Saturday, August 9, 2008

Simple step to Lucid Dreaming Part 1

Sudah lama saya tidak menulis tentang ilmu dan sains minda. Pada artikel saya yang terdahulu, saya ada menyentuh tentang Lucid Dreaming. Andai anda belum membaca artikel tersebut, boleh lah klik di sini.

Bagi anda yang ingin mengalami pengalaman Lucid Dreaming, di sini saya sedia kan langkah mudah ataupun exercise bagaimana untuk mendapatkan Lucid Dream.

Langkah Pertama : Dream Log/Journal.


Langkah pertama adalah untuk melatih minda kita mengingati setiap mimpi yang kita alami. Oleh itu kita kena ada satu buku catatan untuk membuat Dream
Log/Journal.
Kenapa kita perlukan Dream Log/Journal tersebut? Dalam website Attracting Your Goals, Raymond ada menyatakan "average people can only remember their dream within 7 seconds after he/she wakes up".

Untuk membuat Dream Log/Journal, anda hanya perlu sediakan sebuah notebook kecil dan sebatang pen yang di letakkan berdekatan dengan tempat tidur anda. As soon as anda terjaga dari tidur, anda tanyakan pada diri anda adakah anda bermimpi? Jika ya, terus tuliskan apa mimpi anda. Tuliskan apa saja yang anda ingat tidak kira dari segi kejadian, bunyi, warna ataupun perasaan yang anda alami ketika berada di dalam mimpi tersebut. Just write something!

Andai anda tidak dapat merecall mimpi anda, jangan putus asa. Dengan latihan sebegini, InsyaAllah minda kita akan mudah ingat apa yang kita mimpikan. Sesekali kita perlu membaca Dream Log/Journal tersebut sebagai satu affirmasi yang anda memang ingat semua mimpi anda.

Langkah Kedua : Dream Sign.


Selepas anda memcatat mimpi anda, kini anda perlu meng'analisa' tanda-tanda yang terdapat dalam mimpi tersebut. Ini bukan bermakna kita menafsirkan mimpi. Untuk pengetahuan anda, minda kita dapat berfungsi mencari jawapan ataupun solution pada sesebuah masalah yang kita alami.
Jika sebelum tidur anda membuat affirmasi yang anda inginkan sebuah jawapan kepada certain masalah, insyaAllah dengan izin Tuhan, minda kita akan memberi jawapan tersebut melalui tanda-tanda ataupun vision di dalam mimpi. Itulah salah satu fungsi Lucid Dreaming.

bersambung..

Penulis Jemputan di iMotivasi.com

Bagi anda yang mempunyai minat untuk menulis artikel tentang motivasi, iMotivasi.com membukakan peluang untuk anda menjadi penulis jemputan di laman web tersebut.

Segala artikel hendaklah bertemakan '
motivasi' tidak kira motivasi belajar, kehidupan, Islam dan sebagainya. Syarat yang di kenakan hanyalah anda perlu menulis dua artikel dalam sehari. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh lah mengunjugi laman web iMotivasi.com disini.

Saya secara peribadi menghargai peluang yang di bukakan. Secara tidak langsung, kita boleh bertukar fikiran, berkongsi cadangan,
inspirasi dan pendapat. Kita juga berpeluang untuk bekerjasama sesama blogger yang mempunyai minat yang mendalam terhadap motivasi.

Hmm.. Adakah saya berminat untuk menjadi penulis jemputan? Sudah tentu! Cuma saya perlu melihat jadual harian saya. Andai di izinkan, insyaAllah saya akan menghubungi Shueqry di lain kesempatan.


Semoga anda semua ter
inspirasi :)

Friday, August 8, 2008

08.08.08


Seperti di tahun-tahun yang sudah, jika tarikh ataupun haribulan itu selaras dengan bulan dan tahun, tentu banyak event menarik yang akan berlangsung.

Pada hari ini, 08.08.08, banyak majlis akad nikah dan perkahwinan berlangsung di negara kita Brunei Darussalam. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadikan 08.08.08 sebagai salah satu kenangan terindah di dalam hidup mereka.

Nun jauh di sana pula, pembukaan bagi sukan Olympic di China sedang berlangsung secara besar-besaran di Stadium hebat yang bertema kan sarang burung ataupun bird's nest.

Saya pula, tatkala orang lain sibuk meraikan event-event penting pada 08.08.08, saya berjauhan dari keluarga demi urusan yang mesti saya laksanakan. InsyaAllah kalau semua urusan berjalan dengan lancar, saya akan kembali ke tanah air tercinta pada bulan Ramadhan ini. InsyaAllah.

Marhaban Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan :)

Jokes Collection


Di dalam buku The 100 Simple Secrets Of Happy People ada mengatakan "Don't spend your time evaluating humour, asking yourself, 'Is it really funny?' or 'Do others think it's funny?' Just react and enjoy it!"

Walaupun tanpa gelak tawa, kadangkala sebuah senyuman sudah memadai untuk mengubah mood kita kepada mood yang lebih ceria. Di sini saya ingin mengongsikan beberapa himpunan English Jokes yang ada dalam simpanan saya. Saya harap anda semua terhibur .



John married Mary and they have eight children altogether. After a few years, John realized that one of his eight children have different face from the others. Curious, John asked Mary.
"Please tell me if one of our eight children, Steve has a different father.."

Mary finally confessed. "Yesss..Steve has a different father"
"Who is his father?" asked John.
"You.."


A blonde walks into a library.
"Excuse me, can I have a burger and large fries please?" she demands.
Tutting, the librarian looks back at her.
"Miss.." he says. "This is a library."
The blonde leans over the counter.
"Owh..I'm sorry. Can I have a burger and large fries please." she whispers.

Monday, August 4, 2008

Nancy Agram - Ah Wa Noss

Salah satu lagu kegemaran saya dari Nancy Agram :)

Teh Hijau, Misai Kucing & Mas Cotek

Salam sejahtera semua..
Di rumah saya, meminum teh sudah menjadi satu kebiasaan. Setiap sarapan hinggalah ke minum petang, tiga teko teh akan tersedia sepanjang waktu. Kenapa tiga teko? Kerana satu teko untuk Teh Hijau, satu untuk Teh Misai Kucing dan satu lagi untuk Teh Mas Cotek.



Kalau anda ingin tahu, saya seorang penggemar Teh Hijau yang setia. Tanpa gula mahupun perisa jasmine, Teh Hijau enak saya nikmati. Di sini saya ingin kongsikan beberapa khasiat mahupun 'advantage' yang anda akan dapat dengan meminum Teh Hijau selalu.

- Membakar kolestrol dan kalori

- Mempercepatkan sistem metabolisma

- Meningkatkan memori

- Anti-aging
- Menguatkan immune system

- Melawan cancer
dan banyak lagi khasiat yang akan saya sebutkan dengan detail di entry akan datang.

Ibu bapa saya pula penggemar Teh Misai Kucing dan Mas Cotek yang mana mempunyai khasiat yang tersendiri kalau di amalkan selalu.


Teh Misai Kucing pula di gunakan untuk melawan pelbagai masalah kesihatan. Di antaranya:

- Tekanan Darah Tinggi

- Kencing Manis

- Radang Ginjal/Pundi Kencing

- Batu Karang

- Kencing Tidak Lawas

dan bermacam-macam jenis masalah kesihatan.

Mas Cotek pula sejenis teh herba yang telah lama di amalkan sejak berabad tahun lalu. Antara masalah kesihatan yang dapat di atasi dengan pengamalan meminum teh herba ini adalah:- Tekanan Darah Tinggi

- Kencing Manis

- Gastrik

- Gout

- Athma/Lelah

- Gastrik etc.

Amalkan lah gaya hidup yang sihat. Amalan gaya hidup yang sihat bukan saja menjana tubuh yang sihat malahan minda dan otak yang cergas. InsyaAllah.

Saturday, July 26, 2008

26th July 2008

Salam sejahtera kepada anda semua..
Tatkala jari jemari saya berlari-lari di atas keyboard ini, jam sudah menunjukkan pukul 12.38 tengah malam..bermakna sudah masuk 27hb July. Setelah sekian lama, akhirnya saya menemui waktu untuk mengupdate blog kesayangan saya ini. Bukan kerna kekeringan idea..malahan idea saya untuk menulis sering melimpah ruah dari hari ke hari. Cuma masa dan keadaan saja yang tidak mengizinkan. Memandangkan saya sedang bercuti, setiap masa saya isi sebaiknya. Jarang sekali saya duduk diam di rumah. Di luar, saya banyak mendapat ilham untuk menulis cuma tiada kesempatan untuk menggunakan internet di rumah. Adik beradik saya berebut2 untuk menggunakan internet. Malam ini adik beradik saya tiada di rumah. Masing-masing iski untuk menyaksikan perarakan tanglong ataupun kereta berhias yang berlangsung malam tadi di Bandar Seri Begawan. Jadi saya gunakan masa ini untuk menggunakan internet sebaiknya.

Saya memang teringin nak turun ke padang menyaksikan perarakan tersebut. Namun faktor kesihatan menghalang saya. Semenjak beberapa hari yang lalu saya di serang demam selsema. Ini di sebabkan kerana saya bersengkang mata hingga ke subuh kerana memancing dan merambat. Memang seronok! Baru semalam saya pergi ke Danau,Tutong untuk memancing walaupun kepala saya terasa amat berat. Panorama di Danau tu sungguh cantik. Di situlah pertemuan antara sungai dan laut. Indahnya ciptaan Tuhan! Saya sempat menangkap beberapa keping gambar yang akan saya siarkan nanti insyaAllah.

Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kongsikan. Oh Ya! Saya cuma ingin meluahkan rasa kekesalan saya kerana tidak sempat menghadiri ceramah di Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam yang di hadiri oleh Dr Sheikh Muszaphar. Ceramah itu berlangsung selama dua hari iaitu pada 24 dan 25hb Julai 2008. Ah..kalau ada jodoh, tentu saya akan bertemu dengan beliau di lain kesempatan insyaAllah.

Kesan ubat actifid yang saya makan tadi mula terasa. Membuatkan saya rasa sedikit mengantuk. InsyaAllah saya akan cuba untuk terus meng update blog ini. Jumpa di lain kesempatan. Salam ceria untuk anda semua :D