Wednesday, September 24, 2008

Ibadat Puasa : Kesihatan Mental dan Fizikal

Alhamdulillah..setelah sekian lama saya menyepi, akhirnya dapat juga saya update blog inspirasibrunei di bulan Ramadan yang mulia ini.

Sememangnya ramai yang sudah tau 1001 fadhilat bulan Ramadan ini. Di negara kita ini juga banyak ceramah-ceramah agama yang di adakan yang menyentuh tentang keistimewaan bulan yang mulia ini. Jadi saya tak perlu menyentuh tentang hal itu secara terperinci.

Di sini saya cuma ingin menyatakan beberapa kebaikan puasa dari sudut kesihatan mental dan fizikal.

- Selain ibadat, puasa merupakan satu terapi yang unggul untuk anggota tubuh badan dan organ dalaman kita.

- Puasa merehatkan organ-organ tubuh kita yang keletihan sepanjang tahun. Ianya dengan melalui proses pemeliharaan dan pembaharuan organ-organ tubuh kita.

- Dengan berpuasa, sistem pencernaan kita akan menjalani proses membaik pulih kerana kurangnya tekanan pada peredaran darah yang terjadi secara terus menerus sepanjang waktu.

- Berpuasa akan menyebabkan kadar sel gula di dalam darah menurun selepas lebih tujuh jam berpuasa yang mana seluruh organ tubuh berada dalam keadaan jaga termasuk subconscious mind kita.

- Menambah kekuatan daya fikir dan mendorong tubuh supaya bekerja lebih tekun dan efektif.

- Kesihatan psikologi kita akan menjadi lebih seimbang di samping keadaan fizikal yang berfungsi dengan lebih baik.

Itu adalah di antara kebaikan ibadah puasa dari segi kesihatan mental dan fizikal yang dapat saya rumuskan di sini.

Apa yang paling penting adalah kita menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan mengharapkan keredhaan dari Allah Yang Maha Esa jua. Semoga ibadah puasa kita di terima olehNYA. Dan semoga Ramadan tahun ini bukan Ramadan yang terakhir buat diri kita sendiri.