Sunday, May 25, 2008

Law Of Attraction 2

Semenjak tahun 2000 lagi Law Of Attraction sudah di sebarkan dan di ajarkan secara meluas. Terlalu banyak article dan buku-buku yang menerangkan tentang LOA. Bahkan ada sebahagian buku-buku yang mengajarkan bagaimana seharusnya kita menggunakan LOA dalam mencapai apa yang kita impikan.

Di negara kita pula (Brunei) saya tidak pasti bagaimana ilmu LOA berkembang. Adakah ada di antara urang kitani yang mempelajari LOA? Ataupun sekadar tahu begitu saja? Kalau ada, alhamdulillah. Ada juga dangan saya bertukar ilmu. :)

Mungkin ada sebahagian anda tidak percaya dengan kewujudan LOA ini. Tapi percayalah, samada anda percaya atau tidak, hukum LOA akan tetap berlaku pada anda. LOA seperti aliran elektrik. Anda tidak tahu bagaimana ujudnya aliran elektrik namun anda percaya ia dapat menghidupkan lampu di rumah anda. Begitu juga dengan LOA. Anda tidak tahu bagaimana ia bekerja namun ia tetap terjadi pada diri anda.

Di dalam buku The Secret (Rhonda Byrne) ada menyebutkan bagaimana cara untuk kita menggunakan LOA untuk mencapai apa yang kita mahukan. Ianya mengandungi tiga cara yang amat ringkas dan efektif. Apatah lagi kita sebagai umat Islam, cara ini amatlah sesuai dan tidak bertentangan ajaran agama suci kita.

Caranya adalah dengan:







1) Ask (Meminta):


Anda mintalah apa yang anda mahukan dalam hidup anda. Lulus dengan cemerlang dalam perperiksaan? Maju dalam perniagaan? Mendapat pasangan yang sesuai dengan anda? Persoalannya..bagaimana anda meminta?
Sebagai hambaNYA, kita wajib meminta kepadaNYA.
Ingatlah firman Allah S.a.w dalam Surah Al-Baqarah ayat 186 yang kira-kira bermaksud: 'Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada KU'.
Selain itu, cara terbaik adalah dengan berkomunikasi dengan minda separa sedar anda (subconscious mind). Bagaimana caranya? Anda cuma perlu tuliskan impian ataupun matlamat anda di dalam kertas/buku. Bacalah impian ataupun matlamat anda (buat affirmasi) selalu agar minda separa sedar anda menangkap apa yang anda mahukan.


2) Believe (Percaya)

Percayalah bahawa Tuhan akan memakbulkan doa anda. Bagaimana caranya untuk anda percaya? Dengan berbaik sangka pada NYA. :)
Andai anda percaya Tuhan akan memakbulkan permintaan anda, tentu anda akan merasa gembira dan terus menghasilkan getaran positif ketika memikirkan tentang impian anda. Ini akan memudahkan lagi terjadinya proses 'penarikan' terhadap apa yang anda mahukan.
Maka, pada saat anda meminta, percayalah bahawa anda akan mendapat apa yang anda mahukan insyaAllah :)


3) Receive (Menerima)

Ketika anda meminta sekaligus percaya yang anda akan mendapat apa yang anda mahukan, apa yang anda perlu lakukan adalah merasa gembira, tenang dan 'feel good'. Apabila anda 'feel good' tentang apa yang anda mahukan, anda berada di dalam frequency 'sedia menerima'. Bila waktunya, biar hukum alam menentukan. :)
Jangan lah anda persoal kan bagaimana hukum alam berkerja. Anda cuma perlu menyelaraskan dan menyeimbangkan keharmonian hukum alam tersebut. Ingatlah, semua yang terjadi atas izinNYA jua. :)

Andai anda masih kurang faham tentang LOA, saya cadangkan anda supaya membeli dan membaca buku The Secret tulisan Rhonda Byrne. Yang baik jadikan teladan. Kita di kurniakan akal yang amat sempurna ciptaan nya, gunakan lah ia untuk menilai sesuatu itu samada baik ataupun sebaliknya.

InsyaAllah saya akan mengajar anda sedikit sebanyak tips mahupun cara LOA berkerja untuk anda di lain kesempatan :)

Law Of Attraction 1

Bagi yang sudah pernah membaca buku 'The Secret' atau menonton filem documentary tentang 'The Secret' tentu anda sudah tahu apa itu Law Of Attraction atau dalam Bahasa Melayunya 'Hukum Tarikan'.

Sebelum saya mengulas lebih lanjut tentang LOA ini, apa kata saya terangkan dulu tentang hukum yang lebih meluas lagi iaitu Law Of Universe. Ya..Hukum Alam.
Hukum Alam adalah anugerah dari Tuhan Semesta Alam. Kita sebagai sebahagian dari alam semesta itu di ciptakan untuk memelihara keharmonian dan keserasian hukum alam tersebut.

Antara hukum-hukum alam yang berkait rapat dengan manusia adalah seperti berikut:
- Law of Attraction (hukum tarikan)
- Law of Vibration (hukum gerak)
- Law of Polarity (hukum yg mana setiap sesuatu itu sudah tentu ada pasangannya)
- Law of Rhythm (hukum ritma)
- Law of Relativity (hukum relatif)
- Law of Cause & Effect (hukum sebab dan akibat)
- Law of Gender (hukum gender/pasangan)
- Law of Gratitude (hukum 'bersyukur')
..dan banyak lagi hukum-hukum alam yang lain. Wallahu a'lam.
InsyaAllah saya akan mengulas sedikit sebanyak tentang hukum-hukum di atas di lain kesempatan.

Berbalik kepada Law Of Attraction iaitu Hukum Tarikan. Apakah dia LOA?

Tentu anda pernah mengalami apabila yang anda fikirkan tiba-tiba saja terjadi di depan mata. Anda terfikir seorang sahabat lama dan tiba-tiba saja anda menerima panggilan telefon/ SMS daripadanya. Ataupun mungkin anda secara tiba-tiba terserempak dengan orang yang sedang anda fikirkan pada masa itu? Semua ini adalah bukti kewujudan LOA.

Mungkin juga anda pernah mendengar sahabat anda merungut tentang hubungan cinta yang selalu gagal di tengah jalan? Setiap kali dia bercinta, mesti tidak kesampaian. Bahkan selalu mendapat 'type' lelaki yang sama. Tahukah anda, LOA juga terjadi pada mereka?

Ataupun anda pernah mengalami kegagalan dalam perperiksaan berulang-ulang kali walaupun anda sudah berusaha secukupnya? Percayalah, hukum LOA berkerja untuk anda.

Di sini saya ingin mengertikan LOA sebagai (seperti yang di terangkan oleh Michael J.Losier di dalam bukunya 'Law of Attraction the science of attracting more of what you want and less of what you dont'):
"I attract to my life whatever I give my attention, energy and focus to, whether positive of negative".
Iaitu, anda akan menarik apa saja yang anda fikirkan, beri tumpuan dan penuh perasaan pada fikiran itu, tidak kira ianya perkara negatif atau positif.

Bayangkan diri anda sebagai sebuah radio. Apabila channel anda di ubah kepada rangkaian Pelangi, anda akan memancarkan gelombang mencari frequency 91.4fm, apabila gelombang itu sudah selaras dengan frequency 91.4fm, anda akan menarik frequency tersebut dan berlakulah siaran dari rangkaian pelangi terhadap diri anda.

Anda juga seperti itu. Andai anda memikirkan fikiran yang positif dan menumpukan penuh perhatian kepada fikiran tersebut, anda akan menghasilkan satu getaran positif yang mana akan terpancar ke seluruh alam semesta untuk mencari penyelarasan. Iaitu, andai anda berfikiran positif anda akan menarik lebih banyak frequency positif kedalam hidup anda. Begitu juga kalau sebaliknya.

Oleh itu jauhi lah dari fikiran yang negatif dan jauhilah fikiran berburuk sangka terhadap orang lain. InsyaAllah manfaatnya kembali pada diri anda juga.
Kita sambung di entry akan datang.


Friday, May 23, 2008

Negara Brunei Darussalam

Sedikit informasi tentang negara tercinta:


Terletak di pulau Borneo dengan keluasan 5,765 km persegi. Mempunyai empat buah daerah iaitu Daerah Brunei Muara, Daerah Temburong, Daerah Tutong dan juga Daerah Belait. Manakala ibu negeri bagi Brunei ialah Bandar Seri Begawan yang terletak di Daerah Brunei Muara.


Brunei masih mengamalkan sistem pemerintahan Beraja. Di perintah dengan adil lagi saksama oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam. Bahasa rasmi Brunei adalah Bahasa Melayu. Agama rasmi Brunei adalah agama Islam.

Thursday, May 22, 2008

Lucid Dreaming

Mungkin ada sebahagian anda yang mengetahui apa itu Lucid Dreaming dan mungkin ada yang masih tidak tahu.

Secara ringkasnya, Lucid Dreaming terjadi apabila anda bermimpi dan anda tahu yang anda sedang bermimpi. Tentu anda pernah mengalaminya kan?

Lebih tepat lagi, Lucid Dreaming terjadi apabila anda dapat mengawal mimpi anda. Mustahil? Tidak..saya sendiri sudah pernah mengalami Lucid Dreaming!

Apa faedahnya Lucid Dreaming?
Dalam Lucid Dreaming kita boleh buat apa saja yang kita mahu (seperti di alam sedar cuma bezanya kita berada di alam tidur). Anda boleh terbang, makan apa saja dan mengalami apa saja experience yang anda mahu. Seronok bukan? Selain itu, Lucid Dreaming ini adalah salah satu cara untuk kita berhubung dan berkomunikasi dengan minda separa sedar kita (subconscious mind). Ia boleh membantu anda untuk mengatasi ketakutan, trauma dan memperbaiki kualiti hidup anda.
Lucid Dreaming tidak mengganggu alam tidur anda; tidur anda tetap cukup dan ia tiada kesan sampingan yang negatif.

Anda ingin merasai pengalaman Lucid Dreaming?
Saya akan berkongsi dengan anda beberapa langkah dan cara untuk kita mengalami Lucid Dreaming ini.

kata pendahuluan

inspirasibrunei:

Matlamat: Menjadikan blog ini sebagai medium untuk berkongsi apa sahaja tentang kehidupan agar sama-sama kita mendapat manfaat insyaAllah.

Isi: Apa saja yang berkait dengan kehidupan. Motivasi, cerita peribadi, kesihatan, binatang peliharaan & apa saja yang bersangkut paut tentang kehidupan.

Bahasa
: Bahasa Melayu Standard di samping penggunaan Bahasa Melayu Brunei. Bahasa Melayu Standard di gunakan agar mudah di fahami oleh mana-mana bangsa Melayu yang ada tidak mengira samada dari Brunei, Malaysia, Singapore, Indonesia dan sesiapa saja.