Friday, April 17, 2009

It's been a long time~

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua..
Bak kata orang putih 'it's been a long time' since saya tidak mengupdate blog inspirasibrunei ini. Tak pernah terlintas di fikiran saya nak mengabaikan apa yang telah saya mulakan dulu iaitu untuk berkongsi apa saja yang berkaitan dengan kehidupan, ilmu pengetahuan, pengalaman dan bermacam-macam lagi.

Kali pertama saya berkecimpung dalam dunia blogosphere ini adalah semasa saya masih menuntut di sebuah universiti di luar negara. Demi untuk mencari dan menambah inspirasi dan motivasi, saya sendiri membuat sebuah blog yang berunsurkan motivasi. Selain dapat berkongsi dengan para pembaca, saya sendiri dapat mengekalkan tahap motivasi diri saya sendiri.

Setelah berjaya mendapat ijazah pertama yang saya impi-impikan selama ini, saya pun pulang ke tanah air. Di sini lah bermulanya lagi satu tahap baru dalam hidup saya apabila saya mula memasukki alam pekerjaan dan rumah tangga. Alhamdulillah, semua urusan saya di permudahkan olehNYA jua. Pada mulanya memang susah nak menyesuaikan alam rumah tangga dan alam pekerjaan memandangkan pekerjaan saya memerlukan komitmen yang sepenuhnya. Namun, setelah serasi dengan dunia baru ini, alhamdulillah semuanya dapat saya lalui dengan baik. Saya tak putus-putus memanjatkan syukur terhadap Ilahi kerana dengan rezekiNYA jua saya dan pasangan bakal di kurniakan zuriat yang di jangkakan lahir pada bulan September ini. Alhamdulillah.

Saya juga ingin berterima kasih banyak-banyak pada yang sudi mengunjungi inspirasibrunei sepanjang ketiadaan saya. Kalau ada yang hendak di kongsikan bersama, saya persilakan dengan hati yang terbuka. Dan kepada yang meminta resepi nasi katok, sebenarnya nasi katok terdiri dari nasi putih, ayam goreng dan juga sambal. Sambal itu lah yang membezakan keenakkan nasi katok yang terdapat di Brunei ini. Untuk nasi katok buatan saya sendiri, saya gunakan resepi sambal yang ada saya siarkan di dalam blog ini juga. Selamat mencuba :)

No comments: