dia lafaz Istighfar..
- Istighfar dapat menyucikan hati. Amalkan lah selalu dan jauhilah dari segala perbuatan yg di larangNYA.
- Istighfar membersihkan hati kita dari nafsu amarah juga dendam yang bersarang di hati.
- Istighfar dapat me'neutral' kan energy negatif kepada positif.
- Bagi para pelajar, andai apa yg di baca mahupun di hafal tidak mahu masuk dikepala, bawa lah beristighfar banyak2.
Kita tidak tahu berapa byk kesalahan dan dosa yg telah kita lakukan. Banyakkan istighfar dengan penuh keikhlasan dan tawadhu'. Semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dari NYA jua insyaAllah.
firman Allah Ta'ala yg bermaksud:
"..dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu mereka memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka..dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa selain Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu, sedang mereka mengetahui" Ali 'Imran ayat 135
Ini ada video clip lafaz Istighfar dari Ustaz Akhil Hayy. Credit to uploader 'Nusantaraku'.
"Astaghfirullahal 'Aziim Al lazi La Ilaha illa huwal hayyul Qayyum wa atubu ilaih" Atau memadai dengan "Astaghfirullahal 'Aziim".
- Istighfar dapat menyucikan hati. Amalkan lah selalu dan jauhilah dari segala perbuatan yg di larangNYA.
- Istighfar membersihkan hati kita dari nafsu amarah juga dendam yang bersarang di hati.
- Istighfar dapat me'neutral' kan energy negatif kepada positif.
- Bagi para pelajar, andai apa yg di baca mahupun di hafal tidak mahu masuk dikepala, bawa lah beristighfar banyak2.
Kita tidak tahu berapa byk kesalahan dan dosa yg telah kita lakukan. Banyakkan istighfar dengan penuh keikhlasan dan tawadhu'. Semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dari NYA jua insyaAllah.
firman Allah Ta'ala yg bermaksud:
"..dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu mereka memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka..dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa selain Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu, sedang mereka mengetahui" Ali 'Imran ayat 135
Ini ada video clip lafaz Istighfar dari Ustaz Akhil Hayy. Credit to uploader 'Nusantaraku'.
Kisah cinta.
Di sebuah pulau yang kecil, tinggal pelbagai jenis benda-benda abstrak seperti Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan dan sebagainya. Mereka hidup bersama dengan bahagia.
Suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu hingga air laut naik dan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau berusaha menyelamatkan diri. Cinta bingung dan risau kerana dia tidak pandai berenang dan tidak mempunyai perahu. Lalu ia berdiri di tepi pantai cuba untuk mendapatkan pertolongan. Air pula semakin naik membasahi kaki Cinta.
Tiba-tiba kelihatan Kekayaan mengayuh sebuah perahu.
“Kekayaan! Tolonglah aku!” jerit Cinta penuh harapan.
“Maafkan aku Cinta, perahuku telah sarat dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu bersama, nanti perahu ku ini akan tenggelam" jawab Kekayaan lalu cepat-cepat mengayuh perahunya pergi dari situ.
Cinta sedih menahan sebak. Tiba-tiba kelihatan Kegembiraan mengayuh sebuah lagi perahu, malangnya Kegembiraan terlalu alpa hingga tidak mendengar teriakan Cinta.
Air semakin tinggi membasahi Cinta hingga ke pinggang. Cinta semakin panik. Tidak lama kemudian Cinta nampak Kecantikan.
“Kecantikan! Tolonglah aku! Bawalah aku bersamamu!”, teriak Cinta.
“Wah! Cinta, kamu basah dan kotor. Aku tidak dapat membawamu, nanti kamu akan mengotori perahuku yang indah ini.” jawab Kecantikan.
Cinta kecewa lalu ia mula menangis terisak-isak. Saat itu datanglah Kesedihan.
“Oh, Kesedihan, bawalah aku bersamamu,” rayu Cinta.
“Maaf, Cinta. Aku terlalu sedih..aku cuma ingin bersendirian…”jawab Kesedihan lalu terus mengayuh perahunya dari situ.
Cinta putus asa. Ia merasakan air semakin naik dan mula menenggelamkan nya. Pada saat itulah tiba-tiba terdengar satu suara.
“Cinta! Cepat! Cepat naik ke perahuku!”
Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua dalam sebuah perahu. Cinta bersegera naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Tiba di sebuah pulau terdekat, orang tua itu pun menurunkan Cinta dan cepat-cepat pergi dari situ. Pada saat itu barulah Cinta sedar yang ia langsung tidak mengetahui siapa orang tua yang telah menyelamatkan nya itu. Cinta segera bertanya kepada seorang penduduk pulau siapakah gerangannya orang tua tadi.
“Oh, orang tua tadi? Dia adalah Waktu.” jawab penduduk disitu.
“Tapi, mengapa ia menyelamatkan aku? Aku langsung tidak mengenalinya. Bahkan teman-teman yang mengenali aku pun enggan menolongku” tanya Cinta penuh kehairanan.
“Sebab...” kata orang itu.
“..hanya Waktu lah yang tahu menilai harga sebuah Cinta itu..."

and it takes no time to fall in love
but it takes you years to know what the love is~
but it takes you years to know what the love is~
Tuesday, May 27, 2008
5 cara mudah mengatasi kegagalan.
Kegagalan seringkali di salah ertikan oleh kita. Sebahagian dari kita menganggap kegagalan adalah satu titik penamat bagi kita untuk mencapai kejayaan. Andai anda berfikiran begitu, cepat-cepat lah ubah mindset anda tentang kegagalan.
Apa itu kegagalan? Kegagalan bukanlah bermaksud kita gagal untuk selamanya. Kegagalan bukan penghalang untuk kita bangkit semula dan berdiri lebih kuat lagi. Tahukah anda definasi sebenar kegagalan? Kegagalan terjadi apabila cara yang anda gunakan itu salah. Cara yang salah. Mungkin cara anda belajar salah, cara perniagaan, cara bergaul dan bermacam-macam lagi. Itulah definasi sebenar kegagalan.
Disini saya sediakan 5 cara mudah untuk mengatasi kegagalan:
1) Kenal pasti apakah jenis kegagalan anda. Gagal dalam pelajaran? Gagal dalam perniagaan? Gagal menambat hati orang? Dan sebagainya.
2) Kawal reaksi anda terhadap kegagalan tersebut. Jangan panik, jangan mengeluh dan jangan mengaku kalah. Andai anda tidak dapat mengawal emosi, peruntukkan masa untuk anda mengeluh mahupun menangis (contohnya selama 5minit). Selepas itu, anda kena kembali berfikiran rational agar anda dapat fokus terhadap tindakan anda 100%.
3) Sesudah fikiran anda kembali tenang, anda kena pastikan apakah punca kegagalan tersebut. Jangan hipokrit terhadap diri sendiri. Andai punca kegagalan anda adalah kerana kelalaian, kurang ilmu pengetahuan dan sebagainya, anda kena mengaku pada diri sendiri.
4) Setelah mengetahui punca kegagalan, anda akan tahu punca tersebut itulah yang di namakan 'cara yang salah'.Strategi seterusnya, ubahlah cara tersebut. Jangan gunakan cara yang sama kerana itu akan membawa anda jatuh ke lubang yang sama berkali-kali. Andai anda tidak tahu cara apa yang betul, jangan malu bertanya. Tiada istilah malu dalam mencari ilmu.
5) Bangkitlah dari kegagalan! Bangkitlah dengan penuh keazaman dan kekuatan. Jadikan kegagalan dulu itu sebagai pencetus semangat buat diri anda! Jadikan ia sebagai satu kekuatan bagi anda untuk mencapai apa yang anda impikan. Ingatlah kegagalan tidak pernah menjadi penghalang untuk anda mencapai kejayaan. Penghalangnya adalah diri anda sendiri!
Fikirkanlah.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)